Friday, March 9, 2012

exam mode

Empat hari.
Segamat-KL-Putrajaya-Banting-Shah Alam-Kuantan-Segamat

I
Balik la rumah dulu. Semua orang rindu ni. *nangis*

II
Abah rindu esyah masak kat rumah. *nangis*

III
Kenapa cuti sekejap sangat? Siapa nak ajar nenek pakai handphone nanti?

IV
Nanti teman mak pergi UM, petang ni teman mak shopping and cari mp3 untuk Iman, malam ni teman mak pergi ceramah Syeikh Imran Nazar Hossein,


Terasa ada aura baru yang menyelubungi hidup. Nak kata sibuk sangat tak juga. Selalu je gayut dengan mak gosip-gosip. Selalu juga facebook-ing dengan maklang and sepupu sepapat semua. Balik rumah pun mak macam tak nak berenggang. Tapi seronok je berkejar sana sini dengan mak. Sempat masak every meal hour untuk family. Masak breakfast sambil kemas rumah sambil 'jamming' dengan adik. Sempat ajar adik essay bahasa arab untuk exam dia. Sempat masak lunch sebelum ikut mak. Sempat masak dinner special untuk abah. Sempat habis baca tiga buku.

Text message time shopping dengan mak.

"esyah, abah suruh masak dinner"
"okay, defrost daging and peal kulit carrot and garlic"

Entah. Laju je datang idea nak masak apa. Balik rumah terus letak barang shopping buka tudung and terus masuk dapur. Elok-elok sebelum azan maghrib settle semua. Lepas maghrib abah balik dari surau dia makan penuh semangat.

Alhamdulillah.

Bila masuk exam mode maka segala yang berkaitan dengan internet jadi dormant kejap even winter dah habis. Jadi harap maklum bila blog jadi berhabuk. Malang sekali bila masuk spring rama-rama mula terbang riang. Rama-rama yang perlu didisiplinkan! *rama-rama jiwa*

Suatu ketika pernah Ust.Hasrizal Jamil tweet,

"Jika seorang isteri hendak berpuasa perlu meminta izin suaminya,
dan jika seorang suami hendak tidur di waktu kerja perlu minta izin isterinya"

Betul la kan?

Tugas isteri utama isteri adalah melayan suami dan tugas utama suami adalah mencari nafkah.

Bila fikir balik, tugas aku menjaga tubuh badan sihat sejahtera. Sepatutnya rasa bersalah bila dah lama tak jogging, sepatutnya rasa bersalah bila makan junkfood, sepatutnya rasa bersalah bila tak cukup minum air, sepatutnya rasa bersalah bila tak gosok gigi sebelum tidur.

Tugas sebagai anak. Sepatutnya rasa bersalah bila malas study, sepatutnya rasa bersalah bila sesuka hati tidur sepanjang hari di kampus, sepatutnya rasa bersalah bila sepanjang hari berjimba sakan.

Sila rasa bersalah online lama-lama tapi study tak habis cover lagi!


ps : ada aura wanita matang kan? fuyohh dah tak gedik! >.<


1 comment:

Anonymous said...

wahh!! awak nk jadi isteri dah ke???
meh habaq mai skett!

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords