Well, my parents named me with aishah for something.
Being such like amazing Aishah the Ummul Mu'minin.
Simple things can be a great things in some ways.
Well, yeah we are awesome in with our mind and iman of course.
"verily, we created man of the best stature"
95: 4
But at the end,
"verily, the most honourable of you with Allah is that who has Taqwa"
49:13
Simple action can be a great deed in some ways.
I
"apa yang awak buat tu?"
"sapu sampah ni ha"
II
"apa yang awak buat tu?"
"sapu sampah untuk mudahkan orang lain jalan kat sini"
III
"apa awak buat tu?"
"sapu sampah sambil muhasabah hati kalau boleh dibayangkan hati kotor macam ni"
IV
"apa awak buat tu?"
"sapu sampah untuk bantu ummah agar lebih mudah melaksanakan urusan seharian, moga di hujungnya nanti tertegak kembali daulah. sekurang-kurangnya dapat bantu orang lalu kawasan ini dengan lebih selesa kerana mereka mungkin sibuk berkejar laksanakan tugas ummah"
Kalaulah semua tukang sapu berjiwa seperti itu.
Kalaulah semua pelajar sedar, dia belajar untuk bantu ummah.
Kalaulah semua ibu ayah sedar, mereka sedang mendidik ummah.
Kalaulah semua guru-guru sedar, mereka sedang berhadapan dengan pemangkin ummah.
Kalaulah semua makcik kantin sedar dia sedang memberi makan perajurit ummah.
Kalaulah semua pakcik bas sedar dia sedang membawa pemuda harapan ummah
Kalaulah semua pekerja kilang sedar dia sedang memproses barangan untuk ummah.
Pasti berkobar hati bila seorang guru berkata,
"Wah, kamu semua ini pemangkin ummah tahu? Wajah yang membawa sinar harapan untuk kebangkitan ummah"
Pasti terbangun jiwa dan semangat khalifah dalam jiwa anak-anak bila dapat bed time story seperti,
"Anak-anak ummi ni kena jadi ummah yang terbaik macam Allah cerita dalam surah Ali Imran, kita ajak orang buat baik nasihat orang yang buat jahat sebab ummi nak jumpa lagi anak-anak ummi kat syurga nanti"
Terasa getar dalam hati sendiri.
Impian besar perlu dipikul dengan jiwa yang besar.
Juga pasti ada pengorbanan yang besar.
Perjuangan tak pernah lengkap tanpa pengorbanan.
Pastinya yang belum terkorban itu belum tiba lagi di medan yang sebenar.
Harus kuat.
Wajib!
No comments:
Post a Comment