Wednesday, January 25, 2012

selamat

Selamat ulang tahun.
Saya sudah tua.
Makin menghampiri mati.
Moga ada amal dan bakti.

Di tanggal 19 Januari setiap tahun tiada apa yang lebih diharapkan. Cuma semakin banyak berfikir membuat persediaan hari esok. Apa jasa hari semalam. Apa perancangan hari esok. Apa pun yang pasti hari esok pasti lebih mencabar. Apa persediaan hidup di pentas dunia ini. Berapa juga bekal untuk dibawa pulang ke kampung akhirat. 

Di hari itu tiada yang lebih diingati berbanding mak abah tercinta. Tiada kata terucap untuk cinta ini.



dan ini video yang mengingatkan saya tentang sesuatu


Mak masih lagi di situ yang dahulu membantu bertatih untuk berjalan. Hari ini mak membantu anak perempuan sulungnya yang semakin dimanjakan untuk berenang.

"straight your body, widen your arms, then kick!"

Kata itu diulang-ulang. Letih juga berenang ini sebenarnya. Pada awalnya ada rasa geli di dalam hati. Gembira bermain manja mesra dengan mak. Tetapi kemudiannya teringat, hari ini penat mak mengulang ayat yang sama tetapi masih sekaki dua jarak di hadapan dapat berenang. Hari semalam saat adik beradik semuanya masih kecil, bagaimana mak melatih anak-anaknya bertatih. Lebih penat mungkin? Ini baru soal bertatih berjalan. Soal lain? 

Merenung sejenak bila naik dari swimming pool. Ada air mata yang diseka.



Sesekali bila rindu,

"mak, i love you"

"love you much", balas mak.


Awal pagi tanggal 19 Januari itu juga. Suara dia bergema menyanyi mengucap selamat. Terima kasih. Tidak mampu berkata banyak kerana ada air mata yang mengalir. Moga ada cinta, rahmat dan kasih-Nya. Rabbuna musta'an. 

Juga satu panggilan telefon dari ex-classmate yang mengucap riang. Terima kasih kalian. Moga terus berjuang dan bersungguh hingga ke akhirnya.

Terima kasih semua. Jazakumullahu khoiran katheera



No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords