sayang nak mati.
sayang gila-gila.
tapi mak saya selalu pesan.
tak elok sayang gila-gila.
takut satu hari nanti kita hilang dia.
ya.saya benci itu.
saya sangat bersyukur.
saya percaya hingga hari ini segala yang berlaku
adalah dengan rahmat dan cinta DIA.
DIA juga yang saya cinta gila-gila.
semua yang hadir dalam hidup saya adalah perkara yang hebat-hebat.
yang melatih saya.
yang memaksa saya.
untuk gagah.
untuk tabah.
roomate saya selalu kata,
"kenapa kawan-kawan dan orang yang penting dalan hidup echa sume hebat-hebat?"
kawan-kawan program pun suka sebut,
"ohh aishah yang hari tu......"
saya tak tahu kenapa.
banyak perkara yang signikan berlaku.
ya.mereka sangat hebat.
ukhwah kami yang tiada tandingan.
kami berjanji untuk bersahabat sampai syurga.
mungkin dulu kami kanak-kanak yang tak nampak pun ukhwah itu apa.
yang dalam tiap persembahan,
"ohh lagu ni adalah untuk merapatkan ukhwah kami"
dari lagu akrab persahabatan yang..
"sesegar hijau daunan..."
what a memory la.
tak sangkakan dulu kawan main-main je.
sekarang dah berkongsi rahsia.
dah berbincang soal baitul muslim.*hikhikhik
dah sama-sama merancang masa depan
sama-sama membina wawasan.
dari kecik main kejar-kejar.
nyorok-nyorok bawah meja.
then ada pengawas yang marah *sangat comel!
sekarang kita semua dah dewasa.
dah masuk puluh-puluh.
ramai juga yang dah melangkah ke alam "berdua"
huuurrrmmmmmm.
itulah kitaran hidup kita.
harapnya kita tidak melakukan kitaran yang bodoh.
yang hanya,
kanak-kanak.
remaja.
dewasa.
tua.
mati.
live the life to the fullest.
pegang teguh pada tunjang yang dua itu.
as khalifah and hamba.
dan kalian adalah corak-corak kehidupanku yang agung.
karya hidup yang sangat agung.
bersama mencorak kehidupan kita.
mencorak dengan acuan redha Ilahi.
moga ukhwah yang kita semai di pelabuhan dunia,
akan berterusan hingga destinasi abadi akhirat.
2 comments:
rindu untuk orang yang lonely sahaja.haha.
left to be lonely. alone for reasons
Post a Comment