Thursday, August 25, 2011
my integration.
proses pengawalan hormon gedik aktif.
Wednesday, August 24, 2011
leave or stay?
Tuesday, August 23, 2011
kisah semalam.
the love : pernikahan itu.
lagi dari myilham :)
Malam tadi berbincang satu topik dengan isteri. Sambil menikmati jus tembikai di Gourmet ( sebuah kedai jus buah di Irbid ) dan menikmati detik-detik yang ada sebelum berpantang – dia menimbulkan satu persoala
n yang agak menarik untuk difikirkan. Bagaimana untuk meyakinkan orang bahawa berkahwin tanpa bercinta itu tidak terdedah kepada risiko berupa penyesalan, berubah hati, jatuh hati pada orang lain dan sebagainya.
Logiknya, membuat keputusan tanpa ada rasa cinta itu suatu yang berat untuk diterima, lebih-lebih lagi di zaman ini. Kalau boleh, biarlah betul-betul kenal luar dan dalam, ada hubungan dulu untuk beberapa lama. Setelah beroleh ketetapan hati barulah berkahwin. Kalau tanpa kenal mendalam dan tanpa timbul rasa cinta, agak mustahil untuk bernikah seperti praktikalnya generasi datuk nenek kita dahulu.
Lalu pada saya, sebenarnya orang berkahwin itu boleh dikategorikan kepada dua.
Pertama : Orang yang berkahwin kerana mahukan si dia
Mereka bercinta, mereka saling memerlukan, mereka yakin dengan kasih sayang dan kesetiaan masing-masing lalu mereka simpulkan kesemua itu dalam ikatan perkahwinan. Pada si lelaki, tidak ada lagi wanita lain dalam hidupnya. Dari zaman bercouple lagi, wanita itulah satu-satunya insan yang dia sayang dan berikan kesetiaan. Janji-janji untuk sehidup semati tidak pernah jemu dilafazkan.
Kedua : Orang yang berkahwin kerana agama
Lebih tepat, dia memang berkahwin kerana mahukan perkahwinan itu sendiri. Dia mahu menjaga diri, maruah dan agamanya dari terjebak dengan dosa. Dalam masa yang sama, dia tidak bermain cinta dengan sesiapa, dan bakal isterinya juga tidak dikenali sebagaimana layaknya orang bercinta. Dia bertekad untuk bercinta selepas berkahwin.
KEUNTUNGAN
Di sekeliling kita, filem, drama dan novel semuanya menggambarkan bahawa situasi pert
ama lebih memberi keuntungan untuk kebahagiaan masa hadapan. Mulakan dengan cinta dan berkahwin kerana cinta. Itu yang ditonjolkan sebagai jaminan kebahagiaan sampai tua.
Adapun situasi kedua, kerapkali dimomokkan dengan kemungkinan-kemungkinan buruk. Contohnya, si isteri nanti terpaksa memendam rasa apabila si suami tidak mencintainya, ataupun rasa cinta si suami lambat untuk timbul. Begitu juga sebaliknya. Berkahwin kerana bukan mahukan dia, tetapi kerana mahu mengelak dari terjebak dengan dosa. Lalu dia menjadi kambing hitam dalam perkahwinan. Sudahnya, digambarkan keadaan yang berakhir dengan penderitaan ataupun penindasan.
Akhirnya, situasi kedua tidak menjadi pilihan dan situasi pertama terus menerus dijadikan amalan.
HAKIKAT NIKAH
Sebenarnya, sekali pandang memanglah nampaknya berkahwin dengan cinta atau berkahwin kerana mahu dapatkan si dia itu seolah lebih relevan. Tetapi sebenarnya tidak. Kadang kala, keindahan itu mainan syaitan yang mengaburi pandangan mata hati kita. Bukan bermaksud tidak boleh berkahwin kerana cintakan si dia, tetapi tidak boleh berkahwin semata-mata kerana mahukan dia dan mengenepikan aspek-aspek lain terutama agama. Begitu juga, tidak boleh bermain cinta sebelum berkahwin kerana ia dilarang oleh agama.
Pilihan terbaik adalah bercinta selepas berkahwin.
Saya akui, masih ramai yang tidak yakin dengan cinta selepas kahwin, ataupun berkahwin semata-mata agama dan bukan atas dasar cinta mencintai. Tetapi hakikatnya, itulah pilihan yang paling baik. Bagaimana?
Anda menikahi dia kerana satu sebab yang jelas, iaitu mendahulukan agama. Bermakna, anda menikahi dia kerana agama dalam dirinya, dan anda yakin bahawa kerana agama itu anda akan beroleh bahagia. Begitu juga dengan dia. Maka perkahwinan anda itu adalah di atas titik yang jelas. Setelah bernikah, barulah masing-ma
sing mendalami pasangan. Dari situlah, semakin lama semakin timbul rasa cinta.
Banyak cinta sejati, lahirnya dari tanggungjawab.
Banyak cinta sejati, lahirnya dari rasa hormat.
Banyak cinta sejati, lahirnya dari pengorbanan.
Kesemua proses itu berlaku di alam rumahtangga. Ia tidak berlaku di alam percintaan yang penuh riang ria.
Maka rasa cinta itu hadir dengan proses yang bersih dan suci, tanpa sedikit pun terpalit dosa. Dari situlah lahirnya rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
RISIKO
Pernikahan mana yang tidak ada risiko? Perkahwinan mana yang tidak bertemu susah dan payah?
Kalau risiko hati akan beralih arah, situasi pertama dan kedua mempunyai potensi yang sama
. Tetapi kelebihan lebih berpihak kepada situasi kedua, kerana mereka mengikat kebahagiaan itu dengan redha Allah. Mereka mendahulukan agama dan kepentingannya berbanding diri masing-masing. Justeru kalau bahagia mereka bersyukur dan kalau ditimpa susah mereka bersabar.
Namun kalau nikah hanya semata-mata rasa cinta atau pemujaan kepada si dia, berkemungkinan perasaan itu makin lama makin menghilang, apatah lagi jika tidak ditambat dengan pergantungan kepada Allah. Apatah lagi jika tidak memberi ruang dan keutamaan untuk agama. Jika nikah hanya disandarkan kepada rasa cinta semata-mata, maka lebih mudahlah pernikahan itu diganggu gugat oleh syaitan dan sekutunya.
NIKAHLAH KERANA AGAMA
Saya akui, salah satu cabaran paling besar bagi orang yang mahu bernikah kerana agama, ata
u bercinta selepas berkahwin ini, adalah dugaan dan cabaran di awal-awal pernikahan. Mereka akan berhadapan dengan beberapa keadaan rumit dalam proses mengenali antara satu sama lain. Tetapi kebiasaannya, pasangan seperti ini dapat mendepani cabaran tersebut dengan penuh kesabaran dan ketabahan, meskipun masing-masing belum merasa cinta antara satu sama lain. Tetapi mereka membina rasa itu dengan penuh taqwa. Mereka kembali kepada matlamat dan tujuan mereka berkahwin kerana Allah, demi agama, dan bukannya untuk memuja manusia.
Lalu niat dan tekad itu menjadi benteng daripada serangan syaitan, yang sememangnya mahu meruntuhkan rumahtangga mereka.
Adapun pasangan yang bernikah hanya kerana rasa mahu memiliki dan didorong oleh perasaan yang dinamakan cinta, maka cabaran di hari-hari awal perkahwinan kebiasaannya sukar ditempuhi dengan baik. Masing-masing cenderung menyalahkan antara satu sama lain. Lebih parah, apabila ‘warna’ sebenar pasangan masing-masing
mula kelihatan selepas bergelar suami atau isteri. Segala yang indah sangat cepat menjadi pudar.
Maka bernikahlah atas dasar agama.
Jika menikah atas dasar agama dengan orang yang sudah dikenali atau dicintai, maka itu boleh dianggap bonus.
Tetapi jika tidak dikenali atau belum dicintai, usah khuatir kerana jika agama menjadi pilihan, in
syaAllah perasaan cinta itu akan hadir selepas anda bernikah nanti, kerana sesungguhnya yang memberi cinta itu adalah DIA dan bukannya dia.
berapa ramai antara kita yang fikir soal ni?
the love paradigm : cantik pada pandangan lelaki
Alhamdulillah, praise HIM the most for all this busy life.
rushing here and there.
sesekali 'mengaum' kegeraman >.<
jom share from myilham. :)
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.
Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.
Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.
Tetapi awas.
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.
Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.
Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.
Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.
Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.
Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.
Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.
Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.
Kerana apa?
Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.
Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.
CANTIK
Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.
Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?
Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.
Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.
Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.
Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.
Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.
Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.
Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.
MATANG
Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.
Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.
Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.
Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.
Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.
Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!
so macam mana kawan-kawan?
Sunday, August 21, 2011
aqsa the love and fight.
Saturday, August 20, 2011
gula+manis terlebih?
days to go.
Monday, August 15, 2011
miss cool.
yang dilihat.
Sunday, August 14, 2011
bunga dan gula-gula.
nikmatnya sampai ke mimpi.
Saturday, August 13, 2011
random.
something missing.
Friday, August 12, 2011
muhasabah cinta.
Demikianlah Ramadhan dan kejayaan silam.
Masihkah Muslim dan Ramadhan intim dalam hubungan gilang-gemilang itu?
Bagaimana Ramadhan semalam dan bagaimana pula Ramadhan hari ini?
Masihkah Ramadhan itu suatu latihan dan proses Rabbani, atau hanya adat di limpahan nikmat?
hanya dengan jiwa membara.
Wednesday, August 10, 2011
yeah. itu betul.
tolong.
only HIM.
Dan Dia memujukku melalui kalam seorang teman. Kata sahabatku, dunia itu memang penjara buat orang mukmin, maka tetaplah istiqamah dalam ketaatan meski kehidupan dunia menghimpit dan menyakitimu. Dan andai diberikan kebahagiaan, tambahkanlah ketaatan dengan kesyukuran.
Monday, August 8, 2011
tampal kat dahi!
alamak jangan tumbang.
Sunday, August 7, 2011
that's what we called hira'-ish
Saturday, August 6, 2011
pack.packing!
ayat cilok.
Wednesday, August 3, 2011
badak berendam yang comel.
tadi ada orang jual murtabak ala hindustan siap sound effect.
tukang buat murtabak pasang lagu hindustan dan menari.
lepas tu jumpa badak berendam.
macam comel.
bila makan rasa sangat comel.
sila lah google sendiri.haha
sila mensyukuri nikmat kuih-muih melayu.
ada orang buat saya tersenyum tak sudah :)
tadi abah text,
"how's your ramadhan?"
jawap jangan tak jawap.
Tuesday, August 2, 2011
i'm crying for a man.
Monday, August 1, 2011
the constant addiction.
patchs and parts.
ganas+rock?
loving?
Hape tibe-tibe ade mood nak tulis pasal ni.
For me, couple yang hak gatal-gatal gedik mengade is nonsense
Kalau nak couple niat betul-betul nak kawin
Or is not called coupling
It’s a process towards the marriage
And the process tak perlu kot nak bersayang abang, baby, manja bagai
No need to be a sweet talker. Guys, watch out!
Just be yourself.
Tak payah nak pretending.
All the fake smile, fake act, fake words. Annoying tahu!
Yeah maybe sebab I ada ramai adik lelaki so I’m armed with boys.
Dah tahu dah perangai lelaki.
Kalau betul nak pretending so romantic bulu meremang tu janji buat sampai mati.
Boleh?
Nak sangat kan?
Just be yourself la.
Show that you’re smart, honest.
Bukan show that you’re gatal.
Kalau dah plan nak kawin lagi 7,8 tahun relax-relax la dulu
Tak payah nak act macam tak sabar gila.
Cool-cool kan diri.
Cari distraction.
Lagi gedik, memang lagi nafsu bermaharalela lah.
Kalau dah lagi 2,3 tahun tu boleh la plan elok-elok
Nak kumpul duit, jumpa parents.
Tak perlu kot nak bergayut 24 hours.
Memang seronok setan sebelah tu.
Macam dah kawin nak cakap 24hours
Macam dah kawin time working hours nak text wife.
Awal-awal yela kot.
Dah masuk umur 40,50 nak text lagi?
Especially man.
I hate man yang gedik mengada before kawin. Nak manja is just like nak mintak terajang.
Dosa lagi susah woi nak handle. Sabor sikit.
Tak cool la lelaki camtu.
Serious tak cool.
Hape lelaki ni berani gila nak lawan hukum tuhan.
Memang lelaki dah banyak pahala sampai sanggup buat dosa.
Memang dah martabat ulama’ bagi janji then menipu
Ayat manis tak boleh bla.
Fake la weh.fake!
Just be yourself.
The true you.
Show that you’re smart and honest.
Bukan nak tunjuk gatal.
Semua orang tahu lelaki ni gatal.
Takyah tunjuk.
Perempuan pun sama.
Tak perlu nak tunjuk manja, gedik.
Memang nature perempuan manja.
So people out there,
Takyah berangan nak cari lelaki yang jiwang meremang
Sebab tu semua dusta semata
It’s actually gatal
Kena bagi buluh sebatang.
Choose nak ketuk diri sendiri or nak gesel belakang badan.haha
Show that you’re smart enough to control your gatal.
Smart enough to show your love without those sweet-fake words
Semua orang boleh karang ayat berbunga la weh.
Macam la kau seorang belajar komponen sastera bahasa melayu.
“I know you choose not to show your feeling it’s not because you’re heartless”
A big yes for you azrein farhana!
I choose to.
Okeyy hilang dah macho =.=
Yes. I’m very realistic.
Someone who actually very serious in her life.
sorry i dont trust in sweet-talker's love.
but you can be my sweet husband.hee