Bila sesekali merenung banyaknya tugasan, letihnya jadi student, semput-semput berlari sana sini. Astaghfirullah dah dua post dimulakan dengan merungut. Mengeluh tak lain hanyalah menambah penat!
Sesekali lepas solat terfikir. Aku malas aku gagal. Gagal aku ada memberi kesan kepada sesiapa ke? Berjaya aku ada memberi impak kepada sesiapa? Manusia biasa mungkin akan pantas merasa bangga dengan kejayaan diri sendiri. Berjaya kita hanya untuk diri sendiri ke?
Dapat markah gempak, dapat kerja bagus, dapat gaji besar, kumpul harta, bagi anak bini, jadi harta pusaka. Itu saja? Tak hebat langsung! Orang bukan Islam ramai buat macam tu juga. Orang Islam pun nak sama macam tu?
Biarlah kejayaan atau najah kita untuk ummah. Biar bersama maju. Bukan memikirkan kejayaan diri sendiri tapi bantu bersama kawan-kawan sekeliling. Biar berjaya bersama, bina kejayaan bersama. Meniti kegemilangan ummah. Bukan setakat kegemilangan keluarga. Biar setiap langkah itu ada redha dan cinta-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment