Sunday, May 6, 2012

MUKIM 2012

Millions and thousands praises for Him Allah the Almighty. Upon some requests so here is my two cents. 

Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia 2012 (MUKIM)
Anjuran World Assembly of Muslim Youth (WAMY), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, JAWI dan IKRAM
Dewan Muktamar Pusat Islam, KL
5 Mei 2012


I
Ucaptama : Ke Arah Memperkasakan Kepimpinan Belia Islam
Ust. Alias Othman
Mantan Ketua Dekan Akademi Pengajian Islam UM
Lembaga Timbangtara IKRAM

Apa kepimpinan belia islam perlu tahu?

1. Sejarah jatuh bangun umat islam
2. Apa method bagi membangun ummah
3. Apa persiapan diri ke arahnya
4. Bersikap proaktif

Penyelesaian isu ummah tidak akan mampu diselesaikan dengan hanya fokus pada bidang-bidang tertentu. Islam yang bersifat syumul haruslah dihayati dan dipegang secara total dan holistik.

Pernah terfikir kenapa persoalan aqidah dan tauhid yang menjadi asas kepada ajaran dan cara hidup islam? kerana kalimah tauhid itu sendiri adalah satu bentuk pemberontakan terhadap kuasa dan kedaulatan taghut dan sekutunya.

Untuk mencapai matlamat ustaziatul alam ini pemimpin belia perlu ditanamkan :

1. Al-Iman - yakin kemenangan itu akan datang kembali kepada umat Islam
2. Al-'Izzah - bangga dengan perjuangan mencapai mardhatillah
3. Al-'Amal - beramal dengan berharap bantuan dan pertolongan Allah

"Untuk mengubah manusia mesti mengubah dalaman manusia"

Selain bekerja secara kolektif kita juga perlu melahirkan komitmen peribadi, berjiwa besar untuk agama dan menghormati pandangan orang lain. Mengkaji complementing factor dalam membentuk a pleasant meeting of hearts and minds.

"It's the time to bring back what we have left before agar bergema dan menjulang nama-Nya di langit yang tinggi"

II
Kertas Muktamar : Memahami Islam dan Kepimpinan Belia
Dato' Dr. Nik Mustapha Nik Hassan
Ketua Pengarah IKIM

Dari kecil bersekolah agama dan hidup di dalam suasana agama, penuh biah solehah dan tarbiyah tapi ke mana hala tuju kita? 

Bila berlaku fenomena keruntuhan akhlak, ketidakstabilan ekonomi maka yang dituding untuk berbalik kepada ajaran agama islam yang sejati. Maka bertumbuh madrasah dan ma'ahad tahfiz di serata tanah air ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun adakah penghayatan agama itu hanya pada bacaan dan hafazan ayat quran? Bagaimana memahami content dan context harta pusaka dari Rasul tercinta ini? 

Kalau dikatakan solusi kepada kebanyakan masalah masyarakat hari ini adalah agama dan sudah berabad lamanya ma'ahad tahfiz dan madrasah di negara ini ditubuhkan dan pasti produk dari institusi tersebut sudah mencecah angka ribu. Di mana mereka yang dikatakan solusi kepada isu ummah masa kini?

"Syariah compliance cannot achieve syariah objective. Why?"

Maka jelas agama islam itu perlu dihayati secara tahkik, superficial dan diaplikasikan secara holistik, syumul dan sempurna. Bukanlah setakat membincangkan hukum tajwid, hukum fiqh ibadah, munakahat semata-mata. Jelas sekali Al-Quran dan As-Sunnah menyentuh kepelbagaian aspek dalam kehidupan dan bukan persoalan typical sahaja. 

Tajuk-tajuk yang kononnya nampak tidak islamik seperti leadership, management, professionalisme sering dipandang ringan oleh umat islam. Jelas terbukti dalam time management kita bukan? Dalam tentatif majlis bermula 8.30pm tapi janji melayu selalunya jam 9.00pm baru acara bermula. Jadi kenapa pula ada surah yang mencerita tentang masa?

Kita beramal bukanlah lagi secara retorik dan hanyut dengan slogan yang mulia. Kita harus membangun masyarakat secara holistik dan berterasakan nilai fitrah kemanusiaan hingga terbina peradaban bukan hanya berdiskusi tentang legasi dan sejarah terdahulu tanpa melakukan apa-apa tindakan yang proaktif.

Masalah kita kini adalah masalah integriti. Paling kurang integriti terhadap diri sendiri. Amanah dengan tanggung jawab sebagai hamba, khalifah itu di mana? 

Untuk membina peradaban islam dan mencapai ustaziatul alam itu masyarakat haruslah bersikap terbuka, critical thinker, meneguhkan kebenaran dan keadilan, memupuk budaya kasih sayang

Bukanlah dengan memiliki masyarakat yang pemikiran kecil, tertutup, rigid, mekanikal, literal dan fikiran simplistik yang hanya akan membantutkan kemajuan ummah.


III
Sidang Pleno
Ust. Dr. Zaharudin Abdul Rahman
Pensyarah kanan UIAM 

Pemimpian belia haruslah memiliki sifat as-sobwah, sobwah yang membawa maksud bukanlah tidak memiliki kecenderungan melakukan kejahatan tapi tenggelam dalam urusan kebaikan.

Prospek kepimpinan belia :

1. Biah solehah - merangka gerak kerja dakwah dan tarbiyah dalam sistem dan gerak kerja yang tersusun
2. Baitul muslim - asas masyarakat bermula dengan pembinaan keluarga
3. Teknologi - bila segalanya mampu dilakukan oleh sesiapa, di mana jua, dan bila-bila masa

Setiap sesuatu gerak kerja pasti akan dilanda musibah dan masalah tapi anggaplah masalah itu sebagai peluang menuju jalan kemajuan untuk terus ke hadapan. Be positive!


Sidang Pleno
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita IKRAM Malaysia

Generasi belia di zaman ini lahirnya sekitar 1985-1995 iaitu generasi Y. Antara ciri-ciri generasi ini adalah :

1. Dilanda kepantasan teknologi jadi dia mudah berubah dan tolerant terhadap perubahan, average tempoh kerja yang optimum 1.3 tahun di satu tempat dan mahukan perubahan selepas tempoh itu.
2. Dilanda pelbagai fenomena seperti glomal warming, tragedi 9/11 jadi dia sangat concern kepada hal semasa
3. Didedahkan dengan pelbagai sumber ilmu dan mengilhamkan pelbagai idea maka dia sangat optimistik tapi kurang realistik

Ciri kepimpinan yang ideal haruslah memiliki :

1. Ciri keilmuan - ilmu itu harus dipelajari tanpa henti
2. Kuasai masyarakat - islam itu rahmat sekalian alam bukan rahmat untuk kau seorang maka sebarkan!
3. Cepat, tangkas dan merebut peluang - chance always comes once

How do i balance my life? 
All of these are my need and my necessity. I need my husband to complete my half, i need my children to inherited my dakwah, i need my jemaah to fulfill my obligation as a slave and khalifah


Sidang Pleno
Ust A'ang Suandi
WAMY Indonesia

Apa yang sudah kita lakukan untuk menjadi harapan ummah?
- berorganisasi, berjemaah, berharakah untuk menjadi qiadah ad-deen yang dioleh dan disentuh dengan sentuhan rabbaniyah

Kita tidak seharusnya hanya menjadi sebahagian dari wacana dan diskusi perdana tapi turut sebahagian dalam gerak kerja mencapai solusinya


Juga ada pembentangan kertas muktamar dari Dr. Saed Ahmad Al-Uwais, Musyrif Am WAMY Saudi dengan tajuk 'Iktibar Sirah Nabawiyah dalam bahasa inggeris dengan loghat arab yang pekat. Banyak disyarahkan tentang kisah-kisah sirah yang berkaitan dengan isu kepimpinan. 





credit to : akh muadz ruslan


May Allah bless


No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords