Sunday, September 11, 2011

something that we always ignore

*ini adalah entri panjang, sebuah luahan rasa mungkin


Dah lama rasanya tak tengok movie or layan novel jiwang meremang.

I guess it’s a good development of myself.ehee


Mak selalu pesan,

“we’re living on the reality, kenapa perlu selalu melayarkan diri dalam alam yang fantasi?”


Yeah, memang kita baca novel or layan movie yang kebanyakannya punya teladan dan pengajaran. Tapi berapa banyak pengajaran itu yang meresap dalam diri kita?

Bukan kita selalunya lebih banyak berkata,


“ouhh sweetnyee dia nihh”

“hape la dia ni buat camtu”

“jahatnya dia!!”


Kita pula berlebih-lebih. Hakikatnya itu lakonan semata. Adakah kita meletakkan diri kita pada posisi yang akan mengambil faedah dan manfaatnya atau sekadar hiburan semata?


Dulu saya punya prinsip, apa pun yang saya buat mesti punya manfaat kerana saya merasakan hidup ini miliki tujuan yang jelas. Saya rasa sayang untuk membazir waktu walau sesaat untuk sesuatu yang tiada kaitan dengan tujuan hidup saya! Itu dulu, dalam dunia hebat penuh tarbiyah. Tiada halangan untuk menjaga amal. Bila segalanya sangat menyokong dan membantu pertumbuhan rohani yang sihat. *notes untuk junior-junior hira’. Saya akan memilih movie yang saya nak tengok. Dari aspek apa yang movie itu akan bantu saya. Kadang-kadang tiada pengajaran yang menarik pun, tapi mungkin teknologi pembikinan atau soundtrack movie tersebut menarik, kenapa tidak kita aplikasikan dalam pembikinan movie islami? Mana tak bosan movie islami kalau tiada kemajuan dan mengikut trend semasa. *saya bangga dengan pelajar sekolah batch saya dulu yang suka buat persembahan menggunakan teknologi yang hebat dan menjadikan persembahan islami nampak awesome! Dah macam filem Hollywood!


Dulu pernah beberapa kali terfikir, kalau quran tu kitab yang mukjizat dan yang paling sempurna, kenapa perlu kita baca yang lain, sedangkan quran sudah mencakupi segalanya? Lalu saya berfikir, ada baiknya baca buku-buku lain dengan menjadikan isi quran itu lebih kukuh. Contoh, dulu ayat-ayat berupa saintifik mungkin nampak tidak relevan di mata sahabat, tapi untuk kita di hari ini ia sangat menakjubkan! Kita baca quran hari-hari mungkin tak perasan, tiba-tiba ada satu kenyataan atau artikel yang dikukuhkan dengan bukti saintifik, bukankah itu menambahkan keimanan kita? Teringat satu slogan dalam makmal sains di sekolah dulu, “Sains meningkatkan ketaqwaan” .


FYI, keluarga saya tak punya televisyen di rumah tapi sangat up-to-date dengan movie dan kami memilih movie yang ditonton! Dan pastinya kami akan mencerna movie tersebut. Supaya ia bukan sekadar hiburan tapi juga menambah iman dan taqwa.


Teringat kak iffah comel dengan slogan suami soleh dia, “takpeee yang penting iman dan taqwa”

Tak dapat makan kat Dining Hall pun, “takpe la makanan dah habis, yang penting iman dan taqwa”

:D *terbayang gaya kak iffah yang comel! *tak, tak, kite tak rindu kak iffah pong!


Hari ini, saya membelek buku yang diberikan oleh seorang sahabat *jazakallah shahir J dan itu yang saya catatkan dalam entri sebelum ini. Hebatnya kuasa percaya seorang Asiyah, yang juga tidak mustahil untuk kita lakukan. Satu penyerahan diri kepada Pencipta yang Agung secara total!


Baru-baru ini penghijrahan keluarga prof muhd kamil Ibrahim dan puan roza juga telah disingkap rahsianya dalam tulisan blog puan roza. Sewaktu rumah mereka dilanda musibah banjir, mereka sejukkkan hati dengan berkata, “takpe, nanti Allah gantikan kita dengan rumah di Tanah Arab” dan hari ini impian itu menjadi reality. Bukan mudah untuk kita manusia biasa bila dilanda musibah untuk mencari satu distraction supaya rasa sedih kecewa itu tidak menguasai diri. Ia adalah satu reaksi berhadapan dengan ujian dengan penuh penyerahan diri kepada Allah. Dan ya, allah itu maha mendengar. Dan sungguh dia lebih dekat dari urat lehermu.


There you go, if you believe.


Kembali kepada point utama. Allah sudah ceritakan kisah Asiyah dalam kitabNya dan ia berulang lagi kepada keluarga Prof Muhd Kamil dan Puan Roza, maka benarlah sejarah itu berulang dan Al-Quran adalah panduan hidup terhebat!


Pada suatu ketika saya menangis teresak-esak merisaukan peperiksaan SPM saya, mak memujuk dengan berkata,


“takpe Aisha, Allah tu dah banyak keajaiban yang Dia buat, everything can changein a blink of eyes, nikmat and rezeki Allah itu is always there for you. Tinggal kita je nak cari, no one dies for SPM, there’s still much time for you, or even maybe you don’t get good grades you still can be a successful person in other way, come on anak mak!”


Wuuu, serius sedih time ni. But praise Allah I’m blessed with a wonderful mom!


ps : kenapa macam homesick ni?

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords