Monday, June 10, 2013

gagahlah wahai cinta hatiku

kita bertemu sejak kita cuma segumpal darah.
bertemu saban minggu dalam halaqah.
disiplin dalam mutabaah.
semua itu mengalir dalam tubuh ibarat darah.

dihantar ke bumi basah penuh tarbiyah.
dengan harapan tinggi menjadi hamba dan khalifah.

kita bertemu menyemai ukhwah.
segala khilaf dibincang dalam halaqah.
dan hubungan kita bukan cuma kerana mahabbah.
tetapi kerana perjuangan menjulang dua kalimah.

harta, pangkat, rupa tak pernah membezakan kita.
kerana yakin taqwa penentu segala.
dengkinya hati bila terlepas qiamulail, tilawah, i'adah
sampai sanggup bersengkang mata berhirasah.

sampai satu saat.
lama kau peluk hangat.

bumi basah itu perlu ditinggalkan.
demi menyahut seruan perjuangan.

bukan mudah menghadapi mehnah.
semua perkara perlu dilaksanakan penuh hikmah.

aku tahu ada kala kita lemah.
tapi tak bermakna kita menyerah.

kita bertemu sesekali dalam muktamar dan daurah.
buku nota corak kartun itu kita catatkan segala muzakarah.

episod fikrah berkembang ke episod harakah.
berbezanya maksud lughah pasti berbeza maksud istilah.

amal kita bukan cuma pada catatan buku nota kartun.
tapi gagah pada langkah yang dihayun.

gagahlah wahai cinta hatiku.
kita semakin menghampiri hari itu.
moga kita menyumbang sesuatu.
untuk menunaikan janji kita kembali ke kampung yang satu.

gagahlah wahai cinta hatiku.
gagahlah.

tegas aku membisik doa saban waktu untuk kamu cinta hatiku.



No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords