"When i fall, I fall hard"
Kata mak, kata-kata ini hanya relevan pada kekanak yang tak matang. Macam kekanak yang tak dapat chocolate dan mula buat tantrum di tengah alam.
"I want it! I want it!", menangis menjerit-jerit sambil berguling di atas lantai shopping mall.
Sesungguhnya kita cuma digalakkan berlumba-lumba dalam perkara kebaikan. Apa pun kebaikan yang dikatakan itu mengikut awlawiyatnya juga. Perkara dalam ibadah fardhu sebagai contoh dalam situasi kemarau dan sumber air mutlak sangat sedikit maka kita tidak boleh mengutamakan orang lain dan harus untuk berebut.
Ada satu masa dahulu, tahun 2006 mungkin.
"Mualimah, ana tak nak tukar kumpulan usrah ni. Ana tak kira nak juga usrah dengan mualimah"
Rebel dan mogok kononnya ketika itu, duduk sebaris di hadapan kelas. Oh rasa sungguh tidak matang bila dikenang kembali. Kejadian seperti itu sebenarnya berulang beberapa kali cuma dalam keadaan reaksi yang lebih matang. Setiap kali perkara sebegitu berlaku seharusnya kita merenung kembali. Niat dan tujuan kita menghadiri halaqah-halaqah ilmu, bahkan niat untuk menghadiri atau melakukan apa pun adakah kerana penyampaiannnya, muwajjihnya? Di mana niat yang suci murni yang dikatakan memang tulus kerana Allah? Untuk mengetahui sesuatu perkara tersebut dilakukan dengan ikhlas kerana Allah tidak susah, terutama sekali bila ditimpa sesuatu ujian.
Menghadiri kuliyah atau tazkirah dengan tajuk yang sama atau tajuk yang dirasakan sangat remeh bagi kita tanpa menyedari bahawa keberadaannya kita di situ ibarat berada di taman syurga yang dinaungi dengan sayap-sayap malaikat. Sesuatu yang abstrak dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar sememangnya sangat susah untuk difahami melainkan dengan kehadiran mata hati. Memahami bahawa kelebihan majlis ilmu yang bukan sekadar sebagai penambahan ilmu tetapi juga sebagai muhasabah dan menguji daya kefahaman kita untuk memahaminya dari aspek yang berbeza.
"Majlis ini rupakan salah satu dari taman-taman syurga dan dinaungi sayap-sayap malaikat yang sentiasa berzikir kepada Allah, bahkan wajah-wajah ini juga merupakan wajah-wajah calon syurga", ayat sentap yang buat mengalir air mata jika difahami dengan hati.
"Yelah, kau tahu tak aku ni bukan sahabat rasulullah yang dijamin syurga. Buat amal banyak pun belum tahu diterima ke tidak. Masalahnya banyak mana sangat pun amal aku ni. Aku risau. Sanggup ke nak duduk neraka walaupun sekejap?"
Menyedari bahawa hidup ini adalah satu perjalanan pastinya memerlukan kita yang sentiasa berjalan bahkan berubah mengikut situasi. Dahulu bajunya dress baby berenda sekarang kita lebih memilih baju kurung atau jubah. Dahulu kita bersama program kanak-kanak sekarang kita duduk bersama lingkungan dewasa.
Dahulu kumpulan kita cuma rakan sebaya, tapi kini ada team-mate yang sudah bekerja, sudah berkahwin. Dahulu cuma bermain di taman permainan, tapi kini bergotong royong memasak bersama makcik-makcik pelbagai umur. Pastinya juga tajuk perbualan kita sudah lebih matang.
"Macam orang putus susu. Mana boleh dah berlari melompat sana sini masih nak menyusu. Umur awak dah dewasa mana boleh dengar rancangan kanak-kanak lagi. Awak dah bekerja kenapa masih masih menumpukan pada kerja-kerja universiti."
p/s : masalah critical thinker ayat caca merba tak ikut flow, otak banyak sangat cabang. tapi bak kata dia, "as long as i delivered the message"
Ada unsur matang yang semakin bertambah aku rasa.
Matang yang aku tak minta tapi atas keperluan.
"Kenapa nak sibuk hal-hal orang dewasa? Chill la. Kita kekanak lagi kot sibuk menggedik menebarkan kasih sayang melepak dengan geng-geng kita"
"Sorry, gerabak aku laju sikit dan masa terus berlalu tak menunggu aku untuk terus bermanja. Perjuangan aku bukan setakat ini sahaja"
Aku rindu mualimah Aishah Ramli naqibah usrah kerepek darjah 5.
Aku rindu mualimah Ummu Khadijah naqibah yang suka main calit krim kek.
Aku rindu kak Khansa' AJK belia remaja yang suka buat explorace kat bandar Shah Alam.
Aku rindu Cikgu Norizan yang suka ajak datang rumah.
Aku rindu teman baik sehati sejiwa tekad janji berpimpin tangan ke syurga.
Tapi aku tahu aku semakin dewasa dan perjuangan aku panjang lagi. Sesekali bila bersua ada sinar mata yang jelas saling merindu tapi ada satu bisik,
"Go aishah. Berlari dan berderulah. Moga terus kuat dan kita berjumpa di syurga"
Moga Allah makin sayang.
Thursday, November 22, 2012
Wednesday, November 21, 2012
enhancing mutaba'ah amal
Untuk mencapai amal besar itu tidak seharusnya dilupakan amal yang kecil. Menjadi dewasa tidak bermakna kita boleh memperlekeh yang kecil.
"Nak buat syahadah tahfiz selalu semestinya bermula dengan i'adah hafazan yang mantap dan berkualiti"
"Nak capai perkara besar harus diiringi dengan perkara sunnah dengan tanpa meninggalkan yang wajib bahkan dimantapkan lagi"
"Dia sibuk ke sana sini ada program pengisian katanya. Tapi dia lupa kewajipan i'adah hafazan dan bangun malam dalam sujud tahajudnya yang semakin diremehkan."
A very deep muhasabah.

adik-adikku sayang
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
Allah telah berfirman dalam ayat 2-3 surah Al-Ankabut : "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?
Bila adik-adik bertanya,
"Macam mana nak buat kak?"
"Nak buat apa lagi kalau cuma sabar, bertahan dan berjuang sahaja pilihan yang ada"
Adik-adik senyap. Ada jeda dalam suara mereka. Jelas muka risau dan takut di riak wajah.
Pastinya bukanlah sabar, bertahan dan berjuang sehelai sepinggang. Banyak bekalan penting yang perlu dibawa bersama.
"Jangan ambil mudah atau pandang remeh walau sekecil pengisian pun. Biarpun hebat mana pengisian yang pernah adik-adik dapat sebelum ini, pasti ada nilai walau sekecil biji sawi atau sebesar zarah yang mampu menyuci dan menggagah jiwa kita"
"Dunia luar saat tercampak keseorangan bukanlah semudah yang disangka dan tiada jalan pulang atau peluang melarikan diri"
"Jangan menyerah sebelum berjuang. Itu medan amal sebenar kita"
Semuanya jeda.
Akak tahu adik-adik kuat dan hebat. Berlari berderulah wahai adik-adikku!
Tolong jangan pernah mungkiri janji dan tekad yang pernah kita sematkan dahulu. Buktikan hasil pengalaman kalian yang menimba bergunung mutiara.
"Mana pergi hasil ratusan atau mungkin ribuan sekolah agama, tahfiz, pondok, madrasah, selama ini? Kenapa sangat susah untuk melihat mereka menjadi wakil masyarakat atau memegang posisi penting dalam masyarakat atau setidak-tidaknya menjadi wakil-wakil suara kelompok mereka?"
Ayat sentap Pengarah IKIM Datuk Nik Mustafa Nik Hasan dalam satu seminar di Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Ayat yang sentiasa terngiang-ngiang di fikiran.
Mungkin tidak perlu menjadi perdana menteri atau artis pujaan yang sentiasa terpampang di dada akhbar tetapi sekurang-kurangnya mampu menyerap masuk ke dalam masyarakat dan mendidik masyarakat dengan sejahtera. Kelihatannya sekarang ini seperti tiada didikan agama atau polisi yang mengambil kira aspek agama. Adakah kita hanya sibuk menjaga jubah dan sejadah sendiri dan melupakan orang lain yang turut mempunyai haknya terhadap diri kita.
Wahai diri yang beribu alasan,
Tidakkah kamu tadabbur firman Allah swt ini ?
انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah : 41)

semester break
Alhamdulillah. Cuti yang panjang penuh terisi. Jadi fasilitator bersama kekanak riang, jaulah ke jakarta penuh sweet dengan kawan anggun cun cantik, mengisi masa menimba pengalaman di butik muslimah milik sepupu, konferens riang di UKM, UIA, bertemu sahabat-sahabat serata dunia, ukhti Ammar jiran baru dari Libya, teman tahfiz Maryam Badiaga dari Paris. Pertemuan hati-hati yang menjadi kecintaan bersama akhawat dan teman-teman sekolah Musleh, berbahagia gembira bersama adik-adik di rumah, bercuti ke Langkawi, duduk borak panjang bersama mak dan abah. Alhamdulillah thumalhamdulillah.
Terlalu banyak kisah di sepanjang perjalanan cuti ini. Terlalu banyak hikayat yang tercipta dan yang memberi kesan di hati. Mungkin perlu duduk dan bertafakur lagi menyusun mozek-mozek kehidupan agar menjadi satu kisah agung yang dicoretkan buat bekal di akhirat nanti.
Dewasanya kita banyak mengajar kita untuk berfikir lebih matang. Menilai setiap tindak tanduk kita agar semuanya berpandukan syariat Allah dan membantu menegakkan kembali Islam di muka bumi. Kita tidak punya banyak masa untuk bersuka ria atas dunia tanpa melaksanakan tugas sebagai daie, hamba dan khalifah.
Biarpun kadang-kadang ada orang yang bertindak atas nama agama, kononnya berhujah dengan dalil quran dan hadith tapi niatnya cuma sekadar mahu menunjuk, niatnya cuma sekadar mahu menarik perhatian insan-insan atau golongan tertentu. Janganlah kita yang memiliki ilmu agama menjadi peruntuh agama sendiri. Berjuang dengan jubah, tudung labuh, serban bahkan purdah sekali pun.
Kecilnya hati ini bila banyak sekali melihat ukhwah yang terbina atas dasar harta benda, kepandaian, mengambil kesempatan atas pengaruh orang lain, bahkan berukhwah atas sebab mencungkil rahsia dan kemudian bergaduh demi seorang yang bukan mahramnya. Ukhwah adalah antara perkara terbesar dalam hidup ini yang memberi kesan yang sangat besar. Pentingnya suasana sekeliling yang positif, sahabat-sahabat yang ikhlas dalam baik buruknya masih terus memegang erat tangan sahabatnya untuk bersama ke syurga. Jauh sekali ingin melihat dia jatuh tersungkur dan terus berlalu meninggalkan dia tanpa erti.
Peristiwa di Gaza sehari dua ini yang banyak menggugat jiwa manusia kita, mengugut keimanan kita dalam mempertahankan Masjidil Aqsa tanah suci umat Islam itu. Tanpa kita sedari pastinya penduduk Gaza itu semuanya calon-calon syuhada' direct ticket untuk ke syurga. Sedang kita yang menangisi melihat nasib mereka belum pasti lagi penghujungnya. Menangisi tanpa berbuat apa-apa? Terasa sedihnya melihat mereka diuji begitu tapi adakah kita sedih dengan tanggung jawap kita sebagai muslim yang masih banyak compang campingnya? Hebat melaungkan 'save gaza', penuh wall facebook dan timeline twitter dengan update semasa dari gaza tapi kita sendiri masih menafikan hak sahabat kita sendiri, bersahabat dengan penuh tipu muslihat dan sekadar menumpang rezeki, masih melambatkan solat, masih bercakap penuh dingin dengan ibu dan ayah, masih tidak kenal siapa sepupu atau jiran sebelah rumah sendiri!
Alhamdulillah untuk cuti yang membasah jiwa. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Thumalhamdulillah.
Harus memperkasa langkah dalam muhasabah tanpa henti agar sentiasa di atas jalan yang pasti. Banyak langkah besar yang perlu dirintis maka banyak juga persediaan besar dan memperhebat langkah-langkah kecil. Moga Allah makin sayang.

Tuesday, November 20, 2012
Jaulah to Jakarta : Day 2-4
subuh di Cipinang
Sekitar jam 10 kami ke tadika di balai warga. Tadika yang ditubuhkan atas usaha penduduk tempatan sendiri demi pendidikan anak-anak mereka. Balai warga yang dijadikan tadika dengan yuran percuma dan guru-gurunya terdiri daripada wanita-wanita yang nampak kehadapan dalam kalangan masyarakat setempat. Pasti usaha ini dijalankan atas dasar sayangkan anak-anak dan mahu mereka berjaya di masa depan. Tidak semewah kita di Malaysia pastinya memberikan satu perjalanan yang penuh muhasabah buat kami berdua.
balai warga
tadika balai warga
tuition di rumah Mbak Yuni
Satu persepsi biasa yang dilihat bila di Malaysia melihat bangsa Cina yang rajin berusaha tapi di sana semuanya nampak sangat rajin. Pasti terlihat di mana-mana sahaja orang menjaja barangan untuk dijual. Pasti kelihatan di mana-mana orang memikul guni besar. Makanan sangat mudah diperolehi dan hampir semua makanan ada delivery! Pecal delivery pun ada. Jelas sekali rakyat Indonesia sangat-sangat berusaha dalam meneruskan hidup meskipun mungkin banyak faktor yang menjadikan mereka begitu.
Perjalanan kami diteruskan lagi bila berjumpa pelajar perubatan Malaysia di sana. Perjalanan memborong buku dan baju penuh sakan bermula sekitar zohor. Tapi nampak gayanya nafsu shopping buku melebihi nafsu shopping baju.
toko buku buyung, kecil tapi kaya dengan buku yang hebat-hebat dan sangat murah!
tak muat masuk luggage, boleh pack untuk shipping
hasil buruan yang dimampatkan dalam luggage
backpacker or shopper?
Masjid Tanah Abang yang terletak di atas shopping mall lebih 15 tingkat dan blok A hingga F
musolla Central Park
antara buruan utama, akhirnya jumpa di toko buku Gramedia
Friday, November 16, 2012
baca dan tulis
Kau tahu apa rasa saat kau hanya mahu duduk dan tafakur dalam sunyi?
Yang terindah tetap bersama-Nya.
Biarpun dalam senyap dan sunyi aku rasakan damai yang nyata.
Ada selonggok buku kecintaan yang aku sangat bernafsu untuk khatamkan.
Rabbuna yusahhil
Yang terindah tetap bersama-Nya.
Biarpun dalam senyap dan sunyi aku rasakan damai yang nyata.
Ada selonggok buku kecintaan yang aku sangat bernafsu untuk khatamkan.
Rabbuna yusahhil
ikan biru needs to keep swimming - surah Al-Asr illustrated explanation
keep swimming!
keep swimming!
keep swimming!
Sunday, November 11, 2012
from small things
Kadang-kadang kita tak perasan dengan perkara kecil yang menjadikan hidup dan jiwa kita lebih bermakna.
via hamasahamba
Saturday, November 10, 2012
Jaulah to Jakarta : Day 1
Sebuah rancangan 'kekanak riang' yang selalu berangan nak travel sesama akhirnya menjadi realiti. Berangan travel di negara yang ada kawan atau kenalan di sana. Alhamdulillah we have made it. Perjalanan penuh erti selama 5 hari di bumi Jakarta.
Semuanya bermula bila satu hari ketika sibuk di sebuah program 'konferens riang', seorang kawan yang cun lagi baik hati call,
"Aishah! Ada tiket murah RM250+ ke Jakarta ni. Kite dah check jadual cuti sem awak nanti sama dengan cuti mid-term kite. Jom!"
"Haaa jom!"
Confirmation yang dilakukan saat itu juga. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami berdua.
Dengan tema duo back-packers kami memulakan perjalanan dengan menaiki KTM seterusnya ERL dari KL Sentral dan Shuttle Bus ke LCCT. Sebelum bertolak dari rumah pagi itu sambil menyediakan sarapan pagi terasa rugi pula kalau beli makanan di LCCT nanti. Maka diambil 4-5 ketul ayam digolek-golekkann di dalam mangkuk bersama sedikit bahan dan dibakar di dalam oven. Memilih untuk bakar kerana lebih healthy dan jimat masa, sambil masak sambil mengemas rumah dan bersiap. Sekitar jam 12 tengahari kami tiba di LCCT dan terus ke self-check in terminal, hantar luggage dan solat zohor serta jama' asar. Masa berbaki untuk menunggu boarding, kami lunch di Food Court bersama bekal ayam dan nasi putih yang dibeli bersama sedikit sayur dengan harga RM5 untuk dua orang.
Flight berlepas sekitar jam 3.30 petang waktu Malaysia dan tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Sukarno Hatta jam 5.30 petang waktu Jakarta. Servis telefon yang bermasalah dengan roaming service menyukarkam kami berdua untuk menghubungi teman-teman di Jakarta. Solusinya kami bertanya di information counter,
"Nak tanya, kat sini ada public phone tak?"
"Sorry, can you speak english?"
Oh walaupun bahasa Indonesia dan Malaysia hampir sama tapi masih tak mampu untuk berkomunikasi dengan staff di situ.
"Sorry miss, I want to make a phone call but where can I find a public phone?"
Sungguhlah ketika bermusafir teknik komunikasi itu sangat penting. Bukanlah setakat perlu tahu asas bahasa Inggeris tapi juga sedikit asas dan lenggok bahasa di negara yang kita pergi.
Maybe I should use,
"Permisi mbak, di mana sih saya bisa buat panggilan telefon?"
Jam-jam awal yang masih belum mengadaptasikan lagi lidah ke slanga tempatan. Ada senyum-senyum kegelian hati bila mendengar dialog seakan di dalam sinetron tapi lama kelamaan kami sendiri yang berbahasa Indonesia, teknik penting untuk sesi tawar menawar ketika membeli belah!
Sekitar jam 6 petang baru kami dapat bersua dengan Mbak Yuni dan keluarganya, Nenek Sofeah dan Mbak Mustika yang comel. Perjalanan yang sepatutnya kurang sejam dari airport atau dipanggil 'bandara' di sana menjadi lebih 2 jam perjalanan kerana kesesakan lalu lintas di sana, Jakarta yang sememangnya terkenal dengan 'macet' nya. Rupanya kenderaan yang kami naiki adalah kenderaan pinjam dari 'kantor' jirannya. Masha Allah terharu sungguh kami dengan sambutan yang diberikan. Kawasan rumah Mbak Yuni kelihatan sangat menyedihkan tapi sungguh hangat dengan hubungan kejiranan yang sangat mesra. Rumah Mbak Yuni yang jauh ke dalam dan tidak dapat dilalui dengan kenderaan memberikan kami pengalaman untuk mengucapkan salam pada kejiranan di situ.
"Ini cucu saya dari Malaysia", ujar nenek memperkenalkan kami kepada setiap jiran yang berselisih di sepanjang jalan menuju ke rumah Mbak Yuni.
Di sepanjang jalan ke rumah Mbak Yuni selain berselisih dengan jiran-jiran yang mesra, kami turut berselisih dengan ayam dan itik!
"Di sini itik dipanggil 'bebek'", kata Mustika
Informasi awal yang kami terima ketika menghubungi Mbak Yuni tentang hajat kami yang ingin bermalam di rumahnya,
"Rumah mbak jelek sekali tahu. Betul mahu bermalam di sini atau mahu di hotel saja?"
Dengan niat yang memang mahu bersama masyarakat dan mengenali kehidupan sebenar di Jakarta, pastinya itu satu peluang yang sangat-sangat dinantikan. Bayangan hotel mewah dan makanan yang indah-indah terhidang di depan mata memang tidak terlintas di fikiran. Walaubagaimanapun rumah Mbak Yuni dikira antara rumah terbaik di kawasan itu. Rumah dua tingkat yang punya sebuah bilik di tingkat atas sebagai ruang istimewa menyambut tetamu atau kegunaan istimewa oleh anak-anak Mbak Yuni. Rumah kecil yang cuma memiliki 2 bilik kecil, satu bilik air, dan 2 kipas kecil, tanpa sinki dapur ini masih mampu menghidangkan kami bubur kacang, limau mandarin, rendang daging, kangkung goreng belacan dan tempe goreng buat makan malam tetamunya.
Kedatangan kami disambut dengan anak-anak jiran yang belajar di rumah Mbak Yuni. Mbak Yuni yang merupakan 'ketua warga' atau ketua kampung di kawasan kejiranan tersebut sering menjadi tempat rujukan masyarakat sekitar dan rumahya menjadi tempat anak-anak di kawasan kejiranan tersebut untuk belajar. Semangat Mbak Yuni dalam membantu anak bangsanya sangat mengharukan kami berdua.
Malamnya kami 'capek' sekali. Malam-malam kami di Jakarta memang tidak keluar ke mana-mana. Mungkin kerana kepenatan berjalanan sepanjang hari. Sekitar jam 8 selepas isya' waktu Jakarta selalunya kami dah terlena di atas katil. Banyak aktiviti sepanjang siang hari di Jakarta.
"Abah tahu, kat sana pukul 8 malam Esyah dah tidur sebab siang tu penat sangat", celoteh dalam kereta bersama abah dalam perjalanan pulang dari airport ke rumah.
"Baguslah malam tak keluar. Kat sana malam bahaya", jawap abah.
I guess my daddy's prayer has been answered. Alhamdulillah everything's safe and sound back in Malaysia again. Will continue the journal later with experience of meeting the awesome Malaysian students and mingle around with the Jakarta's people.
Monday, November 5, 2012
Makna
"Untuk memaknakan rasa cinta itu bukan yang hanya sekadar di bibir tapi dengan seluruh jiwa dan penyempurnaannya"
kasut crocs dan air mata
"Crocs ni best tau. Boleh jalan lompat-lompat macam ni!", ujar dia penuh girang
Sepatu plastik yang menjadi kegemaran dia kebelakangan ini membawa satu perasaan girang bila memakainya. Terasa seperti rerama berterbangan di keliling apabila kaki tersarung ke dalam sepatu plastik tersebut. Perasaan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Di satu petang langit nampak suram bertiup angin kencang tanda hujan lebat bakal turun.
"Alamak, hujan ni jalan licin. Nak redah je ke macam mana ni?"
Dengan perasaan girang yang berbaki,
"Takpe redah je. Basah sikit je pun"
Satu anak tangga ke bawah dilalui untuk ke arah kaki lima kolej. Tangga yang licin berjaya menjatuhkan si pemakai sepatu plastik tersebut.
Jeda.
Dunia terasa bisu dari jeritan kawan-kawan bersebelahan yang kerisauan.
"Awak! Kenapa tak jerit? Tak sakit ke? Sakit ni ya Allah!"
"Ehe. I'm okay la"
Dia jalan berdengkot-dengkot pulang ke kolej.
Kadang-kadang kita lupa badan kita bukan robot. Masih manusia biasa yang punya rasa sakit, punya rasa sedih, punya keinginginan untuk ketawa bahagia dan sejahtera.
"Awak okay?", tanya dia kerisauan.
Dia balas dengan satu senyuman dan mengangguk lembut.
"Betul okay ni?", dia bertanya lagi untuk kepastian.
Dia senyum dan membuka lengannya mendakap temannya erat. Ada tangis lembut mengalir.
Apa lebih diharapkan selain dari redha Allah kalau cuma harga yang perlu dibayar hanya sekeping perasaan seorang manusia hamba yang hina. Moga kau sejahtera selalu wahai jiwa yang tenang.
Subscribe to:
Posts (Atom)