Ke mana natijah amal kita selepas kita sudah istiqomah dengan amal ibadah kalau bukan diterjemahkan dalam amal harian. Solat fardhu yang menjadi pencegah perkara munkar. Zikir yang sering berlagu di bibir menjadi pelembut bicara. Qiyamullail yang menjadi pemangkin kecergasan minda.
Amal ibadah bukan cuma satu aktiviti rutin di atas sejadah. Ia adalah sebuah hubungan dengan Allah dan diterjemahkan dalam keseluruhan kehidupan. Satu hubungan yang dihadirkan dengan hati.
Pembaca Beta “Menunggu Kathiravan”
1 day ago
No comments:
Post a Comment