Tuesday, December 25, 2012

virus lagha

Semakin hari hidup saya semakin sibuk. Semakin tidak punya masa untuk berada di alam maya. Dahulu mungkin saya sesekali rasa gian untuk update di sana sini (baca : FB, twitter, blog) tapi kini tidak lagi. Hormon yang dahulu melompat-lompat kini sudah dilatih untuk lebih bersopan dan beradab. Menyusun tugas mengikut prioriti, bukan nafsu atau kehendak hati.

Minda dan jiwa saya dilatih untuk lebih banyak menghabiskan waktu di rumah bersama keluarga, bersama mak di dapur atau keluar ke sana sini sambil bergelak ketawa menghiburkan hati, bersama ayah dalam borak-borak santai atau berdiskusi panjang lebar. Kewajipan saya terhadap keluarga lebih besar dari kewajipan berada di hadapan internet. Kewajipan di kampus juga lebih besar dari menghabiskan masa di depan komputer riba.

Dahulu mungkin saya rajin mengintai orang di sana sini hingga mampu menjadi stalker terhebat tapi tidak lagi sekarang. Proses menghapuskan virus lagha dalam diri sedang giat dijalankan. Oh ya, kerana saya memikirkan saya yang semakin tua dimamah usia. Eceh. Juga banyak tugas yang memerlukan perhatian serius berbanding cuma melayan nafsu dan kehendak hati. Saya juga ehem ehem sering menjalankan aktiviti me-remove dan unfollow orang-orang yang tidak membantu dalam proses menghapuskan virus lagha ini. Maka janganlah menyangka saya sudah mewujudkan perang dingin kepada sesiapa yang di-remove atau unfollow itu tetapi itu adalah sebahagian dari proses menjauhi dan menghapuskan virus lagha. Mungkin kerana awak terlalu manis hingga saya boleh dijangkiti kencing manis atau mungkin juga awak menjadi pembasah gusi yang tegar hingga tak mampu mengeringkan gusi saya.

Kadang-kadang perkara yang harus seperti menjatuhkan rahang di depan katalog buku-buku atau jubah atau tudung selendang yang nampaknya tidak menyalahi mana-mana hukum syarak tetapi jika melebihi waktu yang normal atau menyebabkan gian sehingga men-jogetkan diri saya kira itu sudah lagha.

Dahulu saya ada letak beberapa kenalan di facebook sebagai 'close friend'. Segala update atau share dari mereka akan di-inform melalui notification. Malangnya saya jadi sedikit stress kerana terlalu banyak notification dari mereka. Oh kawan, awak memang takde kerja lain kah? Untuk mengelakkan rasa prasangka buruk begini saya pun remove 'close friend' dari profile dia. Muehe!

Orang kata hidup ini penuh cabaran. Nak capai pada impian dan cita-cita juga banyak halangannya. Jadi ini sebahagian dari halangan di sepanjang perjalanan mencapai impian hidup saya. Setakat nak buang halangan yang datang dari social media dan internet ni bukanlah masalah besar sangat ye dok? Muehe.

Saya nak bersihkan diri dari lagha kerana saya nak Allah sayang saya!
Moga Allah makin sayang.

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords