semalam, kelmarin terasa jiwa yang hebat muncul dalam diri.
dan saya warning kawan-kawan,
"aku tengah semangat-semangat ni jangan nak buat spoil "
Itulah kebiasaan saya yang dahulu bila datang semangat membara. Bila datang semangat itu, kerja yang sepatutnya plan untuk diselesaikan dalam seminggu boleh selesai dalam satu malam.
Tapi bila datang "hormon gedik mengada tak comel" saya akan jadi sangat bermalas-malasan. Saya bersukur punya kawan-kawan yang memahami dengan tidak mengajak saya berleka-leka, bermain malah mereka akan membantu dan menyokong.
Malangnya hari ini, yang saya punya cuma insan-insan yang selalu semacam dengki.
"kenapa kau pelik hari ni?"
Lalu saya akan memaksa diri untuk bersabar dari melafazkan kata-kata seperti, "aku benci kawan dengan kau tahu". Pengalaman hidup sangat mengajar kita bermacam pengajaran. Janganlah mudah melafaz kata. Fikir dahulu sebelum meluah rasa. Apa yang diucapkan itu akan mengusik hatinya. Tidak mengapa jika kita yang disakiti, dengan harapan moga dia belajar sesuatu dari teladan baik yang kita tunjukkan. Ada sesekali kawan sering berkata,
"kenapa kau nak sabar sangat, aku tahu kau banyak pendam, tak elok makan dalam, nanti kau juga yang merana"
Betul, ada perkara yang lebih saya prefer untuk senyapkan. Mungkin pada awalnya sakit, tapi akhirnya tanpa disedari perasaan sakit itu hilang. Berusahalah sebaik mungkin untuk tidak tunjukkan ketidaksenangan hati di hadapan mereka yang menyakiti. Saya lebih banyak untuk senyap jika yang terkesan itu lebih kepada hati saya sendiri. Bagi saya, tidak mengapa yang sakit cuma sekeping hati saya yang saya sepatutnya boleh kawal.
Teringat dalam satu seminar bersama Ust.Hasrizal dengan tajuknya "self-controlled". Manusia yang diciptakan dengan elemen yang pelbagai, jasad dengan keperluannya, mental dengan kekuatannya, nafsu dengan kemahuannya. Sesungguhnya sangat sempurna penciptaan manusia ini. Terasa aura kekuatan apabila baca surah at-tin yang mengisahkan kesempurnaan ciptaan manusia. Akan tetapi bagaimana mahu memanipulasikan kesemua elemen ini agar dapat membina kejayaan hidup yang gemilang?
ada perkara yang perlu kita korbankan.
ada perkara yang perlu kita tahankan.
ada perkara yang perlu kita sabarkan.
ada perkara yang perlu kita suarakan.
Ya, itu soal prioriti atau awlawiyat dalam bahasa arab. Bab Fiqh Awlawiyat saya kira adalah pengajaran yang amat penting untuk dikaji oleh semua umat Islam untuk membina kejayaan dunia dan akhirat. Amat penting untuk memahami maksud sebenar setiap bahagian atau juzuk dalam agama ini. Bukan hanya membuta tuli mengikut orang. Tidak semua yang nampak baik itu baik yang sebenarnya. Tidak semua yang nampak buruk itu buruk yang sebenarnya.
Dalam movie kungfu panda 2, master xifu selalu mengungkapkan "inner peace". Bagi saya itu "inner peace" itu adalah kunci dalam banyak kejayaan. "Inner peace" yang kita perolehi dalam solat yang khusyuk, dalam tilawah quran penuh zouq, dalam zikir mengalun hati.
Mengaplikasikan keistimewaan manusia pada jalan yang sebaiknya. pada jalan yang sebaik mungkin. pada jalan yang paling efektif.
No comments:
Post a Comment