Friday, March 23, 2012

dengki

Ukhwah itu harta paling berharga saya. Semalam bila dibaca sebuah novel, sampai di plot kematian sahabat baiknya. Berjurai air mata keluar.

Malam tadi 11.50 ada call masuk. Bukan nombor malaysia. voip mungkin

"Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh"

Jeda sebentar.

Tiba-tiba.

"Laling!!", dua-dua menjerit ceria dan terburai ketawa girang.

Bermula 'update status' dengan nada serius tapi diselangi 'gelak sopan'.

"Laling, nak 'taujihat' sikit"

"Hurm acane eh. It's just we're moving to the another step so mestilah persediaanya berbeza. Dia bukan hanya persiapan untuk sehari tapi persiapan untuk satu tempoh fasa hidup. Fasa yang pasti berbeza dengan fasa yang kita lalui sekarang. Berbeza dari pelbagai aspek yang jelas"

Boleh pula dibalas, "hekhek dah besar kan kita?"

Hikayat kami bermula di bumi itu. Dicanai, dibentuk, dibelai dengan tarbiyah. Siapa sangka alam bahagia itu hanya sebentar. Hari ini semua terpisah jauh. Biar terpisah jauh sekali pun. Biar berapa lama terpisah ukhwah itu tak pernah pudar malah terus membara dalam rindu yang bertaut dalam doa kami.

Hari ini dilihat semakin banyak pembinaan akhawat. Program-program pembinaan jiwa semakin banyak. Alhamdulillah. Timbul rasa rindu pada sahabat-sahabat tercinta.

Hakikatnya kami sudah 'direkrutkan'. Kini sudah tiba masa 'dihantar bertugas'. Sudah tamat masa 'bermanja'.

Jangan mengeluh.
Bukan tak boleh menjerit girang dalam skype, ym, segala kan.

"Anything just let me know echot. Text je. I'll reply"

Okay terharu.

Dakwah nabi nuh itu 1000 tahun kurang 50.
950 tahun.

Jeda.






No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords