satu lagi hari baru menjelma.
satu hari lagi kita bertambah usia.
kurang satu hari lagi kita menuju kematian.
saat mentari terbit.
membawa seribu peluang dan ruang.
adakah kita membazir lagi satu hari melepaskan pergi peluang yang datang.
adakah kita masih ego mengikut kata hati dan perasaan.
adakah kita masih takut-takut untuk melangkah.
sampai bila perlu bersedih?
sampai bila perlu di situ?
sampai bila perlu teragak-agak untuk bergerak?
ya, hidup ini ujian.
ujian yang hanya ditempuh oleh mereka yang bersikap berani.
berani menentang ketakutan.
berani menghadapi kegagalan.
berani menghadapi kekecewaan.
mereka yang berjaya adalah mereka yang kenal erti kegagalan.
mereka yang mengusai kegagalan dan mampu mengawalnya.
jangan bazirkan lagi satu hari.
tak salah merendahkan ego.
beri peluang kepada diri sendiri.
tak salah mengikut yang baik.
apa pun milik kita hari ini semuanya adalah sementara.
esok lusa pasti akan dipulangkan pada Dia Sang Pencipta.
yang milik kita cuma amal kebaikan.
sebagai bekal di hari kemudian.
ya, amal kebaikan.
amal kebaikan yang terkandung dalam banyak-banyak peluang yang datang.
dan ya! kenapa perlu dilepaskan pergi masa dan hari yang berlalu?
itulah harta sebenar kita!
yang lain semuanya akan pergi.
bukan milik mutlak kita.
semua itu cuma bahan-bahan sokongan untuk kita terus hidup.
kawan yang saling membantu.
saudara mara yang saling menyayangi.
ibu bapa yang punya hampir segala cinta.
tapi hakikatnya semua itu harus pergi suatu hari nanti.
cuma sayangi dan hargai mereka selagi ada.
gunakan kesempatan beramal kepada mereka.
cintailah sahabatmu seperti cinta yang dicemburui para sahabat lantaran cinta antara dua sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah semata!
ya, sahabat Rasullulah cemburu.
Rasulullah S.A.W menyatakan ketinggian golongan yang berkasih-sayang kerana Allah S.W.T melalui Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy'ari yang bermaksud:
"Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan daripada golongan Anbiya' dan bukan juga daripada golongan Syuhada'. Mereka dicemburui oleh para Anbiya' dan Syuhada' kerana ketinggian dan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah,bagitahulah kami siapakah mereka itu ?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Mereka itu adalah golongan yang berkasih-sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta-benda. Demi Allah, muka-muka mereka adalah "cahaya" dan mereka beradadi atas "cahaya". Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. " Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah S.W.T itu, meraka tidak takutdan tidak bersedih (surah Yunuus Ayat 62)".
* it makes me cry.
ya Allah, izinkan aku berkumpul, berusrah dengan para sahabatku di syurga nanti. sungguh aku cinta mereka sepenuh hati hanya kerana-MU.
dan cintailah kedua ibu bapa lantara redha Allah terletak pada mereka.
ridhallahu fil ridhal walidain.
banyakkan peluang ada?
jangan pernah ragu.
selagi ia baik, teruskan!
No comments:
Post a Comment