Friday, October 7, 2011

of love and tafseer



semalam.

kisah cinta berputik.
jealous dengan dia yang hebat bahasa arab.
sedikit bangga dengan hadith yang dilafaz banyak lagi yang aku ingat.kiki


" Allah verily hath shown grace to the believers by sending unto them a messenger of their own who reciteth unto them His revelations, and causeth them to grow, and teacheth them the
Scripture and wisdom; although before (he came to them ) they were in flagrant error" ( 3: 164)

the beloved prophet came with three objectives

recite = tilawah
cause = tazkiyah
teach = ta'lim


fakta menarik :

tilawah itu punya dua cara.
1. al kauniyah - dilihat pada tanda-tandaNya
2. al qauliyah - dibaca pada ayat-ayatNya

mudah bukan nak tilawah?

soalnya bagaimana nak menghidupkan proses tilawah dalam kehidupan seharian?
lihat ibu kucing.
menjilat manja anaknya.
penuh kecomelan yang amat.
-jadi pasti pencipta kucing ini lebih loving and caring dari ini.



ya, ini bukan kucing tapi dia loving jugak! :D


buat experiment science.
hebat bahan ini bertindak.
yang ini meletup. yang ini tidak beraksi apa pun.
kenapa ia berbeza.
hebat yang mencipta.
-oh itulah DIA

itu juga tilawah :)
membaca dan melihat tanda-tanda-Nya supaya sentias merasa kehadiran Allah.

maka tidak cukuplah hanya sekadar baca berlumba.
tidak merasa apa pun di hati.
tapi lebih hebat jika tilawah pun banyak.
yang terasa di hati pun banyak.
lalu beristighfar atas kekerdilan diri.
merasa hinanya diri di hadapan dia.
merasa malu atas kesetiaan kasih sayang-Nya pada kita.
merasa terharu atas maha mendengar-Nya Dia
yang lebih erat dari urat leher.

"dan Dia lebih dekat dari urat lehermu"


tazkiyah.
penyucian.
tazkiyatun nafs = penyucian hati.
siapa pun kita.
hebat mana pun kita.
kita perlukan tazkiyatun nafs.
kerana kita punya nafsu yang sudah di-embedded dalam diri kita.
nafsu yang sentiasa men-suggestkan kepada kita semua yang lazat, sedap dan seronok.
ya, kita perlu pada nafsu.
baru boleh kita berimaginasi merangka masa depan.
merancang aktiviti-aktiviti menarik.
membina sesuatu yang luar biasa.
berkobarnya kita saat membawa nafsu berangan melihat, merancang itu dan ini.
malangnya nafsu itu bahaya jika tidak dikawal.
maka dengan itu kita perlukan ihtiham bin nafs.
atau menundukkan nafsu.
supaya kita boleh muhasah kembali.
melihat kembali.
tersasarkah aku?
over-gedik tak?
over-garang tak?




kata mereka lagi.
innama yakhsyallaha min 'ibadihil ulama'
*sungguh tak seronok tak boleh type arab

bermaksud.
sesungguhnya yang takutkan Allah itu daripada kalangan ulama'

jadi apa manusia biasa yang bukan title ulama' ini tidak boleh takutkan Allah.
atau nak takutkan Allah kena jadi ulama' dulu?

maka ada takrifan tentang orang yang 'alim atau ulama tersebut.
perlu maklum alim itu bermakna tahu atau mengetahui sesuatu.

tahu atau mengetahui sesuatu itu boleh jadi,
kenal sifat Allah dan tahu hukum-hukum-Nya

tahu sifat Allah tetapi tidak begitu arif tentang hukum-hukumNya
*mungkin ramai dari kita dalam golongan ini.

tahu semua hukum, perintah dan larangan Allah
tapi tidak mengenali Allah.

apa guna tahu hukum, perintah dan larangan tapi tidak mengenali Allah dengan sebenarnya.
adakah kita mengenali Allah?
atau semata menurut perintah.
atau malas dibebel ibu ayah yang bising suruh solat.
atau malu jika dilihat tidak melaksanakan arahan-Nya

yang akhirnya dimana Allah di dalam hati kita?

itu yang sering dilihat Allah hanya pada masjid dan surau-surau.
hanya pada tikar sejadah.
hanya pada tudung.

keluar masjid lupa Allah.
buka tudung dah boleh buat dosa.

apa kita dalam golongan begitu?

tilawah, tazkiyah, ta'lim
ketiganya harus seiringan.

melihat dan membaca tanda-tandaNya
kemudian di intai pada hati.
ada kurang?
maka perlu dipelajari lagi.

moga ada manfaatnya.

siapa yang start the first good deed, then follow by others, there's reward for the first doer until the deed is stop being done by others

man sunnata 'ala sunnati.. *oh tidak, dah tak ingat hadith ni

sila abaikan bahasa yang tunggak terbalik.
may Allah bless.love

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords