Pada hari Ahad, sehari sebelum hari kewafatan baginda, sakit yang baginda tanggung selama 18 hari menjadi bertambah tenat. Pada hari tersebut Bilal bin Rabah seperti biasa mengumandangkan azan. Setelah selesai azan, Bilal pun menuju ke rumah Rasullullah lalu berdiri dan memberi salam di depan pintu, sambil menjemput Rasullullah berjemaah. Lalu keluarlah Fatimah dan memberitahu Bilal bahawa Rasulullah sakit. Kemudian Bilal kembali ke masjid dengan linangan airmata. Menunggu seketika.
Kemudian baginda bersabda,"aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku"
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.
Kesedihan Para Sahabat
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”
Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)
Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”
Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”
Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”
Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Lalu Mu'az pun menuju ke makam Rasullullah.
Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, sebagai muazzin Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yakni orang yang begitu penting dan rapat dengan baginda, berasa begitu sedih dengan pemergian baginda sehinggakan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh tidak lagi mampu melaungkan azan sepertimana selalunya beliau melaungkan azan untuk baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Maka, semenjak daripada pemergian baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallamitu, suara emas Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh tidak lagi kedengaran melaungkan azan di Madinah.
Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh kemudiannya telah berpindah ke Syam.
Sehinggalah pada satu ketika, Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh bermimpi bertemu Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang mengisyaratkan kepada Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh untuk menziarahi baginda (yakni, menziarahi makam baginda). Maka, berangkatlah Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh ke Madinah.
Sampai di Madinah, maka Bila bin Rabah radhiyallahu ‘anh bertemu dengan para Sahabat yang lain. Para Sahabat, apabila melihat kehadiran Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh, lantas meminta beliau untuk melaungkan azan. Namun, permintaan Sayyiduna Abu Bakr as-Siddiq radhiyallahu ‘anh, juga permintaan Sayyiduna Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anh, agar Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh melaungkan azan terpaksa ditolak. Para Sahabat sangat mengerti, Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh begitu sedih sehingga tidak lagi mampu melaungkan azan sepertimana beliau sering melaungkannya untuk Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.
Kemudian, datanglah dua permata baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, Sayyiduna Hassan radhiyallahu ‘anh dan Sayyiduna Husin radhiyallahu ‘anh bertemu dengan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh. Betapa gembira dan senangnya Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anhapabila bertemu dengan dua cucu kesayangan Rasulullahsallallahu ‘alayhi wasallam itu, lantas dipeluknya mereka erat-erat. Tiba-tiba Hassan dan Husin radhiyallahu ‘anhuma meminta Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh untuk melaungkan azan sepertimana beliau selalu melaungkannya untuk nenda mereka. Itulah permintaan yang cukup besar. Permintaan tersebut tidak sanggup ditolak oleh Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, kerana itu permintaan daripada dua orang cucu yang sangat disayangi dan dikasihi oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, lantas mereka berdua turut dikasihi dan disayangi oleh semua Sahabat.
Maka, buat pertama kalinya semenjak pemergian baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, suara emas Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh kembali melaungkan azan di bumi Madinah. Apabila terdengar sahaja laungan azan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, seluruh penduduk Madinah – lelaki dan perempuan – keluar daripada rumah masing-masing. Mereka menyangkakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah kembali, kerana kerinduan mereka terhadap baginda sehingga apabila terdengar azan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anhyang menggamit memori itu mereka menyangka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sudah hidup kembali.
Apabila sudah menyedari hal sebenarnya, maka seluruh penduduk Madinah menangis. Mereka menangis kerana terlalu rindu akan baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Laungan azan daripada suara emas Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh menghadirkan semula kenangan dan memori-memori mereka bersama baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Maka, dikatakan bahawa tidak pernah kedengaran suara tangisan yang lebih kuat di Madinah melainkan pada hari itu! Itulah tangisan para Sahabat yang begitu mencintai Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam!
Sejauh manakah kerinduan dan kecintaan kita kepada baginda?
No comments:
Post a Comment