Monday, October 31, 2011

kerosakan dari tangan kita sendiri


oleh dr.yusof al qardhawi
via sebarkanbahagia.blogspot.com


“Banyak kerosakan yang dilakukan oleh kaum muslimin yang ke-Islamannya daripada warisan semata-mata. Di antara kerosakan itu ialah:
  • Mencampur adukkan pemikiran dan perasaan peribadi ke dalam ajaran Islam.
  • Menyangka seseorang yang berhati keras, kaku dalam berinteraksi sosial samada dalam keluarga atau masyarakat, itulah yang dianggap ajaran Islam.
  • Menyangka seseorang yang berhati sempit, suka mengata orang dan sukakan permusuhan, itulah yang dianggap ajaran Islam.
  • Pandangan sempit seorang lelaki terhadap wanita. Lalu menghasilkan sikap keras, anti toleransi, mudah berprasangka buruk dan merendah-rendahkan wanita. Lelaki itu juga memandang wanita hanya sebagai alat pemuas nafsu dan pelayan kaum lelaki sahaja.

Ironinya…

  • Sumber-sumber literatur Islam yang mereka baca belum mampu mengubah cara pandang mereka.
  • Pergaulan mereka dari satu lingkungan ke lingkungan yang lain, belum juga mampu membawa akal mereka kepada pencerahan.
  • Mereka mungkin telah menyelesaikan program ‘master ‘dan doktor falsafah dalam pelbagai disiplin ilmu, tetapi semua itu masih tidak mampu membawa mereka kepada kesedaran dan kemajuan.
  • Mereka masih tidak mengetahui betapa agama Islam sangat memuliakan wanita, sebagai anak perempuan, isteri, ibu dan sebahagian dari anggota masyarakat.”


untuk difikir dan direnung.
moga Allah redha.

the random awesomeness


banyak unsur-unsur tak comel datang menjengah.
orang itu buat ini
orang ini buat itu
everything is about orang-orang tak comel

"pity them kan twin?"
"hurm, tak best la nak gosip pasal ni"


great minds discuss ideas
average minds discuss events
small minds discuss people

"lets talk about something else"

:)


"ape la lelaki ramai-ramai macam ni, menakutkan, obses bola betul"

"that's we call as fun esyah, kalau mak pun mak suke, i love battle, tournament, music"

"ehe. esyah pun suke tapi takde la obses"

"everyone should love it, to balance our life, all those otak kiri otak kanan stuff you know it rite?"

aha. i can't imagine my mom pergi tengok bola or konsert. but yeah omak yang rajin hantar attend benda comel-comel ni.

"omak, dah lama tak pegi konsert kan"

:)


today pagi-pagi lagi nampak dekat news feed orang share video ust dr.zaharuddin. i don't know why macam dah jatuh cinta dengan semua talk dia.

"best la mak ust ni, all the dalil and hadith remind me of something"




masuk sudah kita ke zulhijjah

“Tiada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah SWT selain sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah)”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah jihad juga tidak dapat menandingi pahala amalan pada sepuluh hari tersebut?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya lalu tidak membawa pulang sedikit pun daripada kedua-duanya.”

so guys?
apa lagi?
proaktifkan amalan kita!

nak update blog, klik dulu syeikh tawfeq as sayegh my favourite qari
it's cool you know! bak kata sofea.haha


bestnya kalau dapat layan baca quran sampai masyuk kat masjid nabawi




"sha, you dah attend kursus kawen?"

"what?!"

"jom?"

Sunday, October 30, 2011

yesterday


semalam.
plan asal nak lepak-lepak or berjalan gosip-gosip.keke
bahasa baik sikit, merapatkan ukhwah dengan para sahabat :)
tiba-tiba
adik seorang ni nak ikut.
so okay la. plan adjusted.
bawak adik sendiri jugak.
makanya semua membawa adik-adik.
comel tak?
dah macam geng ibu-ibu muda aku tengok.
bila dah penat ada yang nak berdukung la, nak beli air la
okay, admit it we're growing old *tanak cakap dah nak jadi mak

as my omak pun nak exam and siapkan assignment
i guess it's a nice time to spend with the kanak-kanak riang
pagi-pagi bangun subuh
settle masak, siapkan lunch untuk mak sekali
keluar kereta, "hopefully you can study well today mak"
bangganya kalau aku jadi mak nanti ada anak macam aku ni.keke

decide tempat pun macam konon-konon nak lepak yang healthy la kan
taman botani siap
makanya memang berjalan kaki la para Cinderella itu.ehe
taman haiwan, taman burung, segala taman lah.
okay i admit lepak begitu sangat membakar kalori
ehe. next time boleh improvise lagi

sorry girls if apa-apa kurang lebih.
datang lah shah alam lagi :)

p/s : something happen!

what goes around comes around!

kan dah pesan jangan buat jahat kat orang.haish



this is so you

suggestion to live on a happy and rewarding life

1. take a time to smell the roses
2. take a nap on afternoon
3. drink 8 glasses of water a day
4. never deprive someone of a hope, it might be all they have
5. be thankful of every meal
6. don't be afraid to say "i'm sorry"
7. don't take good health for granted
8. dont' interrupt
9. don't tailgate
10. improve your performance by improving you attitude
11. waive at children on the school bus
12. listen to your children
13. leave everything a little better than when you found it
14. leave the toilet in the down position
15. smile
16. keep it simple
17. keep good company
18. keep you promise
19. be kinder than necessary
20. take good care of those you love
21. make it a habit to do nice things for people who will never find out
22. to lose a patience is to lose the battle. be patience!
23. judging your success by the degree that you're enjoying peace, health and love
24. be a good loser
25. be a good winner
26. live so that when your children think of fairness, caring and integrity they think of you
27. don't nag
28. don't gossip
29. don't expect money to bring you happiness
30. be forgiving of yourself and others
31.never give up on everyone. miracles happen every day!
32. say thank you a lot!
33. so please a lot
34. stop blaming others
35. take responsibility of every area of your life
36. take care of your reputation, it's your most valuable asset
37. count your blessing
38. call your mother
39. do more than is expected
40. be there when people need you
41. be someone's hero

Friday, October 28, 2011

biggest share!





comel kan? rindu video zaman-zaman sekolah :)

may Allah bless

Thursday, October 27, 2011

my dearest

Kau bilang kau sahabat,

Sehingga dirinya menaruh percaya,

Namun percaya yang diharap,

Kian pudar ditelan zaman,

Selari tuanya umur persahabatan.

Kau bilang kau sahabat,

Kisah baiknya kau kecilkan,

Hikayat buruknya kau besarkan,

Sedang dia menyebar baikmu,

Sedang dia mengubur burukmu.

Kau bilang kau sahabat,

Salah temanmu kau biarkan,

Katamu, dia hidup dia aku hidup aku,

Sedang dia tidak jemu ingatkan salahmu,

Bimbang nasibmu.

Kau bilang kau sahabat.

Aibnya kau cerita, bahan ketawa,

Bukan hanya kepada seorang, kepada semua,

Sedang maruahmu dijaga olehnya,

Sedang aibmu erat digenggamnya.

Kau bilang kau sahabat,

Baikmu hanya dirimu sahaja,

Tidak peduli kepada si dia,

Katamu, dia sudah baik sempurna,

Tidak perlu diajak dipelawa,

Ah! Kau lupa, dia juga manusia.

Kau bilang kau sahabat,

Ya, kau memang sahabat baginya,

Walaupun doamu tiada,

Namun doanya untukmu tetap tersedia,

Percaya yang kian sirna,

Dikukuh kembali, dipatri rapi,

Ya, dia masih percaya,

Percaya kau sebagai sahabatnya.

Baginya kau masih sahabat,

Sahabat dunia Akhirat,

Walau bagimu dia bukan sesiapa,

Bagimu dia hanya sahabat dunia.



"kenapa awak benci sangat orang-orang kat situ?, takde yang awak suke?"

"bukan benci cuma tak mereka takde rasa nak jadi kawan sejati, so fine la"


biar dia hadir dengan natural

kenapa ada aura tak comel?

ehe. cuma refleksi diri apa sudah kita buat pada sahabat keliling.


p/s : tengok phineas and ferb dengan sofea lagi bagus! dari jumpa manusia-manusia begitu.hehe

" i wish i could be there for you sha"

"yes, you should! sepak terajang manusia ni semua.keke"


membina cara penerimaan yang baik untuk mereka. tak susah bukan?

ikhlas. salam. senyum.

be truthful. dare to yes or no. put it in proper words then it's okay

we aren't superman




kita memasang beribu impian setiap hari
mahu itu mahu ini
kejar itu kejar ini
tapi kadang-kadang tak semua yang kita mahu kita dapat


kita berikan yang terbaik buat dia
kita berharap mampu buat yang terbaik
tapi kadang-kadang dia salah faham
kadang-kadang dia tak nampak pun


kita yakin kita kuat dan mampu buat
tapi kadang-kadang tiba-tiba Allah nak uji
tiba-tiba kita sakit
tiba-tiba datang masalah lain
keyakinan dan kekuatan kita lenyap


di situ Allah nak uji diri kita
sebagai calon ujian, adakah mampu sabar?
sebagai teman calon ujian, aadakah kita menghentam dan tinggalkan dia?
atau sahaja sabar dan terus menyokong

di situ nampak siapa yang kekal berjuang
di situ nampak siapa teman sejati

sometimes, we aren't superman yang boleh lakukan segala
tapi kita masih ada peluang untuk jadi mukmin
yang kuat untuk tahan, tekun, teguh, tabah, gagah menahan dengan sabar segala
kerana kita yakin sabar itu punya nilai di sisi-Nya

tough time wont last but tough people do

"don't take the blame personally, don't drag the problem, let it be, it's over"

"so much thing to be discovered, come and lets see the beauty of the world"


Tuesday, October 25, 2011

the one I miss the most

sipping the warm mushroom soup, dicecah bersama french loaf.
warming up the soul, the one who missing someone

*buruk beno ayat bunga-bunga aku. tapi tulah yang aku rasa.
rindu. with mushroom soup. need someone to be cuddled of

ada kisah rindu yang buat aku menitis air mata. oh bukan menitis lagi tapi berjurai-jurai.
aku tahu kisah ini panjang. well, selalu entry pendek-pendek je agar mudah dibaca.
tapi serius tak rugi baca.

"Pada saat terakhir Nabi Muhammad s.a.w sedang sakit, seluruh Madinah berada dalam keadaan suram. Suasana yang selama ini indah dan aman bersama Rasullullah, bertukar menjadi satu tikaman duka kepada para penduduknya. Mereka semua merasa hiba kerana kekasih mereka, orang yang paling dimuliakan oleh Allah sedang berada dalam keadaan uzur dan sakit tenat. Tidak ada seorang sahabatpun yang berjalan melainkan dengan wajah yang suram dan bergenang airmata. Begitulah cinta dan sayangnya mereka kepada junjungan Rasullullah s.a.w

Pada hari Ahad, sehari sebelum hari kewafatan baginda, sakit yang baginda tanggung selama 18 hari menjadi bertambah tenat. Pada hari tersebut Bilal bin Rabah seperti biasa mengumandangkan azan. Setelah selesai azan, Bilal pun menuju ke rumah Rasullullah lalu berdiri dan memberi salam di depan pintu, sambil menjemput Rasullullah berjemaah. Lalu keluarlah Fatimah dan memberitahu Bilal bahawa Rasulullah sakit. Kemudian Bilal kembali ke masjid dengan linangan airmata. Menunggu seketika.

Ketika hari hampir siang dan sahabat menunggu lama, lali Bilal cuba lagi ke rumah Rasullullah. Bilal berdiri dan memberi salam lagi. Lalu baginda menyuruh Fatimah menjemput Bilal masuk.Bilal masuk dan duduk di sisi Rasullullah dan memandang Rasullullah dengan penuh linangan airmata.
Kemudian baginda bersabda,"aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku"

Lalu bila keluar menuju masjid sambil airmatanya semakin deras mengalir dan kesedihannya tidak bisa ditahan lagi. Bilal menyampaikan pesanan Rasullullah kepada Abu Bakar r.a supaya menjadi imam. Pesanan ini pula menjadikan Abu Bakar bertambah hiba. Beliau cuba berdiri untuk menjadi imam, tetapi bila memandang ke tempat yang Rasullullah selalu berdiri, tetapi pada saat itu kosong ketiadaan Rasullullah, lalu Abu Bakar menangis terisak isak dengan suara yang agak kuat. Beliau tidak mampu membendung kesedihannya lagi. Lalu beliau menangis dengan suara yang kuat dan akhirnya pengsan.

Suasana di dalam masjid menjadi hiba dan penuh dengan isak tangis, menjadi bising sehingga terdengar kepada Rasullullah s.a.w.Lalu baginda bertanya,: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab, suara kesedihan dan kebinggungan kerana Rasullullah tidak ada bersama mereka.

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.” Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku?

Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?

Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.


Kesedihan Para Sahabat

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Lalu Mu'az pun menuju ke makam Rasullullah.

Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, sebagai muazzin Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yakni orang yang begitu penting dan rapat dengan baginda, berasa begitu sedih dengan pemergian baginda sehinggakan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh tidak lagi mampu melaungkan azan sepertimana selalunya beliau melaungkan azan untuk baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Maka, semenjak daripada pemergian baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallamitu, suara emas Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh tidak lagi kedengaran melaungkan azan di Madinah.


Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh kemudiannya telah berpindah ke Syam.

Sehinggalah pada satu ketika, Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh bermimpi bertemu Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang mengisyaratkan kepada Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh untuk menziarahi baginda (yakni, menziarahi makam baginda). Maka, berangkatlah Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh ke Madinah.


Sampai di Madinah, maka Bila bin Rabah radhiyallahu ‘anh bertemu dengan para Sahabat yang lain. Para Sahabat, apabila melihat kehadiran Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh, lantas meminta beliau untuk melaungkan azan. Namun, permintaan Sayyiduna Abu Bakr as-Siddiq radhiyallahu ‘anh, juga permintaan Sayyiduna Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anh, agar Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh melaungkan azan terpaksa ditolak. Para Sahabat sangat mengerti, Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh begitu sedih sehingga tidak lagi mampu melaungkan azan sepertimana beliau sering melaungkannya untuk Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.


Kemudian, datanglah dua permata baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, Sayyiduna Hassan radhiyallahu ‘anh dan Sayyiduna Husin radhiyallahu ‘anh bertemu dengan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh. Betapa gembira dan senangnya Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anhapabila bertemu dengan dua cucu kesayangan Rasulullahsallallahu ‘alayhi wasallam itu, lantas dipeluknya mereka erat-erat. Tiba-tiba Hassan dan Husin radhiyallahu ‘anhuma meminta Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh untuk melaungkan azan sepertimana beliau selalu melaungkannya untuk nenda mereka. Itulah permintaan yang cukup besar. Permintaan tersebut tidak sanggup ditolak oleh Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, kerana itu permintaan daripada dua orang cucu yang sangat disayangi dan dikasihi oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, lantas mereka berdua turut dikasihi dan disayangi oleh semua Sahabat.


Maka, buat pertama kalinya semenjak pemergian baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, suara emas Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh kembali melaungkan azan di bumi Madinah. Apabila terdengar sahaja laungan azan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, seluruh penduduk Madinah – lelaki dan perempuan – keluar daripada rumah masing-masing. Mereka menyangkakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah kembali, kerana kerinduan mereka terhadap baginda sehingga apabila terdengar azan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anhyang menggamit memori itu mereka menyangka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sudah hidup kembali.


Apabila sudah menyedari hal sebenarnya, maka seluruh penduduk Madinah menangis. Mereka menangis kerana terlalu rindu akan baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Laungan azan daripada suara emas Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh menghadirkan semula kenangan dan memori-memori mereka bersama baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Maka, dikatakan bahawa tidak pernah kedengaran suara tangisan yang lebih kuat di Madinah melainkan pada hari itu! Itulah tangisan para Sahabat yang begitu mencintai Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam!

Sejauh manakah kerinduan dan kecintaan kita kepada baginda?



Sunday, October 23, 2011

what more could i have ask for?

aura-aura gembira dan bahagia menyerbu ke dalam diri.
apa mungkin kerana umur puluh makin bertambah nilai.
meninggalkan jejak-jejak umur belasan yang penuh pancaroba.

i know someone would laugh at me when he's reading this entry!
amirul! don't laugh at me okay!
even i know you are missing me.haha
akak will not going anywhere :)
pray for my result and jumpa amirul and sofea kat madinah

p/s : jangan buli sofea tau! tunggu kite buli sofea sama-sama! hoho

i'm still waiting for the meeting with great people.
somehow i've meet a few nice people here and there.

sungguh hidup ini dipengaruhi oleh nilai-nilai di sekeliling kita.
i'm glad to have great, awesome and cool people around me.
what more could i have ask for?

i refuse to give up
i refuse to give in
because you wouldn't let me
thank you mr super cool

currently being annoyed by amirul with great food in madinah!
grrrrr. i'll grab you one day soon!

Thursday, October 20, 2011

re-post : kau gagah

you're just such a great people
never let yourself down

Allah knows best

"kalau kau sudah sampai sini maknanya kau boleh pergi jauh lagi"
-johan champ radzi-




edit sikit lepas baca post johan.lalala
malam bermotivasi agar hidup penuh prestasi.ehe
pantai timur yang melambai.wee
ucap selamat malam semua!
may Allah bless

Wednesday, October 19, 2011

baby comey

kenapa selalu lepas update blog dengan entry yang panjang mesti rasa macam ayat tunggang terbalik? tapi malas nak edit balik. buat-buat faham je boleh? keke.

nak tahu kenapa saya suka cakap perkara-perkara yang comel?
kadang-kadang bagus jugak menjadikan diri kita comel.
sebab kalau nak ikutkan terlampau banyak perkara yang tak comel.
buat-buat comel pun boleh la kan.hehe



ni baby sea lion yang main guling-guling dalam snow
twin! i nak guling-guling macam ni!


cuba sesekali baring kt sofa ruang tamu macam ni. confirm kena lanyak dengan adik si kecik

hahahaha, ini sangat innocent *hape font kena hyperlink. okay abaikan

haaa, tengok! mak dia yang garang pun bila buat-buat comel pun nampak cool jugak!


sebenarnya mendalam makna yang nak disampaikan ni.
sometimes life is so hard.
and sometimes we're not a superman
yang macam hebat boleh buat macam-macam
yeah, kita still manusia yang banyak kelemahan
jadi jangan pernah rasa kecewa atau lemah
take it easy, berlapang dada lah, bertenang lah.
pasti ada ruang untukmu
pasti ada yang lebih baik untukmu

lebih usaha, lebih pahala bukan?

tapi tak pernah salah memasang cita-cita
membina impian
pasang dan bina dengan sebaiknya
merancang dengan back-up plan nya sekali
bersiap sedia dengan kemungkinan yang datang
biar sempurna perancangan dan impian kita
bukan semangat untuk berjaya semata
tapi bersedia menghadapi kegagalan dan kekecewaan juga
apa pun semua itu milik Dia
padanya juga kita akan kembali

tiada yang mustahil bagi Dia untuk kurniakan segala
mintalah apa pun.
yang penting kita perlu minta.
ini solat pun berlengah-lengah.
doa pun mahu yang ringkas-ringkas.
adoyai

apa yang pasti
yang hak milik mutlak kita
cuma amal-amal kebaikan
yang kita laksanakan dengan dibantu oleh 'alat-alat' yang dipinjamkan Allah

dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk beribadah
dikurniakan keluarga untuk beramal bakti
dikurniakan sahabat handai untuk saling menyokong teguh di jalan-Nya
dikurniakan harta untuk melabur di pada jalan kebaikan

atau mungkin sahaja untuk melihat setakat mana tamaknya kita pada harta yang hanya pinjaman semata. sanggupkah kita berkorban dengan harta yang sementara ini.
mabuk dengan dunia atau sedar semua itu hanya pinjaman yang sebenarnya menjadi medium dan alat bantuan kita mengumpul amal bakti untuk saham akhirat

wah! akhirnya ada entry yang matang.keke
ehe may Allah bless

wallahu 'alam





small ideas

well yeah a long period of holiday sometimes may kill us.ehe
especially when it's the only you stay in the house.
sometimes it may sounds scary too.

then ehe something come across my mind.
al-wajibat aksar minal auqat.
which means the works or tasks to be done is more than the time provided
ehe. so? dear darling, come on!

for now, my newborn little kitty just have been eaten. *sigh

mula2 tiga ekor. sekor mati mak dia makan.
sekor lagi mati abg tiri dia makan. sbb lapar sgt. org bg whiskas tanak. nak ikan jugak.
gedik.hape dia ingt adik tiri dia tu ikan jugak ke. kejam punye abg.
then yg last tadi mak dia angkut bawak gi mana tah.then mak dia nyanyuk tak ingt letak mana.
tengok2 ade kesan darah je tinggal. gile ngeri. mcm kes pembunuhan

that's how the cat's owner being sad.

somehow, what i love the most about holiday is i can do something creative!
i got the time and space much!
perhaps cooking, baking and decorating something.
yeah, girls stuff.
besides being enough with going out with some friends
commonly window shopping while chit chatting updating the 'ummah' issue
unfortunately most of them currently are busy with test, exams, and studies.
so nothing much i can do except being at home doing all the house chores
anyway, while waiting for them this holiday i've planned something 'green' with this coming girls day out.hehe
lets explore something new!

bila nak 'lepak' lagi ni?


i'm currently browsing some recipe.
listing out the 'potential recipe'
well, memang masak tiap hari but doing something new kan macam awesome.keke
then akan dikomen oleh my dad. heee
well, my mom do not encourage much in cooking except for healthy recipe
she's worry too much in blood pressure, glucose level, cholesterol level, etc

well here i've put some ideas to be done. heee


guess what she's doing with the cloth

cabut pintu almari kejap and put the cloth on

yeah new colour for the almari baju! kalau macam ni tiap tahun tukar colour pun boleh. keke

this would be my mom favourite spot. she'll love it and plant all her herbs there. maybe my bro can do this. hak rumput and pokok-pokok kecik kat belakang umah yang tak comel tu boleh la buang

dah lama nak cari something which i can put all the accessories. lagi-lagi lately ni banyak orang menghasut beli earings yang gantung kat tudung tu. bila nak pakai dah jenuh nak mencari dalam box. sangat tak efficient. so this could be nice kan?


have a closer look. mana-mana cermin yang pecah tu boleh amek frame dia then buat macam ni. kalau base dia alas dengan span yang nipis tu pun ok. then alas dengan apa-apa fabrik yang macam comel. kan? kan? bukan susah sangat pun then lekat pakai stapler gabak tu. ke pakai hot glue gum pun boleh

well for this, as usually i don't sleep in dark room. at least boleh nampak muka. ehe sebenarnya selalu tidur lewat, buat kerja baca buku and apa-apa kerja la then selalu terus tertidur. besides rasa macam calm je kan buat kerja mood macam ni.keke. but selalu beli table lamp kadang-kadang patah la, koyak la, and the bulb of course senang je nak beli lagi kat kedai. why not amek mana-mana plastik basket, perhaps tong sampah plastik yang colourful tu pun boleh kot.ehe. macam comel jugak ape. kan? kan?

the ideas are from http://www.ikeahackers.net/

cuti masih tidak membawa mood untuk berblogging tajuk yang matang-matang lagi.
i've got some request for the topics.ehe
later boleh?
i need to arrange the points.keke

may Allah bless.






 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords