Tuesday, June 26, 2012

Allah knows best

Keep repeating this song.

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila takut tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

This is just the tears of syukr
Allah knows best

Monday, June 25, 2012

My murobbi

"What do you want me to be?"

"I want you to be a fighter for this ummah"

***

"Cantik kan jubah tu?"

"Makin banyak barang awak ada makin lama nak kena hisab nanti. Awak belajar akaun tau kan kena audit. Nak beratur lama-lama kat Mahsyar?"

***

"Geram lah kena gigit pacat ni. Habis parut"

"Baru pacat sikit. Bukan peluru macam kat Palestin. Perempuan Palestin cacat pun ada orang nak kawin. Suami syuhada' lagi"

***

"I feel down"

"You have Quran then you feel down? You have experienced the biah solehah and gained much tarbiyah you still feel down? What else do you want other than the halawatul iman. It's all just in your heart"

***

"I miss my lovely akhawat, my Hira' friends"

"But you have Allah the Great. Not enough yet?"

***

Dia yang ajar aku bertatih berjalan dan kini masih dalam proses belajar berenang. Dia yang ajar aku mengaji, mengira, membaca. Bermula dengan Iqra' berpindah ke Qiraati hingga kini sering tebuk hafazan. Bermula dengan buku latihan biasa hingga ke Modul EZ Math dan memantau latih tubi Add Math SPM. Bermula dengan Peter and Janes ke Enid Blyton. Sebelum tidur dibacakan kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Yunus dan Ikan Pausnya, kisah 25 Rasul yang dua buku itu, biru dan hijau kulitnya jika tidak salah. Umur bertambah mula dibacakan hadith-hadith dari Riadhus Solehin. Saban subuh dia duduk di pinggir katil sambil membacakan ayat quran dan aku mula terpisat-pisat bangun. Walaupun aku sudah bangun lebih awal kerana bunyi dia ke bilik air bersiap untuk qiamulail tapi aku lebih suka dia datang di pinggir katil dan aku diperlakukan sebegitu. 

"Esyah stay here. Sana dalam bahaya. Awak tak cukup pandai lagi. Iman, Dijah and Usamah je boleh pergi belah dalam"

"Apa pulak terbalik ni. Esyah tinggi la tak terbenam pun"

"No, stay here. Bubble 30 kali. Kick training 50 kali"

***

"Tasmi' Al-Waqiah cepat. Lepas tu 10 pages juzuk 5 Baqarah"

"Okay. Then let me check your fe'el madhi, mudhori', amar. Exam arab this weekend kan?"

"Alrite. Cepat start. Kalau sangkut no new books for this weekend"

***

"Apa adab bersama hadith dhaif dan maudhu'?"

"Check on this kitab. I think I've found satu buku best pasal mustolah hadith kat ground floor UM hari tu. I'll go and buy it for you this weekend"

***
Dia yang melarang aku makan sesuka hati. Setiap pinggan mesti akan disudukan sayur. Masa senggang diisi dengan hidangan buah-buahan. Tiada makanan ringan yang dibenarkan. Cuma sesekali chocolate jadi hadiah buat yang habis jilid Qiraati atau berpindah level Peter and Janes atau mampu menghabiskan Enid Blyton. Setiap petang semua dihalau bermain di luar. Kadang-kadang cuma bermain panjat-panjat pokok. Kadang-kadang tolong dia bercucuk tanam. Laman rumah itu luas. Ada pokok mangga, pokok manggis, pokok jambu, pokok pisang, pokok kelapa dan pokok ceri tempat aku bermain. Hujung minggu dibawa ke kolam renang atau ke tasik. Masa menonton televisyen dihadkan. Televisyen yang dikunci dalam bilik bacaan. Pada waktu-waktu tertentu dan rancangan tertentu sahaja dibernarkan tonton. Hingga hilang nafsu menonton TV bila dewasa. 

Biarpun kami berderet-deret tapi dia tetap membawa kami ke sana sini terutama ke masjid dan majlis-majlis ilmu. Teringat di zaman tadika mungkin, tersengguk-sengguk baring di ribanya menanti dia tamat usrah. Kadang-kadang bermain bersama anak-anak makcik usrahmate dia yang lain. Juga ke daurah yang biasanya jauh sedikit dari rumah. Aku berjumpa dengan lingkungan anak-anak makcik lain yang lebih ramai. Hari ini dia juga seperti makcik naqibah usrahku.

"How's your usrah?"

"That girl dah dapat DF dia?"

"Daurah apa belum lagi? This week ada daurah my anak usrah. Join sekali nanti"

***

Sungguh jalan ini tidak mudah. Ada yang manis. Ada yang perit dan jatuh tersungkur. Ada yang tersalah langkah tapi pantas diundur kembali agar terus dapat berlari laju ke hadapan. Hari ini bila aku jauh darinya aku mula mengimbau sumber-sumber kekuatan aku. I found this great lady is my first and the great murobbi of mine. Randomly write here. Yes, i miss her a lot. 

Semalam. Text Message.

"Tengah tunggu Usamah swimming. Hari ni masuk kolam 5 meter dia takut. Coach dia cakap yang dalam 5 meter tu bawah dia. Berenang atas air bukan bawah air. Then Usamah start swimming happily like a fish!"

"Hahaha. Are you trying to make me jealous? Yes, Esyah baru balik from camp and burnt like a zebra while both of you having time swimming happily like a fish!"

Semalam ahad. Pasti selepas itu terus ke masjid negeri solat maghrib dan isya'. She found peace there. I know her because she's my beloved mom. Love you much! 

Self motivation during a hectic week! Baru dua minggu dah macam setengah semester. Takpe Allah tengok usaha. Akhawat kena qowwiy! Go baby go!

Obviously homesick. Hilang macho.
May Allah bless


Friday, June 22, 2012

Nak tanya boleh?

I

"Nak tanya sikit boleh?"

"Aha, tanya jela. Tak payah minta-minta izin pun. Macam artis pulak rasa. Hehe"

"I know your situation is hard but how you could be strong for all this while?"

"Orang nak bina badan kena angkat berat kan?"

"Then orang nak bina hati kena berlatih dengan perkara-perkara besar"

"Tapi lain. Kuat dalaman"

"Sama je. Kalau kita hanyut kat sungai or laut mesti kita cari tempat berpautkan? Then you know rite apa yang patut kita berpegang teguh dengannya hingga nafas terakhir. Tell me the hadith"

"Taraktu fiikum amrain, ma intamasaktum bihima lan tadhillu abada?"

"Yes sayang. Sambung lagi sikit"

"Kitaballahi wa sunnati"

"Yes baby. Good girl! Dah jangan tanya lebih-lebih. Nak jadi kuat jangan difikirkan sangat derita. Kena banyak fikir rezeki dan nikmat. Serta ingat betapa tanggungjawap kita ni banyak lagi berbanding nak fikir soal hati dan perasaan sendiri je"

"Hehe. Okay tak tanya dah"

Epik. Moga Allah sayang kita berdua dear sister.


II
Mahu tak sentap bila,

"Zaa, i feel like crying"

"Akak kuat selama ni nak jadi lembik kenapa?"

"Entah. Lupa mungkin"

"Then think"

"Okay baby"

Berteleku muhasabah diri. Ijlis bina nu'min sa'ah

May Allah bless us

Turn to Him and everything is alright

"Esyah, Usamah masuk nasyid untuk minggu Israa' Mi'raj!"

"Oh yeke. Pandai ke Usamah nyanyi. Nak dengar sikit"

"Takde kepentingan untuk nyanyi kat Esyah pun"

"Alaaa, bagi la sikit intro dia"

"Ni lagu budak kecik. Mana Esyah tau"

"Tak tahu la kena bagi tahu"

"Dia start macam ni, in the name of Allah the most gracious and the most merciful"

"Alaaaa. Macam mana nak teka macam tu"

"Kan dah kata Esyah tak tahu"



That's my lil brother Usamah. He's in standard 3. Budak kecik yang perasan matang. Ehe. What an introduction. We should start something with Basmallah and we should know our priority aite!

Dah lama tak membebel. Mungkin ini petanda sudah dewasa kerana busy dengan urusan harian dan tidak lagi membuang masa di hadapan laptop. Kalau tak asal free je gian nak explore or google sana sini. Hakikatnya kita ada hidup di alam nyata yang pasti lebih memerlukan perhatian kita berbanding urusan di alam maya yang selalunya bertunjangkan keghairahan meneroka sesuatu ilmu. Keghairahan yang belum pasti berniatkan kerana Allah. Astaghfirullah.

You know what, bila kita kaya cinta kita rasa kaya dengan segala-galanya. The sense of that I'm belong to someone really helps much.

A few weeks back,

"Salam Aisha, ingat Noin?"
"How could i forget her. Why?"
"Dia dah meninggal dunia"


Noin is my friend. She's one year younger than me. The rest is history. May Allah bless you dear friend.

Ada suara berbisik dalam hati,

"Kenapa bukan aku?"
"Sebab Dia masih izinkan kau berpeluang tambah amal"

Berjujuran air mata keluar laju. Hakikatnya semua yang hidup pasti akan mati cuma entah bagaimana keadaan nyawa kita ditarik. Ya Allah itu yang aku risaukan.

Duduk sejenak. Terasa turun naik nafas. Lelah semput dengan urusan harian. Turun naik tangga yang tidak terbilang hingga degupan nafas yang kadang kita terlupa. Sayang Allah pada aku kan. Air mata terus mengalir.

Lelah di satu sudut. Datang sahabat yang menenangkan. Senyuman mesra segera bertamu menyambutnya.

"I can see your pain. Please don't keep it inside only by yourself"
"Hey, I'm okay"
"Tipu"

Segera sahabat itu dipeluk. Air mata mengalir laju. Sepi tanpa suara.

Sahabat itu berbisik,
"Be strong baby. I'm proud of you. Akhawat qowwiy kan"

I miss that hugs. Of MISI 12'


Nampaknya ada resah yang gagal disembunyikan dalam memberi senyuman dan sinar kebahagiaan kepada orang sekeliling. Need to shine the smile!

"Hidup itu memang ada jatuh dan bangunnya. Cuma bagaimana kita akan terus bangkit bangun dan berjuang"



 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords