Merenung ayat-ayat di dalam Al-Quran memang meruntun hati.
Berat rasanya memikul beban ini.
Seorang yang masih muda lasak, gedik, mengada.
Dianugerahkan nikmat juga satu ujian yang berat.
Tak pelik bila satu masa dulu ada seorang saudara berkata,
"Aku bukan tak nak masuk tahfiz tu tapi nanti susah kalau buat dosa"
Tapi bukanlah sesuatu yang mustahil bila,
"Esyah plan nak improve tajwid je, at least kalau esok-esok kiamat esyah ada usaha yang hafal walaupun tak rasa macam boleh habis masuk tahfiz ni"
Bila setiap hari di-brainwash dengan Al-Quran.
Subhanallah.
Sering sahaja air mata ini mengalir.
Kerana cinta dan azam digagahkan jua.
Satu slogan yang sering dicatatkan di mana-mana buku.
"Aku pembawa panji kalau bukan aku siapa lagi"
Bila berkata Fudhail Ibnu Iyadh,
"Penghafal Al-Quran adalah pembawa panji Islam, tidak patut ia bersama orang yang melambatkannya atau bersama orang yang lambat atau lupa bersama orang yang lupa atau pula bersuka-suka, semuanya demi mengagungkan hak Allah"
Rasa nak tampar diri sendiri.
Lagi bila Asy-Syafei berkata,
Siapa belajar Al-Quran besar harganya,
Siapa belajar fiqh agung wawasannya,
Siapa belajar hadith kuat hujahnya,
Siapa belajar matematik cerah otaknya,
Siapa belajar seni lembut wataknya
Siapa tak tahan nafsu tak manfaat ilmunya.
Tersentak.
Dimana aku?
Hari ini aku di sini lagi masih tenang dalam berilusi
Mana perlu ku melangkah mana betul dan yang mana salah
Masih bertarung dengan diri melawan nafsu nafsi
Jangan hina bila Akbar mengungkap kata di atas dalam lagu Perhitung.
Baca lirik dengan perlahan.
Makan dalam. Sentap.
Tapi sampai bila?
Umat ini akan terus bangkit dan aku masih mahu tercicir di belakang?
Sambung lagu Perhitung oleh Akbar,
Tunggu apa ditunggu aku pun tidak tahu
Kini semakin lesu beriku petunjuk-Mu
Sedar dari lamunan mula ternampak jalan
Kini dalam barisan teruskan perjuangan
Semua gerak dihitung tiada yang tergantung
Sedar atau tak langsung tiada yang melencong
Apa ini ku cari harus merenung lagi
Cuba berkali-kali silap berulang lagi
Moga terus kuat dan saling menguatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment