Friday, August 12, 2011

muhasabah cinta.

cinta ramadhan yang bertamu.
juzuk berapa sudah tilawah kita?

quoted from nur farah aisyah

Pada suatu ketika dahulu, Ramadhan sinonim dengan kegemilangan ummah. Ramadhan mencatat kemenangan di medan Badar dan pembebasan Kota Makkah. Ramadhan juga mengiringi ketibaan Islam di Bumi Andalus. Ramadhan mewarnai kejayaan Salahuddin Al-Ayubi membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman Tentera Salib. Malah Ramadhan juga menyaksikan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaaran Moghul di medan 'Ain Jalut.

Demikianlah Ramadhan dan kejayaan silam.
Masihkah Muslim dan Ramadhan intim dalam hubungan gilang-gemilang itu?
Bagaimana Ramadhan semalam dan bagaimana pula Ramadhan hari ini?
Masihkah Ramadhan itu suatu latihan dan proses Rabbani, atau hanya adat di limpahan nikmat?


sungguh rindu ber-ramadhan di hira'

bangun awal pagi.
berlumba solat sunat dan kemudian bersahur.
berlumba tilawah.
dah semua hafal quran, tahu je orang sebelah nak potong kita,
cepat-cepat potong balik.begitu sekali tercabarnya.
sebelum maghrib berhimpun di surau.
merebut waktu untuk berdoa.
sepertinya kiamat esok hari.
merintih merayu hanya pada DIA.
dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.
dipermudahkan urusan.
dikuatkan jiwa.
juga titipan rindu buat warga palestin dan umat islam sedunia.
begitu sekali tarbiyah mendidik kami.

"echa dah lama tak rasa suasana macam ni, last time form3 kot, dengan semangat study yang membara, pantang lekang dengan buku, kejar amal tak boleh bla macam nak kiamat, dan masih juga sibuk dengan pelbagai jawatan, tapi dapat juga straight A PMR"

"echa tak rasa nak amek SPM balik?"

"heh"


facebook telah membina biah solehah.
bila jiwa-jiwa yang rindukan DIA sering bertaut.
walau dipisah jarak dan waktu.

biah solehah itu boleh dibina walau dimana jua!

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords