Sunday, January 29, 2012

Bila cinta berbahasa

Dua jiwa, dua hati.

"Awak, dalam dunia ini tiada yang milik kita. Esok lusa pasti kita kena pulangkan semula. Sekurang-kurangnya bersyukur jika dia masih di sisi"

Lafaz dia sambil tersenyum.

"Seperti cinta dua pemuda yang bertemu dan berpisahnya semata kerana Allah? Yang even para sahabat pun jealous tu?"

Dia senyum lagi.

"Saya nak masuk syurga. Awak nak ikut? Kalau awak nak ikut awak kena sayang dan cinta saya kerana Allah semata. Kalau kita tak jumpa lagi pun nanti, Insya Allah kita jumpa lagi di syurga"

Senyum dia makin lebar.

"Tapi nanti tak jumpa di dunia?"

"Dunia itu cuma ibarat dua jari seperti sabda Rasulullah. Di syurga nanti kita boleh bercinta sehingga ke akhirnya bukan?"

Ada air mata yang bergenang dan deras mengalir laju.

Dalam tangis dan air mata kita gusar kerana dunia. Kita lupa cinta itu terlalu suci untuk dinodai dengan hal seperti itu. Kerana cinta itu selayaknya diberikan sepenuhnya kepada Dia sang pencipta.

Sungguh dunia ibarat penjara bagi seorang mu'min.


Moga kita berkumpul bersama di syurga nanti.


"Mualimah dah bayangkan anak-anak didik mualimah nanti duduk lagi berhimpun macam ni tapi mungkin bukan esok bukan lusa, tapi di syurga nanti. Mungkin nanti kita berada di bawah pohon rimbun, di tepi sungai sambil mengagungkan Allah raja segala raja"

Sebabnya mudah. Kerana kami bercinta dan cinta kami kerana Allah semata.

Saksikan cinta kami ya Allah.


No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords