Warming up the brain.ulalala.
Jom review kisah zaman otai-otai dulu.
Saya mula join aktiviti lasak secara serius adalah pada darjah4.
Semua pelajar tahap dua akan ada camping 10 kali setahun.
Which are 9 kali di padang sekolah and lagi satu camping tahunan.
Camping tahunan, darjah4 di hutan and
batch saya dapat di taman pertanian bukit cherakah sh.alam
Darjah 5 di sungai tua.
Darjah 6 di pulau pangkor.
Form 1 kat padang sekolah tapi explorace satu Bandar kuala Selangor, yang dia bagi duit tambang untuk pergi je tambang balik kena cari duit sendiri kat Bandar tu, tolong jual goring pisang, tolong cuci pinggan.
Form2 kat hutan rimba komanwel rawang yang ada main game perang-perang kul 2pagi!
Cikgu kejut senyap-senyap memang bajet cam musuh real datang. Lawan pakai belon air and plastic ada isi tepung and air *mixture of nak buat cekodok
Form 3 kat sawit estate tapi ada sembelih ayam
Form 4 kat hutan dusun apa tah tapi kena sembelih kambing.
Form 4 skola baru kat sungkai, takde pape sangat tapi ada flying fox yang macam nak bunuh diri
Form 5 dah jadi wanita sejati >_<
Lepas SPM join kem sebulan yang 2 kali seminggu masuk hutan mandi lumpur selut segala bagai.
Semua camping ni pakai khemah A frame yang canvas biru oren tu.
Memang dah pakar ketuk pancang yang besar lengan tu.
Tegak tiang khemah.
Segala jenis masakan camping hutan-hutan ni dah pro dah.
Masak pakai kayu api okeyy.bukan gas.
Sampai ada sekali camping komander,
Kitorang dah tak masak dah makanan-makanan hutan ni.
Guess what kitorang masak breakfast pancake.
Nasi lemak.
Air sirap limau.
Tak main dah brahim, sardine bagai.
Time kem komander datang visit dia surprise gila tengok kitorg.hehe
Pernah time jambori bila entah. Yang kat gunung belumut johor tak silap.
Kitorg ada dodol and kuih raya.
Serius tak bleh bla.haha
And rasanya kisah paling tragis sepanjang camping ni time camping darjah 6 and camping kursus komander.
Camping darjah 6 kat teluk segadas pangkor.
Before sampai camp site dah kena trekking dulu.
Rupanya camp site tu navy punya.
Takde toilet. Just ada sungai and laut je.
Pandai-pandai la korek tanah sendiri kat celah-celah semak kalau nak membuang tu.huhu
Best sangat!
Trekking dia paling tak boleh bla.
Nak jadi kisah kitorg tengah mendaki bukit beramai-ramai time tu.
Kalau dah kat area bukit mana boleh nak gather ramai orang in one time.
So the first two group which are mine kena move forward.
Tengok-tengok belakang dah takde orang.
Memang hebat aku merentas hutan ni kannn.
Dengan group tu takde cikgu.
Satu lagi group laki yang bajet poyo tak nak gerak dengan kitorg.
Actly memang derg saingan kitorg.
So tinggal la 11 orang gadis comel kesesatan dalam hutan.
Semua pun bajet berani nak redah hutan sendiri.
Eceh. Lepas discuss nak wat decision cane,
Kirorg decide utk cari sungai then nanti jumpa la muara sungai so boleh la
Jalan di pesisir pantai sampai jumpa camp site.
Jalan punya jalan.
Mula-mula saya berada di depan bajet cam renjer hutan la konon.
Tebas hutan and buat laluan utk bdk group.
Dah tengah-tengah jalan, saya kena jaga belakang sebab ada sorg member ni lemah sikit
Kena banyak tolong dia.
Then jalan lagi.
Tiba-tiba ada satu part ni semua orang jalan itik.
Saya pun curious kenapa semua jalan itik
And bergerak takde bunyi langsung!
Guess what, atas kepala kitorg ada ular!
Ular besar lengan ada kot.
Time tu jantung dah hilang kot.
Takde nak nervous lagi dah.
Dah memang jantung dah gugur time tu.
dah la to be continue~
haha.malas nak type panjang sgt kisah.ngee