Monday, January 16, 2012

here and there

I
of great january and february where many great and awesome friends will gather together. ukhwah kami cinta terhebat. cinta hingga syurga!

"cepatkan flight korang boleh?"

"tidaklah sempurna iman seseorang seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri"

II
ramai senior nak kawin. hoyeah. hoyeah. alhamdulillah. maka berjimbalah kami sepelosok dunia meraikannya. diserikan dengan newborn babies senior-senior yang comel dan memiliki kegebuan pipi yang tidak terkata!

III
badan letih lenguh-lenguh, kaki kejang, kepala sakit, mata zombie, test sederet, kerja esok lusa bertimbun lagi, bilik tingkat 3, berulang alik dari blok kolej paling hujung ke blok perpustakaan yang terletak di kawasan pintu masuk utama. rabbuna yuqawwiy ya Allah

IV
kembali me-natural-kan hidup yang tunggang terbalik. menggagah langkah.

"je vous remercie beaucoup pour vous, qui toujors etre la pour moi"

berkata Rasulullah bersabda kepada Abdullah bin Amru bin Al-As,
"sesungguhnya setiap orang yang beramal memiliki puncaknya dan setiap puncak akan mengalami kefuturannya ( rasa lemah semangat ), maka barangsiapa yang pada masa futurnya kembali kepada sunnah, ia beruntung dan barangsiapa yang pada masa futurnya kembali kepada bid'ah maka ia dalam kerugian"
-Hadith riwayat Imam Ahmad

V
usai menguruskan aktiviti kolej yang berlangsung selama satu per empat purnama galaknya. penat tidak terkata. maka banyak yang dipelajari oleh rakyat jelata sekalian.

VI
berorganisasi menjadikan kita matang. harus banyak bertimbang rasa, bertolak ansur, bersangka baik, mengutamakan orang lain. untuk memastikan kesejahteraan dan kecomelan seluruh rakyat dan mengelakkan persengketaan yang sangat tidak comel untuk dipamerkan.

VII
penat berhempas pulas melatih diri esok-esok mahu menguruskan rumah tangga, mengawal emosi bersama anak-anak, membahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya, mengambil pengajaran dan teladan untuk panduan hari-hari mendatang.

"kalau hari ini masalah macam ni pun tak boleh nak handle dan kawal emosi, nanti ada anak-anak dan suami macam mana. suami dan anak-anak juga manusia yang comel dan macho nya ada turun naik dan bermusim"

VIII
mahu memperkasakan prestasi akademik. kerana dah nak grade! hoyeah! alhamdulillah. ambil cermin dan bersuara. sila berikan fokus dan kesungguhan yang tiada belah bagi. sila bayangkan anda mahu final exam esok hari. study itu business utama.

"sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang bila melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh"

maka boleh timbul soal ihsan atau bahasa canggihnya integriti dalam melakukan sesuatu. juga menghadirkan sifat muroqobatullah.

IX
sudah memiliki guru tasmi' hafazan. maka ulangan hafazan perlu dilakukan dengan berkala dan konsisten. hoyeah! hoyeah! alhamdulillah. tahukah kenikmatan yang dialami bila membaca al-quran atau mengulang hafazan penuh nikmat tanpa perlu cover-cover. kerana sesungguhnya saya tidak puas baca berbisik seperti rakyat kebanyakan. ia perlu dilakukan dengan dengan penuh tartil dan fasih! berbisik dan meminimakan pembukaan mulut menjadikan bacaan dan sebutan makhraj huruf tidak jelas.

"perumpamaan orang yang menghafal quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika ia terus menjaganya maka ia akan dapat memegangnya, tetapi jika ia tidak menjaganya ia akan terus hilang"
-Hadith Bukhari & Muslim

*ketuk batang hidung sendiri. astaghfirullah

X
bila bukan lagi bibir yang berbicara, tapi jiwa yang berbahasa.

ya Allah pemilik dan penguasa segala cinta,
dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Raheem-Mu kau bimbing dan peliharalah rasa ini



*lari mahu study untuk test. yeah! last test! rabbuna yusahhil





No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords