Aku mencari di mana kuatnya aku dahulu.
Menyelongkar diari lama.
Mengintai catatan silam
Di mana kamu diriku?
Bila mak sering ungkapkan,
"You should have something in your mind. Create your own project"
Yes. Project!
Aku bukanlah manusia yang peduli tentang kecantikan fizikal.
Bukan juga manusia yang peduli tentang siapa yang pakar.
Soal fizikal dan material jarang mendapat perhatian aku.
Bagi aku erti hidup itu lebih dari itu.
Aku mahu 'memberi'.
Tapi pada siapa?
Aku mahu berjasa.
Tapi pada siapa?
Jasa dan beri dalam kerangka yang strategik dan efektif.
Aku mencari itu.
Ligat otak berfikir.
Alhamdulillah semalam aku jumpakan sesuatu.
Sesuatu dalam butir bicara teman-teman.
Maka jelas tidak Allah hadirkan sesuatu melainkan dengan hikmah dan pengajaran dan beruntunglah mereka yang berfikir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sejujurnya, dulu aku seorang agnostik. entah kenapa pada satu saat, aku seperti 'kehilangan tuju arah' dan walaupun aku percaya wujudnya tuhan, tapi aku keliru.
banyak yang aku persoalkan.
alhamdulillah, iman aku dah perlahan-lahan kuat. walaupun bukan lagi sempurna 100% tapi aku percaya, Allah letakkan aku dalam situasi macam tu tentu ada hikmahnya.
SAlam alaikum.
peh. berat persoalan kau. nanti aku karangkan sesuatu untuk kau.
stay strong bro!
Post a Comment