"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datangnya bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana" - Baqarah 208-209
Adakah kita mengambil hukum-hukum yang dirasakan selesa dengan diri kita sahaja dan meninggalkan hukum yang dirasakan berat dan tidak perlu?
Rasa diri baca quran sedap lalu menghentam orang lain yan tiada lenggok bacaan macam kita tapi habis kelas hafazan keluar dating berdua lelaki dan perempuan. Tak kurang juga yang berlakon dengan pakaian ciri seorang muslim yang baik dengan jubah, serban, purdah serta bersarung tangan tapi hakikatnya mereka berdua bukan mahram.
Sunguh yang menetapkan hukum itu Allah. Apa mereka sangka dengan tidak bersentuh lelaki dan perempuan itu boleh menghalalkan pertemuan itu? Mereka sangka Allah itu kanak-kanak yang boleh dipersendakan?
Menunaikan solat fardhu bila masa dirasakan sihat dan ada masa terluang. Subuh mengantuk tak perlu solat. Zohor sibuk dengan kerja dan urusan harian, tak perlu solat. Asar dah habis kerja, baru boleh solat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment