Bila kebelakangan ini terasa blog ini sudah tidak bererti. Terasa macam nak tutup blog ini, tapi bila ada sahabat yang mengingatkan.
"Jangan echot, blog tu banyak memberi semangat dan inspirasi"
Semangat dan inspirasi di celah mana pun saya tak tahu. Saya selalu berniat sebelum melakukan sesuatu, semoga ada kebaikan untuk saya dan menjadi ikutan atau cetusan kepada kebaikan orang lain. Moga ada ganjaran amal jariah darinya. Maka saya gagahkan juga blog ini. Moga ada manfaatnya. Kadang-kadang memang kita terasa lemah. Semalam juga di laman facebook.
"There're so many selfish people, perhaps i should learn how to be selfish too"
Dibalas oleh wanita yang anggun dan berkeperibadian tinggi,
"Sabar, sabar, jangan ikut nafsu jahat tu. That's whispering of shaytan. Seek protection from Allah. Take a break. Focus on something else for a while. Maybe then insya Allah you mind will be clearer"
Lantas teringat kata-kata ini, ijlis bina nu'min sa'ah. dengan maksud, duduk sebentar dan fikir sejenak. Maka tak hairan jika ada hadith yang mafhumnya, berfikir itu lebih baik dari melakukan solat sunat. Input tambahan, muslim itu saling menguatkan! Nampak tak orang yang komen post saya tu. Allah hantar dia sebagai asbab untuk jadi tazkirah atau pemberi peringatan! Subhanallah!
Malam tadi usai meeting sekitar jam 11 terus sambung buat homework. Walau mungkin banyak masa terluang sepatutnya tapi semacam ada semangat luar biasa yang membolehkan saya nak study untuk test next week sekali. ia berlanjutan hingga jam 4 pagi! Jadual hari esok yang kosong membolehkan saya tidur lambat kerana banyak masa untuk kalau-kalau perlu qada' tidur. Tetapi lain pula jadinya bila jam 6 pagi dah mula terjaga terharu mendengar alunan bacaan quran dari roomate. Ya, banyak sekali rahmat Allah di sekeliling. Classmate saya seorang sudah mula bertudung. Alhamdulillah. Ada rakan yang mula berkata,
" Nak pakai tudung yang labuh sikit la"
"Oh pakai la", berkata sambil tersenyum dalam hati menangis terharu.
"Kite nak jadi macam awak"
"Eh jangan buat sebab nak jadi macam kite, buatlah kerana ikhlas untuk Allah. Esok-esok kite pun tak jamin tudung kite ni macam mana, yang pasti kite kena sama-sama maintain tudung n iman kite ok?"
Pagi ini, langit mendung serta angin berhembus dingin membelai kulit. Setiap pagi saya memerhati siapa yang bangun subuh. Seboleh mungkin dijauhkan dari orang-orang yang tidak menjaga solat atau aurat. Bukan apa, cuma takut dengan tanggung jawap yang berat itu. Jika dia tidak solat, pasti setan gemuk yang hasut dia tu bersama dia dan dia roomate saya! Oh man, this is bad, ada setan gemuk in my room! Itu analogi mudah bagi saya. Siapa yang mahu di kelilingi setan gemuk bukan? Setan kurus pun tak mahu apatah lagi yang gemuk. Untuk menjaga nafsu yang embedded dalam diri pun terkedek menggagah diri, apatah lagi setan gemuk tambahan yang lain.
Pagi ini juga, seakan semuanya indah. Bermula dengan alunan bacaan quran dari roomate, angin lembut berhembus membelai tubuh, matahari yang sinarnya masih memancar tidak kah semua itu indah? Jika dibandingkan dengan dikejut dengan kasar, angin membahang panas yang merimaskan atau sahaja hujan yang turun tanpa henti dan merisaukan jika air sungai mula naik. Ditambah lagi menonton video-video keterharuan sambil bersarapan pagi.
Ya, dulu saya di dalam 'gua' yang indah itu. Hira' sememangnya nama sebuah gua yang menjadi tempat Rasulullah berkhalwat mengasingkan diri dari maksiat masyarakatnya sebelum diangkat menjadi nabi. Ya, saya bersekolah di Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Hira' dan disambung ke Sekolah Menengah Islam Hira'. Semuanya indah-indah belaka di situ. Biah solehah tak terkata. Antara taman-taman syurga mungkin. Bila tercampak keluar, keseorangan. Sedih rasa hati yang membuatkan saya lebih teruk dari orang yang putus cinta. Frust menonggeng membuak-buak segala air mata.
Tapi hari ini bila semua yakin Islam itu bukan untuk yang tudung labuh sahaja, bukan untuk budak-budak nasyid sahaja. ya, persepsi mudah penggerak dakwah,
"Eh budak tu macam sekolah agama je, jom ajak dia usrah"
Kenapa mesti yang nampak-macam-sekolah-agama itu yang ditarget. Kenapa perlu ada situasi seperti,
"Hey, jangan masuk kelas tu ramai free hair"
Kenapa begitu? Islam itu untuk yang bersekolah agama sahaja? Jika begitu pastinya saya sepatutnya tidak berada di jalan ini. kerana saya sangat nakal, suka menyanyi, suka berfesyen, suka bercakap banyak.
Buat para jiwa yang merasakan dalam kad pengenalan tertera agamanya Islam.
Untuk difikirkan kembali di mana kita sebenarnya.
Usrah itu apa? Lihat apa kata mereka. Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Najlah Ishak dan kegembiraan mereka.
Ok air mata berjurai-jurai. Bila kadang-kadang mula terasa berat. Terasa seperti setan-setan gemuk menghasut supaya berputus asa dan cuma memikirkan tentang diri sendiri. Pastinya ayat-ayat Allah yang dibaca selama ini seakan menghantui hidup pada setiap siang dan malam. Menjadikan hidup tak tenteram.
Lebih-lebih lagi bila menonton ini.
It's ok jika usaha kita cuma sekadar dengan sebuah senyuman atau sekadar mengalah beratur membeli makanan. Perbuatan baik itu bermula dari sekecil-kecilnya hingga yang paling besar. Jangan disangka dengan senyuman anda tidak menyumbang apa-apa. Jangan pernah memandang remeh terhadap perkara-perkara kebaikan.
Ia boleh menjadi pencetus kepada satu perubahan yang hebat! Nilai-nilai kebaikan yang walaupun sedikit tapi ia masih terus bertambah dan bertambah! Kita sering mengaplikasikan sikit-skit lama-lama menjadi bukit pada amalan menabung, ini amalan yang lebih hebat! Ini adalah sesi berebut pahala biar kita peroleh redha dan kasih sayang-Nya. Siapa tahu redha Allah itu ada di mana-mana! Apa lagi yang kita mahu selain dari redha dia!
Till we meet again.
May Allah bless.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment