Wednesday, April 18, 2012

cinta hadith

"Antum dah keluar Hira' nanti baru antum akan rasa nikmatnya tarbiyah, betapa banyaknya mutiara di sini"

Teringat di zaman form 2 beratur depan mualimah untuk tasmi' atau memperdengarkan hafalan hadith. Ada hampir 40 hadith yang perlu dihafal sebelum ada peperiksaan besar dipanggil Peperiksaan Diniyyah ( PDI ). Dengan gred markah yang tinggi untuk skor peperiksaan ini iaitu 90% ke atas baru mencapai gred A. Perlu dihafal matan dan terjemahan berserta tafsir hadith tersebut. 'Bedah' hadith ini antara subjek kegemaran. Lagi bila ada senior yang mencipta lagu-lagu hadith. Akhi Mu'adz Dzulkifly. Menyanyi rasanya di dalam dewan peperiksaan dan kadang-kadang dicubit dengan mualimah kerana tasmi' dengan cara menyanyi, bunyinya agak gedik mungkin.

"Hesh. Tak perlu berlagu nasyid tu tasmi' macam biasa je"

"Hehe. Nak jugak! La tahasadu la wa tanajashu~wa la tabaghadu~wa la tadabaru~"

"Aishah.", sambil membesarkan matanya sambil tersenyum.

Begitu kenangan bersama Mualimah Zaleha Abdul Latiff. Jazakillahu khoiran katheera ya muallimah. Bibit cinta hadith yang bermula dengan beliau. Beliau yang rajin membelai dan memanjakan kami di musolla sekolah. Selepas solat berjemaah kami sering duduk di sekeliling beliau dan menggedik manja sambil kami urut kaki dan badan beliau.

"Tolong picitkan belakang mualimah ni. Letih pula hari ni. Esok-esok tak tahu bila lagi nak berkumpul macam ni. Insya Allah kita borak lagi macam ni di syurga ye"

Allah. Allah. Rindunya Masha Allah!

Dulu entah kenapa tak terasa pun betapa signifikannya hadith-hadith ini. Cuma sekadar menyebut,

"As sabru dhia kan", bila ada yang mengada memohon simpati nak potong line mengambil makanan

"Hep, hep, la dharar wa la dhirar (buat jahat jangan dibalas jahat) kan kan". Bila ada yang menyakat main geletek dibalas geletek.

"Eleh! Sini enti ana balas balik! Okay okay la taghdab (janganlah kamu marah)", bila cubitannya dikuatkan hingga terasa bisa.

"Enti!!!!!"

Hadith yang bermain di bibir sekadar dalam ayat spontan dan bergurau senda. Jarang hadith-hadith di dalam matan arba'in ini di bincang dengan lebih mendalam. Mungkin kerana aplikasinya lebih dalam kehidupan seharian berbanding hadith-hadith tentang tarbiyah dan pembentukan diri yang sering disebut-sebut dalam tazkirah subuh, kuliyah iftar khamis dan kuliyah subuh hujung minggu selepas qiamullail.

Maka benarlah bila dikatakan Rasulullah itu rahmatan lil 'alamin. Rahmat sekalian alam. Biarpun hadirnya cuma sebentar tapi kesannya sepanjang zaman. Dihafal kata-katanya, pendiriannya, perbuatannya. Bahkan setiap tindak tanduk baginda punya hikmah yang tersendiri. Subhanallah.

Hari ini bila kehidupan harian bukan lagi dalam tarbiyah yang aman harmoni maka setiap perincian dalam kehidupan seharian itu perlu difahami dan dihayati semula. Moga terbina biah solehah dalam diri sendiri sekurang-kurangnya.

Ya Allah aku mohon dalam setiap tindak tanduk, gerak hati, mimik muka, diam atau bersuara diriku terzahir hanya dengan hadir Kau di dalam hatiku. Masha Allah risaunya hati kalau-kalau terlupa. Sesekali bila terlajak gelak ketawa. Ya Allah mana Kau. Aku letak kat mana ni. Aishah, wal yadhaku qaleela wal yabku katheera ( sedikitkanlah gelak dan banyakkan menangis). Allah hai. Astaghfirullah.

Hari-hari mendatang sepatutnya lebih mematangkan diri. Semakin bertambah ilmu. Semakin meningkat amal. Semakin khusyu' solat. Semakin banyaknya zikir. Semakin kurang lagha.

Bila semakin jatuh cinta dengan ayat Quran, dibaca lagi tafsir dan terdapat hadith-hadith yang menyokong tafsir tersebut rasa jatuh cinta lagi dan lagi pada hadith. Allah hai dulu hafal 40 hadith je. Itu pun entah ingat semua entah tidak. Rasa nak pasang azam baru hafal hadith pula.

Lagi bersemangat bila pagi ini scroll down twitter jumpa sesuatu dari Ust. Aagym. Siapa kata tak boleh bina biah solehah dalam newsfeed facebook atau timeline twitter kan.


  • Imam Abu Bakar Al Qahiri Al Hanafi telah membaca Shahih Bukhari 95 kali
  • Imam Burhan Al- Halabi  telah membaca Shahih Bukhari 60 kali dan  Shahih Muslim 20 kali
  • Imam Abu Bakar bin Athiyyah telah membaca Shahih Bukhari 700 kali
  • Syaikh Nafisuddin Al Alawi Al Yamani telah membaca Shahih Bukhari 150 kali
Allahu akbar. Nak khatamkan Shahih Bukhari dan Shahih Muslim at least sekali buat madah-madah dengan anak-anak boleh tak? Insya Allah live the life to the fullest kan? Rabbuna yusahhil

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords