setiap satu langkah dalam kehidupan akan membentuk diri kita. maka sangat penting untuk kita memilih langkah yang baik. juga segala ilmu di sepanjang perjalanan hidup sangat mempengaruhi kita. sebagai manusia kita tidak selayaknya menjadi manusia yang biasa-biasa, mengikut arus lalang, mengikut arus manusia yang lain.
menghadapi pelbagai gelagat dalam kehidupan memerlukan kita kepada prinsip. prinsip yang tidak akan berubah walau bagaimana keadaan sekali pun. prinsip yang paling kuat dan tidak boleh ditoleransikan hanyalah prinsip Al-Quran dan Sunnah. hukum Allah mengatasi segala hukum yang lain, mengatasi segala rasa hati manusia, mengatasi segala teori manusia.
yang haram tetap haram. yang halal tetap halal. bahkan ada yang halal boleh menjadi harus atau haram, bila mana ia memudaratkan atau menzalimi hak yang lain. betapa banyak perkara yang tak mampu menghalalkan sesuatu perkara walaupun niatnya baik, sungguh niat tak mampu menghalalkan cara, sungguh tempoh masa tak mampu menghalalkan sesuatu hubungan, sungguh nilai wang tak mampu menghalalkan sesuatu yang haram.
biarpun payah kita ingin menegakkan hukum tuhan, bermujahadahlah ke arahnya, setiap langkah ke arah itu beriringan dengannya hasanah, beriringan dengan kebaikan dan ganjaran di sisi Allah, maka ganjaran yang manakah yang lebih baik berbanding ganjaran dari tuhanmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment