Monday, June 10, 2013

begitu cinta kita

Seorang sahabat Rasulullah SAW, Rabiah bin Kaab namanya.  Beliau berkongsi pengalaman ketika bermalam bersama junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW pada suatu malam.
“ Diwaktu malam, aku menghampiri Rasulullah SAW dengan menghantarkan air wudhu dan beberapa keperluan yang lain.”
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepada ku dengan penuh lemah lembut :
“ Apa yang engkau cita-citakan, wahai Rabiah?,”
Rabiah membalas dengan penuh penghormatan :
“ Aku ingin menemanimu di Syurga!,”
Rasululllah SAW bertanya lagi :
“ Selain itu, wahai Rabiah?,”
Rabiah menjawab :
“ Sama sahaja Ya Rasulullah, aku hanya ingin menemanimu di Syurga.”
Rasulullah SAW dengan wajah yang tenang mengatakan :
“ Jika demikian, bantulah aku untuk mewujudkan apa yang engkau inginkan itu dengan memperbanyakan sujud.”
( Hadis Riwayat Muslim)


"Weh, kenapa sedih, kita janji nak jumpa kat syurga balik kan?"
Begitu cinta kita.

gagahlah wahai cinta hatiku

kita bertemu sejak kita cuma segumpal darah.
bertemu saban minggu dalam halaqah.
disiplin dalam mutabaah.
semua itu mengalir dalam tubuh ibarat darah.

dihantar ke bumi basah penuh tarbiyah.
dengan harapan tinggi menjadi hamba dan khalifah.

kita bertemu menyemai ukhwah.
segala khilaf dibincang dalam halaqah.
dan hubungan kita bukan cuma kerana mahabbah.
tetapi kerana perjuangan menjulang dua kalimah.

harta, pangkat, rupa tak pernah membezakan kita.
kerana yakin taqwa penentu segala.
dengkinya hati bila terlepas qiamulail, tilawah, i'adah
sampai sanggup bersengkang mata berhirasah.

sampai satu saat.
lama kau peluk hangat.

bumi basah itu perlu ditinggalkan.
demi menyahut seruan perjuangan.

bukan mudah menghadapi mehnah.
semua perkara perlu dilaksanakan penuh hikmah.

aku tahu ada kala kita lemah.
tapi tak bermakna kita menyerah.

kita bertemu sesekali dalam muktamar dan daurah.
buku nota corak kartun itu kita catatkan segala muzakarah.

episod fikrah berkembang ke episod harakah.
berbezanya maksud lughah pasti berbeza maksud istilah.

amal kita bukan cuma pada catatan buku nota kartun.
tapi gagah pada langkah yang dihayun.

gagahlah wahai cinta hatiku.
kita semakin menghampiri hari itu.
moga kita menyumbang sesuatu.
untuk menunaikan janji kita kembali ke kampung yang satu.

gagahlah wahai cinta hatiku.
gagahlah.

tegas aku membisik doa saban waktu untuk kamu cinta hatiku.



hari-hari terakhir

dahulu.
hari-hari terakhir di bumi itu.
tak pernah diucap salam perpisahan.
yang ada cuma salam perjuangan.

selamat ke medan amal.
bersama janji padu.
kembali bertemu di kampung yang satu.

kita tak pernah berpisah.
kita cuma melaksanakan tugas.
jundi gagah tak pernah culas.

aku rindukan kalian.
semoga saling menggagah.



tak pernah lelah cuma melepas gundah

mungkin aku patut patah balik.
tidak.

nafas perjuangan ini mengalir sejak aku cuma segumpal darah.
bagaimana mungkin aku berpaling arah.

ya.
aku pejuang.

untuk apa dididik penuh basah.
kalau bukan untuk berjuang gagah.

mungkin hari ini aku di bawah.
tapi bukan bermakna kalah.

tak pernah lelah.
cuma melepas gundah.

kejayaan hakiki hanya cuma satu.
berhimpun kembali di situ.
kampung kita.

dan hidup ini cuma dua jari.
cuma selang azan dan iqamat.
biar tersungkur lari.
biar mulia tamat.

aku genggam.
aku hadam.
biar teguh.
tanpa rapuh.




Monday, June 3, 2013

lain.

sesuatu yang disemai sejak dalam kandungan.
dididik dengan cara yang lain dari orang lain.
basah dalam lubuk di bumi tarbiyah.

15 tahun paling kurang di bumi itu.
disemai, diasah, diuji.
menjadi darah daging.
berhembus pada setiap helaan nafas.

tapi.
tak pernah terkecuali dari diuji.
juga jatuh dan menangis.
juga lemah dan sering ditegur.

perspektif kita mungkin berbeza.
tapi tidak pernah memisahkan.
tidak pernah sesekali.

kerana yang menghubungkan kita bukanlah jemaah ini atau keluarga besar ini.
tetapi dua lafaz suci kita saban hari.

moga jannah tempat bertemu kembali.



cinta di atas segala cinta

"The kind of feeling when everything you’re used to has been ripped away. Like there’s no more gravity, and I’m left to drift in outer space with no idea where I’m going."
Sputnik Sweetheart

I fall a lot. I cry too much. But later i found pain is always inevitable and suffering is optional. I choose not to suffer anymore. I should not ever turn back. Always believe in Allah's love. There're just so much to explore, so much thing to be grateful. It's not the end of everything. 
Melatih diri untuk memaafkan. Mengenang yang pahit hanya akan menjadikan sesuatu itu makin pahit. Redha. Yakin. Semua ini rancangan Allah yang terbaik untuk kita. 

Melihat ke hadapan dengan positif.
Doa.
Yakin.
Pasti semuanya yang terbaik.

"Hope, however, is limited, and generally abstract, while there are countless trials, and they tend to be concrete."
1Q84

Keikhlasan.
Kesetiaan.
Terbukti hanya bila diuji.

Terus teguh dan yakini pelangi yang indah di hujungnya.

Dan alhamdulillah. Dia beri aku sesuatu yang tak mampu aku ungkapkan melainkan merasakan hadirnya Dia dalam setiap denyut nafasku kerana Dia dengar setiap satu rintihan hati ini. 

"Apa awak buat lepas tu?"
"Sempurnakan maratib amal, sempurnakan tanggungjawap yang tergalas dan menjadikan diri terlalu sibuk dengan itu semua"
"Bahagia?"
"Ada masa jatuh lagi dan kadang lebih teruk tangisnya cuma cuba memaknakan lagi lafaz saban hari sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untuk-Mu"
"Dan dia hadir?"
Senyum.

Saat mula mengerti bahagia yang dicari bukanlah bahagia di hati milik sesiapa. Tetapi bahagia saat hadirnya cinta yang sejati. Cinta di atas segala cinta. Saat itu lengkaplah cinta di hati ini dan tak perlukan cinta yang lain.

"Syukur dan pujilah nama tuhanMU, kamu cuma diuji dan tidak dipalingkan. Biar perit seribu tahun pun diuji asal jangan dibalikkan hati ini dari petunjuk dan cahaya-Nya"



 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords