Monday, June 25, 2012

My murobbi

"What do you want me to be?"

"I want you to be a fighter for this ummah"

***

"Cantik kan jubah tu?"

"Makin banyak barang awak ada makin lama nak kena hisab nanti. Awak belajar akaun tau kan kena audit. Nak beratur lama-lama kat Mahsyar?"

***

"Geram lah kena gigit pacat ni. Habis parut"

"Baru pacat sikit. Bukan peluru macam kat Palestin. Perempuan Palestin cacat pun ada orang nak kawin. Suami syuhada' lagi"

***

"I feel down"

"You have Quran then you feel down? You have experienced the biah solehah and gained much tarbiyah you still feel down? What else do you want other than the halawatul iman. It's all just in your heart"

***

"I miss my lovely akhawat, my Hira' friends"

"But you have Allah the Great. Not enough yet?"

***

Dia yang ajar aku bertatih berjalan dan kini masih dalam proses belajar berenang. Dia yang ajar aku mengaji, mengira, membaca. Bermula dengan Iqra' berpindah ke Qiraati hingga kini sering tebuk hafazan. Bermula dengan buku latihan biasa hingga ke Modul EZ Math dan memantau latih tubi Add Math SPM. Bermula dengan Peter and Janes ke Enid Blyton. Sebelum tidur dibacakan kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Yunus dan Ikan Pausnya, kisah 25 Rasul yang dua buku itu, biru dan hijau kulitnya jika tidak salah. Umur bertambah mula dibacakan hadith-hadith dari Riadhus Solehin. Saban subuh dia duduk di pinggir katil sambil membacakan ayat quran dan aku mula terpisat-pisat bangun. Walaupun aku sudah bangun lebih awal kerana bunyi dia ke bilik air bersiap untuk qiamulail tapi aku lebih suka dia datang di pinggir katil dan aku diperlakukan sebegitu. 

"Esyah stay here. Sana dalam bahaya. Awak tak cukup pandai lagi. Iman, Dijah and Usamah je boleh pergi belah dalam"

"Apa pulak terbalik ni. Esyah tinggi la tak terbenam pun"

"No, stay here. Bubble 30 kali. Kick training 50 kali"

***

"Tasmi' Al-Waqiah cepat. Lepas tu 10 pages juzuk 5 Baqarah"

"Okay. Then let me check your fe'el madhi, mudhori', amar. Exam arab this weekend kan?"

"Alrite. Cepat start. Kalau sangkut no new books for this weekend"

***

"Apa adab bersama hadith dhaif dan maudhu'?"

"Check on this kitab. I think I've found satu buku best pasal mustolah hadith kat ground floor UM hari tu. I'll go and buy it for you this weekend"

***
Dia yang melarang aku makan sesuka hati. Setiap pinggan mesti akan disudukan sayur. Masa senggang diisi dengan hidangan buah-buahan. Tiada makanan ringan yang dibenarkan. Cuma sesekali chocolate jadi hadiah buat yang habis jilid Qiraati atau berpindah level Peter and Janes atau mampu menghabiskan Enid Blyton. Setiap petang semua dihalau bermain di luar. Kadang-kadang cuma bermain panjat-panjat pokok. Kadang-kadang tolong dia bercucuk tanam. Laman rumah itu luas. Ada pokok mangga, pokok manggis, pokok jambu, pokok pisang, pokok kelapa dan pokok ceri tempat aku bermain. Hujung minggu dibawa ke kolam renang atau ke tasik. Masa menonton televisyen dihadkan. Televisyen yang dikunci dalam bilik bacaan. Pada waktu-waktu tertentu dan rancangan tertentu sahaja dibernarkan tonton. Hingga hilang nafsu menonton TV bila dewasa. 

Biarpun kami berderet-deret tapi dia tetap membawa kami ke sana sini terutama ke masjid dan majlis-majlis ilmu. Teringat di zaman tadika mungkin, tersengguk-sengguk baring di ribanya menanti dia tamat usrah. Kadang-kadang bermain bersama anak-anak makcik usrahmate dia yang lain. Juga ke daurah yang biasanya jauh sedikit dari rumah. Aku berjumpa dengan lingkungan anak-anak makcik lain yang lebih ramai. Hari ini dia juga seperti makcik naqibah usrahku.

"How's your usrah?"

"That girl dah dapat DF dia?"

"Daurah apa belum lagi? This week ada daurah my anak usrah. Join sekali nanti"

***

Sungguh jalan ini tidak mudah. Ada yang manis. Ada yang perit dan jatuh tersungkur. Ada yang tersalah langkah tapi pantas diundur kembali agar terus dapat berlari laju ke hadapan. Hari ini bila aku jauh darinya aku mula mengimbau sumber-sumber kekuatan aku. I found this great lady is my first and the great murobbi of mine. Randomly write here. Yes, i miss her a lot. 

Semalam. Text Message.

"Tengah tunggu Usamah swimming. Hari ni masuk kolam 5 meter dia takut. Coach dia cakap yang dalam 5 meter tu bawah dia. Berenang atas air bukan bawah air. Then Usamah start swimming happily like a fish!"

"Hahaha. Are you trying to make me jealous? Yes, Esyah baru balik from camp and burnt like a zebra while both of you having time swimming happily like a fish!"

Semalam ahad. Pasti selepas itu terus ke masjid negeri solat maghrib dan isya'. She found peace there. I know her because she's my beloved mom. Love you much! 

Self motivation during a hectic week! Baru dua minggu dah macam setengah semester. Takpe Allah tengok usaha. Akhawat kena qowwiy! Go baby go!

Obviously homesick. Hilang macho.
May Allah bless


No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords