Seminggu lepas seorang sahabat ikhwah satu batch sudah melangkah ke tangga seterusnya. Barakallahu lakuma. Saya perhatikan perjalanan mereka. Cara pemilihan pasangan dan langkah-langkah untuk tangga seterusnya menarik hati saya.
Bagaimana kita seharusnya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah dan mereka yang dipercayai. Kita tak pernah tahu kewujudan ramai lagi wanita solehah atau mungkin juga lelaki soleh yang tidak hanya aktif dalam kelas, persatuan atau pun facebook. Mungkin sahaja wanita-wanita solehah ini lebih baik dan sekufu untuk kita.
Pernikahan dan perkahwinan semestinya bukan sekadar sebuah tuntutan fitrah. Memahami wanita itu tiang kehidupan. Betapa pentingnya perhatian terhadap wanita sehingga disebut-sebut baginda di saat genting sakaratul maut. Setiap detik dalam kehidupan Rasulullah pastinya sebuah didikan dan tarbiyah buat isteri dan ahli keluarganya. Sehingga membentuk Aisyah r.a yang berani menyertai perang uhud dan yang paling banyak meriwayatkan hadith.
Memahami sunnah sebuah perkahwinan bukanlah sekadar memahami tanggung jawap seorang suami dan isteri bahkan ia lebih dari itu. Melangkaui banyak perkara.
Rabbuna yusahhil.
Qu' Allah facilite.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment