Tuesday, May 31, 2011

Saturday, May 28, 2011

tingkat TIGA = kurus

apa aku rajin sangat update ni.haha
ouhh mungkin sebab rumet semua belum tiba.
junior ni maybe balik umah kot.
lalu, saya hanya mampu main cha-ke-boo dengan rumet bilik depan.
heee :P timah sewwwiittt.

dengan ini saya aishah ismail berjaya tukar bilik.
dua sem weh kat bilik sama.
how come this sem kena pindah.
naik atas lak tuh.
angkat barang tadi je dah berapa kalori terbakar.haha
baiduri ni pula memang tangganya tinggi-tinggi kan.
kalau sektor C kena tingkat atas x payah nak heran sangat la kan.
okeyyy.okeyyy.bersyukur bleh tak aisha syg?
jam-jam terawal ni pasti banyak kena turun naik.
aku kat rumah memang selalu peluh-peluh cani kan.
xpela, warm-up.
satu sem ni nak menapak =.=
subhanallah,
moga bertambah tingkat ini dapatlah aku memperoleh sesuatu.hehe

bilik kosong.
tak colourful seperti dulu.
i gonna do something with this emptiness.hehe
ada cepat la datang! * i know you read this.hihi

this sem will gather again the first sem classmate.
suke! suke!
yeah, it's not easy nak cari kawan yang boleh study sama satu kepala.
azrein pun dah masuk baiduri balik!
omoooooooooo~
boleh aku main game ko hari-hari weh!
paling penting gosip! :P
semoga dapat lecturer yang best-best juga :D

aisha do focus okeyy,
kena praktik un'pedulisme' pada gangguan jiwa dan perasaan.
buat-buat bodoh je dengan perkara remeh temeh.
dengan lec yang suke membebel+herdik+pekik ke.
dengan budak-budak pelik cari pasal ke.
don't make it bother you k aisha?
hait.hait!

banyak agenda yang perlu diatur.
hait.hait.
senyum sikit~
ha, kan comel :)

hidup ini perlu pada jiwa yang hebat.
agar mampu membentuk corak hidup yang mantap.
apa kelas hidup bosan tak ada cabaran.
later, you can proudly present depan Allah kat mahsyar.

"here you go, this is my life,
i've been through it with big heart even i got tears in every step of my life"

sungguh mata yang menangis kerana Allah tidak akan terbakar di akhirat kelak.
dan memang Allah kata,

"falyad-haku qalilan wal yabku kathira"
kurangkanlah gelak ketawa dan menangislah kamu sebanyak-banyaknya

why?

supaya hidup kat akhirat kelak yang kekal abadi itu
penuh dengan riang gembira :D
syurga is a motivation rite?
kalau sedih-sedih baca surah waqiah
DIA cerita pasal syurga.
rasa macam,

"OMG, i want this! this is mine! i know i'll get it soon
and it's okeyy if i dont live happily today because it's just a temporary life,
ouhh takpe,takpe bagi ujian lagi pn okeyy sebab aku nak syurga"

ujian means Allah rindu.
Allah rindu means DIA nampak kita.
OMG! Allah nampak kita!
kalau sultan kenal kita pun rasa cam proud gile.
ni Allah personally nak bless kita with something.
so dengan bangga we should face it with great patience.
cool je k?
dunia tak lama pun.
satu sem lagi la tak lama.
hahaha~
dua-tiga tahun nak tunggu prince charming pun tak lama kan?
hehehe :P

we got the reward in every step.
pahala tu beb!
pahala tahan rindu prince charming pun boleh kan.kan?
it's a mujahadah what~
:P


self-controlled.

a few days back.
bila sedang menyusun-nyusun fail, note book bagai.
jumpa hand-out program dengan ust.hasrizal beberapa tahun lepas.

tajuk : self-controlled.

manusia punya akal+hati+iman.
akal mencetus tahu.
melahirkan hati yang mahu.
membentuk iman yang mampu.

comelkan? :)

masalah sering datang dalam pelbagai bentuk.
jangan nak gedik kata kau tak punya masalah.

tapi kan sayang,

Allaah dah inform kita awal-awal lagi.
before kita lahir.
1500+ tahun dahulu lagi.

"dan aku ciptakan manusia sebaik-baik kejadian"

sebab apa?
we got the brain and mind!
aku hebat beb!
sebab ada otak+akal.

maka sia-sia kalau tidak digunakan.
takat soal hati+perasaan kecik-kecik tu boleh tolak tepi kejap.
eceh.cakap besar gile.

tapi betul la kan?
ni nak comfort hati sendiri ni.haha

we got much to do in this world.
kalau tak dapat sekarang insyallah Allah nantikan kita di syurga.
dengan impian kita tu! :)

point yang bosan.
but that's it.
itu hakikat yang kita lalui saban hari.
admit jela kannnnn.

so, jangan nak gedik-gedik online lama-lama.
it's ur new start aisha sayang.
asar dulu jom!

filling the blank.

alhamdulillah,praise the most for HIM.

nak tau something tak?
jeng..jeng..

sometimes, bila hati kita sedih kita nampak semuanya buruk.
kan.kan?
baik ngaku~

tapi pernah tak tengah-tengah sedih ni,
tiba-tiba datang orang yang perlukan bantuan kita.
maka orang-orang yang baik hati dan berbudi pekerti
akan menghulurkan bantuan.
walaupun diri sendiri dalam kesusahan sebenarnya.

tak tolong tak sampai hati.
maka disampaikan juga hati itu.hee
dengan menolongnya.

percaya atau tidak kita akan berasa lega dan bahagia
kerana dapat menolong orang.
tak percaya cuba buat :D

sekurang-kurangnya kita dapat meringankan masalah kita
sebab tahu ada orang yang lagi susah.

ayah saya pesan,
"carilah pengalaman merasa yang susah, biar tahu erti susah dan usaha gigih"
adakah kerana saya manja sangat?
takkan? :P

hidup ini sentiasa ada turun dan naiknya.
tak rugi apa-apa pun tolong orang.
kerana apa yang kita miliki adalah milik DIA.
tak payah nak tamak layan seorang je.
cuba share-share dengan orang lain.
lagi Allah tambah tau!

buat baik tak pernah rugi la.
sabar tak pernah rugi.
sedekah tak pernah rugi.
senyum tak pernah rugi.
yang baik-baik semua tak pernah rugi.

kita je selalu merugikan diri sendiri
dengan melepakan peluang-peluang menambah keuntungan pada diri sendiri.
hurm.

Friday, May 27, 2011

the closure : the awesomeness of ukhwah!

salam 'alayk.
allright then.
my semester break is really comes to its end.
cukup sudah merapu.
cukup sudah gedik mengada.


terima kasih teman.
atas gathering pengumpulan jiwa-jiwa hebat.
jumpa bakal pengantin! :P
BBQ ayam yang sedap menjilat jari.
nasi goreng MARIAH :)
roti john dari air tangan masak berjemaah gitu :D
semua dah pro so tade hal la
nak pasang api.
nak masak breakfast.
nak buat air.
nak check pintu dah kunci belum.
nak book rumah.
hehehe.
nanti kita plan lagi okehh.

terima kasih atas ABC wajib section2!
terima kasih atas kungfu panda 2 yang comel melampau.
terima kasih atas pirate of the carribean.

by the way, saya sengaja tinggalkan post berlambak gitu.hehe
bagi puas baca.haha
tak punya peluang untuk publish sebenarnya.
selalu mencoret di hujung hari sebelum tidur.
dan bertekad harus di 'post' sebelum pulang ke segamat damai.
dan semua video tiada kaitan dengan sesiapa.
mesir atau france semuanya adalah minat saya.
minat pada bahasa dan negara.

rindu hutan berkabus.
dan harap dia masih berkabus.

all the best!
love ya~




dream with me~

dream with me.
dream with you.
put the dream into reality.
we shall fight for it!

senyum sokmo deh.

apa lagi ni?

penat.
memang dah jelas.
sabar jela.

syg, len kali jgn lwn ckp die dh k?

the greenlight.

“by 23 u shud dah ikat with someone. Then u can start survey by now”



Huh. Sejujurnya terasa sangat takde mood tentang itu.

Bukan mudah. Perit. Pedih yang dirasa masih bersisa.

Rimas dengan orang-orang yang memaksa cari pasangan baru.

Stop forcing me okeyyy.

Walau selalu menyampah dengan mereka yang bermesra dengan pasangan masing-masing

Lebih-lebih lagi yang masih belum halal.

Dan mesra gedik buat rasa cam nak bagi panahan mata menikam.

Tak perlu nak buat loudspeaker sangatlah kalau ada orang lain tengah study okeyy.

Menyampah juga dengan mereka yang tikam belakang pasangan masing-masing.

Buat diri memaksa bersabar kerana rasa nak mencarut habisan.

Kerana sangat benci orang yang curang.

Dan tumpang gembira mereka yang sudah melangsungkan pernikahan.

Tapi pernikahan mereka menambah rasa gundah.


“omooooo.dua puluhh sudahhh”

“nape la sume dah jadi cam mak n bapak org neh”


Itu signal gedik+manja perlu diterhadkan


The mystery still unsolved.

When my prince charming will come to me?


Satu malam saat mata tak mampu terlelap.

Melayan diri dengan mp3.

Mendengar satu perkongsian di radio ikim dari prof.dr.muhaya

Manusia mampu menghantar gelombang secara metafizik kepada manusia yang lain.

Sebab tu kadang-kadang dalam hati ni bila tengah nyanyi satu lagu ni

Tiba-tiba orang sebelah kita pun nyanyi lagu tu.

Sebab tu penting kita sentiasa menghantar gelombang yang baik kepada semua sahabat dan kenalan kita.


Then what is, memang jelas terang jelas nyata kita fikirkan dia dan dia pun fikirkan kita?

Kadang-kadang rasa macam selalu berbual dengan ‘dia’ di alam yang lain.

Bila diri tertekan dengan alam yang tidak reality dan bertekad mahu tinggalkan semua ini,

‘dia’ datang dan semacam tak izinkan aku pergi.

Nak buat gane. Sabo jelaa

The time will come soon.


Pesan mualim zul aka penasihat cinta dari zaman sekolah rendah :D

Cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Get prepared for it.

Jangan meletak harapan yang terlalu tinggi.

Cuma berdoalah yang terbaik dari Allah.

Hargai apa yang hak milik mutlak kamu hari ini.

Cuma bersedia untuk memiliki dan dimiliki satu hari nanti.

apa aku ngarut?

heh.buat-buat faham jela eh.haha


bila damai segamat melambai.

hujung cuti sudah.

Seperti yang ku sangka.

Cuti sem kali ini memang punya banyak pengajarannnya yang tersendiri.

Satu pencarian hakikat diri mungkin.

Angka dua puluh bukanlah angka yang kecil.

Bila adik sendiri dan berborak semacam bapak-bapak orang.

Bila ada junior yang sudah melahirkan anak.

Bila ada sahabat-sahabat yang sudah mula dikhitbah

Bila yang jauh datang berkongsi dan memberi peringatan.

Bila yang dekat harus pergi jauh.

Bila amanah mula terbeban satu demi satu.

Ini bermakna tempoh gedik bermanja sudah tamat.

Sudah harus sangat diterhadkan.


briefly plan for new sem :

1.BEL – review format +technique

2.CTU – mind map + get some extra lesson from fellow friends

3.FAR – need some extra exercise. Really need.

4.MAF – need extra exercise. Really need

5.LAW – mind map + get some extra lesson from fellow friends

6.MGT – mind map + good understanding


Harus tegas yang perlu early roughly review.

Wajib fahamkan diri in every lesson. Don’t procrastinate! At least in 3 days I must get understand the lesson.

Review lesson daily. Must get the imaginary in my minds

Do the exercise again and again. Don’t be lazy!

You’re not that good.

the real me.

Harus bertindak jujur dan menjadi diri sendiri.

Yeah.ayuh.


Rindu rutin dahulu

5.00am : bangun, mandi, iron baju,*sambil tunggu queue mandi n iron review subject

5.40am : qiam at least 2 rakaat + ulang hafazan

6.00am : subuh +mathurat

6.30am : breakfast *kalau puasa ulang hafazan

7.00am : masuk kelas, duty kebersihan or review subject

7.20am : assembly

7.45am : start class

10.30am : break (makan sambil review subject+borak+appointment)

11.00am : class

2.30pm : zohor+lunch (sambil review subject)

3.30pm : review subject+homework+exercise

4.30pm : asar + tazkirah dorm (kalau belum masuk waktu lelap kejap)

5.30pm : komander’s /lepak+borak+appointment+review subject

6.30pm : bergerak ke musolla+ulang hafazan+review subject

7.00pm : maghrib+mathurat+zikir+hafazan+sesi luahan perasaan *where the shoulder to lean on is always there

8.15pm : prep

10.30pm : isya’

11.00pm : meeting

11.30pm : balik dorm+review subject+plan hari esok+check plan

12.30am : tidur


Saya tak letih dengan rutin itu.

Cuma di hujung minggu saya melepas rehat dan tidur selepas brunch hingga zohor.

Saya gembira dan merasa kepuasan sejati dengan apa yang saya kecapi.

Saya punya result akademik yang bagus.top5 kelas.top10 batch

Saya seronok ke meeting jawatan2 yang saya diamanahkan.tak rasa terpaksa

Saya sihat sejahtera dengan berat yang ideal dan pemakanan yang seimbang.

Saya punya ramai sahabat dari berbilang umur dan latar belakang.

Jangan pelik kalau saya punya sahabat baik 3,4 tahun lebih tua.

Jangan pelik juga jika saya boleh jumpa di mana-mana sahaja sahabat saya.

Jangan pelik kerana saya mampu berjaya tanpa seorang lelaki ajnabi bernama kekasih.

I just stand on myself beside HIM the almighty and supported by my fellow friends.


mahu kembali.


Mungkin kerana bila keluar dari biah (surrounding) tersebut,

Dan takdirnya saya tercampak ke tempat yang memaksa saya untuk lebih fleksible.

Tidak boleh terlalu tegas.

Tidak boleh sesuka hati nak tiup wisel sebut, “skuad, exercise sedia mula!”

Apa kau ingat kau kutuk-kutuk aku, aku bagi muka ke ha!

Memang tak la.

Alhamdulillah saya berjaya menahan diri dari terbawa-bawa dengan habit lama.

menjadi lebih lembut.

Tidak segarang dahulu.

Mahunya satu sekolah atau mungkin juga setiap manusia yang saya jumpa dapat debik satu.


Yeah.dunia memang berbeza.

Harus bertindak berpandukan akal dan iman.

Manusia sering malas berfikir.

Yang ruginya manusia itu.

Maka terpulanglah.


Saat saya terlena atau terbuai mungkin.

Sering diri sendiri mengingatkan bahawa,

Jika kau leka bergurau dengan waktu ketahuilah ramai insan lain sudah mengatasimu.

Dimana diriku saat itu?

Apa kau mahu sumbang yang kecil-kecil saja untuk ummah?

Apa kau tahu yang kecil-kecil melembapkan perjalanan kejayaan ummah?

Apa guna orang yang dididik penuh hebat mensia-siakan diri sebegini rupa?

Aku sedar aku cuma insan biasa.

Tapi sudah dididik penuh luar biasa.

Apa ku mahu mensia-siakan semua itu?

Bukan yuran RM400 sebulan yang ku hiraukan.

Bukan bangga bersama mereka yang bersekolah di sekolah RM400 sebulan.

Bukan itu.

Tak tahu pun yuran sekolah lain.

Tak pernah sangka kebanyakan orang bersekolah yang yuran RM250 setahun!

Serius tak tahu.

Tapi kerana waktu yang sangat berharga.

Waktu yang tak mungkin berpatah balik.

Bodoh dan sial lah diriku andai mahu berdegil untuk membazirkan usaha gigihku selama ini.


Hurm.

Hakikatnya aku yang sekarang sudah banyak di’alter’ berpandukan keadaan.

walau dalam diri masih diri yang sama.

Itu sebab sering jiwa ini menjerit dan meronta.

Kerana itu bukan dirinya yang sebenar.

Bukan dirinya yang sebenar.


Kalau dulu bila tengok orang buat dosa,

Memang rasa nak hampuk n sembelih orang tu

Sebab rasa pembuat dosa ni sangatlah bongkak n berlagak nak mampus buat dosa di bumi tuhan.

Teringat satu pesanan mantan seorang pemimpin pelajar ketika jamuan kepimpinan,

“semua manusia lemah dan mesti akan melakukan dosa, tapi ingatlah pembuat dosa yang terbaik adalah yang paling banyak bertaubat”

Sungguh aku blur saat itu.

Apa bodoh sangat semua manusia nak buat dosa ni.

Gile bajet diri macam perfect sangat je kan?

Dalam hati,

“ouhhh mungkin dosa yang kecil2, seperti masuk tandas tak baca doa”

Gile suci otak.serius suci masa ni banyak perkataan carut pelik-pelik n lucah yang tak tahu.nak kata suci gile tu.

Tapi bila berhadapan dengan reality dunia yang maha hebat.

Seperti pesan seorang ustazah,

“mualimah tahu dunia kamu hari ini sangat hebat, untuk menjaga diri sendiri sahaja sudah sangat mencabar,iye sangat hebat. Mualimah kasihan dengan kamu semua”

beliau bercakap dengan linangan air mata.

Betapa beliau merisaukan dunia kami belia remaja.

Tapi itulah reality

“tapi hakikatnya mualimah pun tak mampu nak buat apa. Yang penting kamu harus teguh di jalan Allah. Janji dengan mualimah kamu akan berusaha teguh dan thabat walau dengan apa jalan sekalipun”


Ya itu hakikatnya.

Sungguh manusia yang bergaul itu lebih baik dari mereka yang menyendiri.

Tapi harus kuat, gagah perkasa untuk terus teguh.

Sungguh setiap nafas di jalan-Nya itu punya ganjaran tersendiri untuk kita.

my love story.

Kisah silam yang manis untuk dikenang.

Manis yang amat.

Terkenang saat perkenalanku.


Semasa di SMIH.


“gile macho muhannad at-tohir ni”

“hey, kite cop dulu eh”


Serius tak tipu. Gile teruja tengok asy-syahid muhannad at-tohir ni.

Sampai ikan yang dorm kitorg bela pun bagi nama muhannad.

Balik dorm je..


“muhannad! Dah mamam?”

“kite cop nak bagi muhannad makan!”


Before tinggalkan dorm..


“babai muhannad!”
“love you muhannad!”


Serius kalau muhannad at-tohir hidup lagi nak kawin dengan dia ^_^


Semasa di MTQH.


“nape rase nabi yusuf ni hensem sgt”

“hebat syadeed sampai quran cite psl nabi yusuf kena goda”

“tau takpe. Shah jehan yg wat taj mahal utk wife die tu pun tak msk dlm quran”

“nak husband handsome cam nabi yusuf bleh tak?”


Tak tahu lah kenapa terasa macam tersangatlah handsome nabi yusuf ni. Sampai nak gila bayang pun ada rasanya.


Lagi satu.

“nak suami smart+hebat+kreatif+inovatif cam salehudin al-ayubi”


I just have the uncontrolled tears.

can easily touched by the person that I love.

Walau dalam tempoh yang singkat.

Cinta yang bersemi mengikat hati.

What on earth takat program 3 hari 2 malam nak nangis time majlis penutup.

Apatah lagi cinta yang bersemi bertahun, berbulan.

Yeah, that’s me.

Kalau ada cinta yang bersemi la.

Kalau tak takde perasaan pun.hahaha

Wednesday, May 18, 2011

baki bercuti.

mencari bahagia dalam kesempitan dan keperitan bukan mudah.
harus ditetapkan dalam hati
bahawa hidup ini tidak ada yang mudah
hidup ini memang sentiasa perit.
jadi.
seharusnya hadapilah ia dengan cara yang terbaik.
tak perlu diletak tension itu fokus utama.
apa kesudahan kita nanti?
hidup yang penuh tensi semata?
hanya kerana hidup ini tidak ada yang mudah.
biarpun berat dan pedih
sentiasalah positif
sentiasa senyum
sentiasa yakin bahawa kita punya DIA yang maha kuasa
kita punya Allah kekasih awal dan akhir
kita punya Allah yang kenali kita di segenap denyutan nafas.
mengapa perlu cari yang lain kan?

fokus pada yang hak milik mutlak kita.
pada keluarga.
pada sahabat handai.
yang kemudian itu biar kemudian
pastinya akan disusuli nanti beriringan dengan waktu.
pasti.
usahanya pada diri kita.
seharusnya kita menjadi yang terbaik.
agar berjaya miliki yang terbaik.

okayy, sudah sedikit muhasabah.
cuti sebulan.
seminggu rehat+berkemas
seminggu brainstorming
dua minggu melunaskan hak sahabat dan sesama insan.

ustaz saya dalam keadaan tenat.
mohon didoakan beliau.
sakit buah pinggang+paru2+jantung
harap masih ada hari esok untuk bertemu beliau
harap masih berpeluang membacakan yasin agar dipermudahkan segalanya.

cuti ini penuh makna.
satu tempoh pencarian diri saya kira.
mengumpul kekuatan dari jiwa-jiwa mereka.

apa mungkin angka dua puluh itu berjaya mematangkan saya.
dengan ugutan demi ugutan dari ibu tercinta.
yang saya kira ugutan kerana sudah disoal tentang baitul muslim.
saya kira tidak perlu baitul muslim yang mematangkan kita.
kerja harian yang memerlukan konsentrasi lebih.
yang memerlukan fokus lebih.
yang memaksa saya untuk berkomunikasi dengan manusia-manusia serius
dengan masalah-masalah serius.
lalu saya jadi serius.
apa begitu alasannya?
mungkin.
ya, mungkin

p/s : natijah imtihan bakal menjelma.mohon yang terbaik dari-Nya

Tuesday, May 10, 2011

serabut tak comel.


siapa yang kata comel?

"aisha, boley tak jawap berdasarkan soalan?" kata dia si rumet

heyy.ikut sukee la
okeyy.meja serabut tak comel
btw, tu bukan meja saya!
otak serabut lagi tak comel.
hati serabut boleh buat orang menonggeng.
menonggeng tak comel.

apa penting sangat comel?
awet muda?
walaupun sangat matang sebenarnya.hahaha

okayy, enough gedik annoying.
gedik comel takpe.haha

heyy sayang,
hati mesti mau kasi comel.
jiwa perlu comel.
otak lagi perlu comel.
iman lagi-lagi sangat-sangat perlu comel.

bagi semua comel dulu ok?


Saturday, May 7, 2011

dont leave me!

what on earth?
hahahaha *pinjam ayat jap eh.haha
gila gelak sorang-sorang.haha

it's just please dont leave me when you do good things.
and same goes to me.
i'm hard to leave you in bad conditions.
could you follow me dear?

but.

bagaimana kita menilai sesuatu jemputan itu?
sudah pasti kita excited kalau orang bagi tiket free konsert super junior di bukit jalil.
sudah pasti kita melompat riang kalau orang jemput datang rumah pergi konsert outlandish *i wish i got this one

but.

mana kita tahu satu jemputan itu baik atau buruk untuk kita?
bila dulu ibu kita halang kita dari memanjat kerana dia tahu kita akan jatuh

dan sekarang mana kita mungkin tahu jemputan yang nampak tak menarik itu sebenarnya ada kebaikan untuk kita.

semalam satu perkongsian.

"pinjamkanlah telingamu"

"kebanyakan sebab orang yang berada di neraka adalah kerana tidak mahu mendengar"

it's just the matter of lending your ears friends.

"yang baik diambil, yang buruk dibuang"

duhai sahabat, kekasih hati.
buka mata.
buka hati.
lihatlah peluang di sekitar mu.
jangan pernah tutup hati.
mungkin yang awalnya kau nampak dia macam buruk.
yakinilah setiap setiap sesuatu itu pasti ada baik dan buruknya.
tak pernah salah untuk ambil kebaikan dari satu keburukan.
heh.paham? buat-buat faham jelaa.haha

dan lagi!
fakta menarik semalam.

"kalau hari ini kita melihat kasih seorang ibu yang tiada tandingan
cinta seorang kekasih yang rela berkorban
tapi.
ketahuilah ada satu cinta sahaja yang dapat membawa ke syurga.
iaitu cinta kerana Allah.
kerana iman.
kerana taqwa.
biarpun cinta seorang ibu upgrade lah ia dengan iman dan taqwa
biarpun cinta seorang suami atau isteri improvelah ia dengan dasar iman dan taqwa.
kerana hanya kerana itu kita bisa ke syurga bersama!

siapa nak ikut?
jom!!
holding hand together to the jannah! :D

Tuesday, May 3, 2011

when at last everybody's leaving.

takpela awak.
saat semua harus pergi
dan mahu pergi.
saya harus tabah.

Ya Allah, terima kasih atas nikmat hati yang gagah ini.
terima kasih atas kesempatan ini.
kesempatan yang mencorakkan kehidupan ini.
ya, moga hidup ini punya corak yang menarik
untuk saya persembahkan depan kekasih saya nanti.

terima kasih awak,

harus gagah+perkasa!

tak siapa kata hidup ini
harus berjaya
harus bahagia
harus aman

tapi hidup ini harus gagah
dan perkasa!!

even there's burnt inside. it's ok

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords