Thursday, April 26, 2012

duhai pendampingku

"Gods never promise you days without pain,
Laughter without sorrow
Sun without rain
But He did promise strength for you everyday"
-Outlandish

Saat ini aku cuma mahu berdamping dengan kalam ayat-ayat cinta.
Tolong ingatkan aku tentang janji Pencipta.
Aku hanya mahu Dia sebanyak-banyaknya.


"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" - Al Baqarah : 155


"Eh hello comel, awak kan komander!" - Omak

"Echot, you have Quran kan?" - Mia

"Laling, no matter how many times we fall down, kita kena jadi hebat di sisi-Nya kerana syurga hanya untuk orang yang hebat. Hebat hati! Hebat iman! Hebat taqwa! Be strong and you know i love you fillah" - Laling

"Echot yang kite kenal semangat dan penuh motivasi. Jangan nipu kite buat perangai cam gini. Kemon echot!" - Kak Amer Bibot

"Nak kena tampor ke akak ni? Siapa lagi lama dalam tarbiyah? Memang nak kena penampor setan gumok ni" - Baby Zaa


Comel kan mereka?
Sebab saya pun comel.
Sebab Allah dah kurniakan banyak benda comel keliling saya.


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" - Ar Rahman

Biarlah yang sedikit itu disyukuri agar ditambah lagi dan lagi. Moga bersama menjadi hamba-Nya yang bersyukur


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka pasti azabku sangat berat" - Ibrahim : 7


"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan pada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sunggu manusia itu sangat zalim dan mengingkari nikmat Allah" - Ibrahim : 34





Sesungguhnya emosi je semua ini! Cis kau emosi.
Duduk comel-comek boleh tak cik emosi?
Please?


Wednesday, April 25, 2012

anak abah

I
"Abah, esyah nak naik pangkat jadi komander tapi kena pergi kursus seminggu boleh?"

"Hurm. Dekat mana?"

"G7. Lumut. Tapi ni extra challenging dari komander muda dulu. Buat rakit pergi pulau and trekking back packers style 3 hari plus hiking, abseiling, outdoor activities lain macam biasa"

"Esyah kan dah besar"

"Hurm. Dah tu kenapa?"

"Bila nak start jadi lemah lembut?"

"Haaa?!"

Jatuh rahang.


II
"Abah, nak beli boot boleh?"

"Boot?"

"Tu yang macam tu", sambil merujuk high cuts boots.



















"Nak jadi rockers ke?"

"Hurm. mana ada rockers. cool apa"

Kepala diusap.


III
"Abah, boring la cuti nak keje la boleh? Makcik ram ajak keje kat taska dia. Pay dia ok jela kot"

"Working hours?"

"7am to 7pm"

"Nak abah hantar?"

"Eheee mesti la nak"

"Okay jangan lambat"

RM120 for one week abah kata it's a wages pay. So kira standard buruh kasar la at a baby's nursery. But see he's glad to see i'm working there.

"Ok kerja?"

"Fuh.pengsan la jugak. Tapi comel sangat"

Abah senyum.

Abah yang lebih banyak mendidik ciri-ciri wanita. Berbanding mak yang lebih mendidik supaya lebih tough dan gagah di hati serta iman. Lalu semalam terjumpa ayat-ayat ini dari saiful islam.com

Gadis semasa ialah gadis hidup di era fitnah dajjal
Justeru zaman memerlukan bukan wanita yang lemah lembut longlai yang jinak
Kita memerlukan gadis semasa yang pemikirannya tajam
Namun tajamnya tidak sampai meluka
Kita memerlukan gadis semasa yang pemikirannya teguh
Tetapi keyakinan dan teguhnya dia tidak sampai taasub
Kita memerlukan gadis semasa yang pembawaannya degil
Tetapi degilnya tidak sampai tidak boleh diajar
Jati dirinya tepat dengan pertimbangan semasa
Kekal di atas neraca Al-Quran dan As Sunnah
Serta fitrah kemanusiaan yang diperkasa!

Lega sedikit hati yang kadang-kadang dilanda dengki pada gadis-gadis melayu lain yang ayu lemah gemalai. Tapi entah kenapa rasa itu bukan diriku dan pasti aku ada misi sendiri dengan pembawakan begini. Kadang-kadang terfikir mungkin sebab mak abah orang engine yang mungkin lebih sempoi dan simple tanpa berbunga segala. Semuanya direct and straight to the point. Tak main toucing bab perasaan segala.

"Hurm, orang nak hadiah birthday. Dah la lambat bagi"

"Ha, mengada betul. Cepat la siap pergi kedai"

Cis. Tak sweet langsung.

"Esyah tak payah nak mengada. Buka hadiah buang juga wrapping dia. Tak yah beli hadiah sweet sangat. Beli yang boleh guna dan pakai. Takat nak buat perhiasan tak payah"

See!

"Hurm, baru nak beli bear"

Somehow most of the time kami sangat cool. Lama-lama tempias juga pada diri sendiri. Malas nak banyak songeh. Masak dengan mak paling lama setengah jam. Shopping dengan abah paling lama sejam. Senang betul hidup. Fokus pada tujuan sesuatu perkara. Kalau masuk kedai yang dah biasa pergi dengan list barang di tangan memang tak pandang kiri kanan. Straight je pergi department berkaitan. Kalau masak tak payah nak belek-belek kulit bawang tu. Basuh pinggan tu tak payah nak geli geleman sangat. Buat je laju-laju.

Sesekali ada juga dibuli dengan adik-adik lelaki yang merangkap body guard ni,

"Esyah, lepak ngan kitorang jom"

"Mana?"

"Tepi lombong. Mancing"

"Hello bro, esya gegirl tak main tepi lombong. Dah la banyak nyamuk. Tanak!"

Well, i guess adik lelaki berdua ini la geng lepak paling best. Bila semua dah berkumpul, seorang yang di utara, seorang yang di selatan, seorang yang di pantai timur mula lah riuh sakan.

Ok fine. Esyah rindu mohsin and amin. Chao!
Gila apa buat ayat geli macam ni untuk derang!
Ok bai.





Tuesday, April 24, 2012

angau rindu

Hari ini hari rindu.

Terkenang hira' yang penuh aura.
Mualim-mualimah yang tak jemu bagi inspirasi tanpa pernah menghalang apa pun yang mula bercambah dari jiwa remaja malah membimbing agar lebih terarah dan berpandu di jalan yang diredhai Allah.

Saya tak pernah nampak jalan penghalang, tak pernah nampak jalan yang susah bila mencurah-curah kata-kata semangat yang mengalir dari mulut mereka.

Ya Allah rindunya!

Ada pipi yang basah dengan air mata mencurah.

Seorang sahabat yang menenangkan dengan kata-kata :

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib; sesetengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa (Iman & amal soleh)".

Pertemuan mata ke mata bukan nilaian kami.
Ada sesuatu yang berbekas di hati biarpun bertahun tidak bersua.
Tanda rindu kita bertaut di dalam doa.
Moga bertemu lagi di syurga


Sunday, April 22, 2012

cahaya

Menghidupkan Al-Quran di dalam hati agar terang sinar cahayanya memandu seluruh kehidupan

"Dan apakah orang yang sudah mati lalu Kami hidupkan dan Kami berikan cahaya yang membuatnya dapat berjalan di tengah-tengah orang banyak, sama dengan orang yang berada dalam kegelapan, sehingga dia tidak dapat keluar dari sana? Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang kafir terhadap apa yang mereka kerjakan"

Al-An'am : 122

Hukhuk. Terasa.
Nangis.

yeay kawin!

Hikhik. Ada orang ajak saya kawin. Eh eh tak bukan. Dia suruh saya berkongsi tentang perkahwinan. Alahai dik, akak ni kawin pun belum. Dia adalah junior saya di SMKA Kuala Selangor merangkap 'anak ikan' saya. Dia hebat tau selaku Timbalan Presiden BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) a.k.a Ketua Muslimah. Masha Allah, dia ni sampai sekarang suka betul merujuk dengan saya. Saya sangka hubungan dengan dia terputus di situ sahaja. Suka betul dia call dan message saya. keke. Rindu lettew!

Oh okay sila abaikan mood yang sedang menggedik-gedik. Then tiba-tiba teringat ada satu buku yang berbincang soal munakahat (perkahwinan) yang dibeli semester lepas. Maka tidak perlulah saya menghurai lebih lanjut pada dia. Oho beli buku ni pun dalam keadaan bersembunyi kerana takut hilang macho. Keke. Tak main la kan jiwang-jiwang ni. Apa kan daya usia makin lanjut maka perlulah juga pada persediaan. Eh persediaan? Takde apa-apa. Sila abaikan.


Best cara huraian dia. Disokong dengan dalil dan hadith dari sumber yang jelas. Hakikatnya perkahwinan bukan soal 'teknikal' dan hukum-hakam semata. Ia tidak rigid . Medan pembinaan ummah yang bermula dengan dua individu muslim dan pastinya banyak aspek yang perlu diteliti selain hukum dan adab di majlis pernikahan atau walimah semata-mata.

Melangkah ke tangga seterusnya bukanlah persediaan untuk satu hari semata-mata tetapi memerlukan pada persediaan untuk fasa seterusnya, persediaan pada alam seterusnya. Fasa yang mungkin mengambil masa hingga 50 tahun mungkin.

Di satu hari dalam perjalanan ke bulatan gembira,

"Akak, kite rasakan sangat membazir nak buat walimah gempak sangat. Lagi best buat yang simple and tak banyak protokol segala serbi. Biar boleh lepak dengan kawan-kawan and kenal dengan saudara mara lebih lagi. Lagi best duit banyak tu celebrate wedding anniversary setiap tahun by buat doa selamat and ajak orang datang makan-makan in order to thank Him yang masih tak jemu-jemu berikan nikmat bertahan bahagia dengan rumah tangga and thank others too yang doakan masa walimah dulu and teruskan doakan hingga akhir hayat"

Hurm. Macam tu la kan bila usrah-mate semua tua-tua belaka. Kiki tua! No gedik mengada. Perbincangan yang matang-matang je. Ehem. Anda seorang wanita ye harap maklum. Oho wanita.


Buku ni pun nampak best. Tak baca lagi la tapi. Ehe. Kena tunggu line clear baru boleh beli. 

Jemput yang lain baca sekali. Ehe. Sorry mar, akak keseganan menghurai tajuk ini kerana belum kahwin. Lepas akak kahwin nanti tanya banyak-banyak ye. Keke.


Jika hakikat perkahwinan itu adalah kerana nafsu,
maka pasangan akan selalu bertengkar kerana servis di kamar tidur

Jika hakikat pernikahan adalah kerana harta,
maka pasangan akan lari jika rumah tangga bakrup

Jika hakikat perkahwinan adalah kerana kecantikan,
maka pasangan akan lari jika rambut mula beruban
dan muka mula kerepot atau badan jadi gendut

Jika hakikat perkahwinan adalah kerana zuriat,
maka pasangan akan cari alasan untuk lari
jika tiada rezeki dikurniakan anak

Jika perkahwinan adalah kerana keperibadian,
pasangan akan lari jika berubah tingkah lakunya

Jika hakikat perkahwinan adalah kerana cinta,
hati manusia itu tidak tetap
dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik
tanpa kita sedar cinta itu hilang

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ibadah kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk


Jadi soal pernikahan bukanlah kerana mahu mencari imam dalam kehidupan kerana dia juga manusia biasa yang pasti ada salah silapnya. Bukan juga soal ingin menjadi teman hidup kerana dia juga makhluk Allah yang pasti akan mati satu hari nanti.

Jadikanlah perkahwinan sebuah medan lebih banyak peluang mengutip pahala dan menjadi saham di akhirat kelak. Anak-anak itu boleh jadi saham yang tiada tarikh expired bila berjaya dididik dengan kefahaman Islam yang jelas. Tapi bukanlah anak-anak semata yang boleh menjadi saham akhirat kan?

"Abang, terima kasih kerana memberi saya peluang menimba pahala sepanjang abang hidup. Moga kita bertemu lagi di syurga"

"Along, terima kasih kerana menjadi sumber saham akhirat ummi. Moga ia turut menjadi saham akhiratmu sayang"

Jika suramnya hari itu, itu adalah hari untuk kita mendapat pahala sabar lebih
Jika nikmatnya hari itu, itu adalah hari untuk diuji tahap kesyukuran kita

Sungguh hidup ini adalah mencari redha Allah semata kerana hanya Dia yang kekal selamanya.
Cinta yang sejati adalah bila bertemu kerana-Nya, berjanji bersama ke syurga dan berpisah juga kerana-Nya. Cinta Dia, redha Dia, sayang Dia yang kita damba.

Cukuplah Allah bagiku.

Saturday, April 21, 2012

ramadhan is here

Today is 30th Jamadil Awal and soon we gonna see Rejab and Sya'aban and yes! Woot! Hoyeah! Subhanallah! We're about to celebrate the Ramadhan again in just less than 3 months. It's cool ha? Over betul keterujaan dia. I bet someone will yell at me,

"Akok! Ace matang sikit!"

Haih. Orang gembira dan mengalami keterujaan melampau ni. Ramadhan kot. Bukan Syawal bukan Muharam. Bulan rahmat, bulan doa diterima, bulan pengampunan, bulan pahala digandakan. Subhanallah don't lose this chance! I start to type 'ramadhan' in my nasyid folder and click 'play all'. Start to berjoget with all this kind of nasyid.



Okay enough of ketidak-matangan dan kegedikan melampau. Bila berbicara soal Ramdhan mesti kita akan revise balik Al-Baqarah 183.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Highlight the word taqwa there. Dalam satu sesi pengisian bersama Ustzh. Maznah Daud, beliau ajak sebelum tiba Ramadhan setiap hari baca Quran tu bila jumpa perkataan taqwa, highlightkan. So that kita akan tahu ciri-ciri orang bertaqwa seperti yang patut kita capai dalam bulan Ramadhan ni. Cool kan?

Bulan Ramadhan yang sangat signifikan dengan bulan festival ibadah. Semua akan berlumba-lumba nak khatamkan sebanyak mungkin. Teringat zaman-zaman sekolah dulu, bila dah hafal Quran ni kita boleh detect orang sebelah dah sampai mana. Bila dapat detect dia lagi laju tu kita pun cepatkan and sentiasa berusaha curi masa nak potong. Rasa macam happy bila kawan terleka kejap and dapat potong satu page pun macam dah bangga. Apatah lagi kalau dapat potong banyak.

Di minggu pertama Ramadhan,

"Siapa dah khatam 1 kali?"

Ada beberapa classmate yang angkat tangan.

"Siapa dah khatam 2 kali?"

Ada seorang yang angkat tangan. Time tu dalam hati rasa macam, pergh tak boleh jadi ni! Masha Allah, itulah dia zaman-zaman tak cukup matang.

Hakikatnya ibadah itu bukan sekadar kuantiti. It's beyond that. Of course nak juga improve and banyakkan amalan kan? Insya Allah by improving the quantity sebenarnya akan terkesan juga pada hati bukan nak bersaing semata. Let's say for the first round nak highlight je dulu ayat-ayat tentang taqwa ni then on the second round baru nak bagi hadam.

Bila dah buat target let's say nak khatam 4 kali which is seminggu sekali and perlu habiskan around 400-500 pages setiap hari, pastinya susah kalau dah start Ramadhan baru nak mula sehari 400-500 pages kan? So kenalah start from now!

Juga untuk amalan lain. List down amalan apa yang kita target. Contoh untuk istighfar, start banyakkan istighfar dari 100 kali sehari target Ramadhan nanti 1000 kali so divide let's say every lepas solat buat 200 kali. Senang je kan? Insya Allah sekali Ramadhan betul-betul dapat 10 000 ke 1000 000 ke kan? Haip haip! Hiyeah! Rabbuna yuqawwiy

" Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang BERTAQWA" - Ali Imran 133

Yeay dah dapat satu! Ehe


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبارك لنا في رمضان


Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan



اللهم قد أظلنا شهر رمضان و حضر فسلم لنا و سلمناله ، وارزقنا صيامه و قيامه ، و ارزقنا فيه الجد و الاجتهاد و النشاط و أعذنا من الفتن

Ya Allah, kami telah dinaungi oleh bulan Ramadhan, dan ia hadir lalu menyambut kami dan kami menyambutnya, kurniakanlah kami puasa dan qiamnya, kurniakanlah kami pada bulan Ramadhan dengan sifat pemurah dan bersungguh-sungguh bergiat di dalamnya dan jauhilah kami dari huru-hara.

Moga Allah redha.

Thursday, April 19, 2012

again and again

"Thinking of the reason why you keep holding on all this while"


The key word is muhasabah.


Everything back to Him the Almighty
Where are you coming from?
Where are you going to?
What is your main objectives?


Duduk. Senyap berfikir.

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah baik yang ada di bumi mahu pun yang ada di langit"

Wednesday, April 18, 2012

tak comel

Nak tahu tak tak comel sebenarnya marah-marah ni. Dimarahnya pada orang lain tapi kenapa kesannya pada perkara lain. Kan dah rugi di situ.

"Kemon la baby, jangan emosi sangat. Meh peluk meh"

La taghdab kan?
Kata dah hafal. Haa acane?

*the gedik part of me*

cinta hadith

"Antum dah keluar Hira' nanti baru antum akan rasa nikmatnya tarbiyah, betapa banyaknya mutiara di sini"

Teringat di zaman form 2 beratur depan mualimah untuk tasmi' atau memperdengarkan hafalan hadith. Ada hampir 40 hadith yang perlu dihafal sebelum ada peperiksaan besar dipanggil Peperiksaan Diniyyah ( PDI ). Dengan gred markah yang tinggi untuk skor peperiksaan ini iaitu 90% ke atas baru mencapai gred A. Perlu dihafal matan dan terjemahan berserta tafsir hadith tersebut. 'Bedah' hadith ini antara subjek kegemaran. Lagi bila ada senior yang mencipta lagu-lagu hadith. Akhi Mu'adz Dzulkifly. Menyanyi rasanya di dalam dewan peperiksaan dan kadang-kadang dicubit dengan mualimah kerana tasmi' dengan cara menyanyi, bunyinya agak gedik mungkin.

"Hesh. Tak perlu berlagu nasyid tu tasmi' macam biasa je"

"Hehe. Nak jugak! La tahasadu la wa tanajashu~wa la tabaghadu~wa la tadabaru~"

"Aishah.", sambil membesarkan matanya sambil tersenyum.

Begitu kenangan bersama Mualimah Zaleha Abdul Latiff. Jazakillahu khoiran katheera ya muallimah. Bibit cinta hadith yang bermula dengan beliau. Beliau yang rajin membelai dan memanjakan kami di musolla sekolah. Selepas solat berjemaah kami sering duduk di sekeliling beliau dan menggedik manja sambil kami urut kaki dan badan beliau.

"Tolong picitkan belakang mualimah ni. Letih pula hari ni. Esok-esok tak tahu bila lagi nak berkumpul macam ni. Insya Allah kita borak lagi macam ni di syurga ye"

Allah. Allah. Rindunya Masha Allah!

Dulu entah kenapa tak terasa pun betapa signifikannya hadith-hadith ini. Cuma sekadar menyebut,

"As sabru dhia kan", bila ada yang mengada memohon simpati nak potong line mengambil makanan

"Hep, hep, la dharar wa la dhirar (buat jahat jangan dibalas jahat) kan kan". Bila ada yang menyakat main geletek dibalas geletek.

"Eleh! Sini enti ana balas balik! Okay okay la taghdab (janganlah kamu marah)", bila cubitannya dikuatkan hingga terasa bisa.

"Enti!!!!!"

Hadith yang bermain di bibir sekadar dalam ayat spontan dan bergurau senda. Jarang hadith-hadith di dalam matan arba'in ini di bincang dengan lebih mendalam. Mungkin kerana aplikasinya lebih dalam kehidupan seharian berbanding hadith-hadith tentang tarbiyah dan pembentukan diri yang sering disebut-sebut dalam tazkirah subuh, kuliyah iftar khamis dan kuliyah subuh hujung minggu selepas qiamullail.

Maka benarlah bila dikatakan Rasulullah itu rahmatan lil 'alamin. Rahmat sekalian alam. Biarpun hadirnya cuma sebentar tapi kesannya sepanjang zaman. Dihafal kata-katanya, pendiriannya, perbuatannya. Bahkan setiap tindak tanduk baginda punya hikmah yang tersendiri. Subhanallah.

Hari ini bila kehidupan harian bukan lagi dalam tarbiyah yang aman harmoni maka setiap perincian dalam kehidupan seharian itu perlu difahami dan dihayati semula. Moga terbina biah solehah dalam diri sendiri sekurang-kurangnya.

Ya Allah aku mohon dalam setiap tindak tanduk, gerak hati, mimik muka, diam atau bersuara diriku terzahir hanya dengan hadir Kau di dalam hatiku. Masha Allah risaunya hati kalau-kalau terlupa. Sesekali bila terlajak gelak ketawa. Ya Allah mana Kau. Aku letak kat mana ni. Aishah, wal yadhaku qaleela wal yabku katheera ( sedikitkanlah gelak dan banyakkan menangis). Allah hai. Astaghfirullah.

Hari-hari mendatang sepatutnya lebih mematangkan diri. Semakin bertambah ilmu. Semakin meningkat amal. Semakin khusyu' solat. Semakin banyaknya zikir. Semakin kurang lagha.

Bila semakin jatuh cinta dengan ayat Quran, dibaca lagi tafsir dan terdapat hadith-hadith yang menyokong tafsir tersebut rasa jatuh cinta lagi dan lagi pada hadith. Allah hai dulu hafal 40 hadith je. Itu pun entah ingat semua entah tidak. Rasa nak pasang azam baru hafal hadith pula.

Lagi bersemangat bila pagi ini scroll down twitter jumpa sesuatu dari Ust. Aagym. Siapa kata tak boleh bina biah solehah dalam newsfeed facebook atau timeline twitter kan.


  • Imam Abu Bakar Al Qahiri Al Hanafi telah membaca Shahih Bukhari 95 kali
  • Imam Burhan Al- Halabi  telah membaca Shahih Bukhari 60 kali dan  Shahih Muslim 20 kali
  • Imam Abu Bakar bin Athiyyah telah membaca Shahih Bukhari 700 kali
  • Syaikh Nafisuddin Al Alawi Al Yamani telah membaca Shahih Bukhari 150 kali
Allahu akbar. Nak khatamkan Shahih Bukhari dan Shahih Muslim at least sekali buat madah-madah dengan anak-anak boleh tak? Insya Allah live the life to the fullest kan? Rabbuna yusahhil

cetek

Ada perkara yang masih terlalu pendek, terlalu cetek, dan rasa diri terlalu kerdil untuk menilai sesuatu. Banyak yang belum dilihat dan tidak merasakan sendiri situasi seperti itu.Mungkin cukup hanya dengan melihat dan berfikir tanpa membuat apa-apa justifikasi dengan satu anggapan insya Allah satu hari nanti aku akan faham kenapa begitu dan begini.




Sunday, April 15, 2012

random rant

I
kalau saja ku bisa terbang
membawa pulang kembali kisah silam yang gemilang
berlagu syahdu dalam alunan cinta
membuai dalam kasih tarbiyah

itu dunia terindahku
sampai hujung nyawa akan ku kenang
mungkin hingga ke syurga
cinta sejatiku bermula di situ

II
sungguh aku sudah cukup bersyukur
dengan cintamu membawa aku melayang cinta hakiki




Thursday, April 12, 2012

puas

Cukupkan sepuluh entry. Masha Allah.

Duhai aishah, banyak kerja lain juga yang kita kena lakukan.
Sepuluh banyak dah tu.
Esok-esok kita menulis lagi ok?

"Kebijaksanaan itu diukur dengan cara kita mencari punca-punca keseimbangan dalam setiap fasa-fasa hidup yang kita lalui"

dan pasti mengaplikasinya juga!

Moga Allah redha.

rakus

"Dan orang yang berlumba-lumba, mereka itulah orang yang dekat (dengan Tuhan mereka)"

Waqiah : 10-11

Ia bukanlah perlumbaan mencari harta,
Bukanlah perlumbaan mencapai keputusan peperiksaan yang hebat-hebat,
Bukan juga mencari kedudukan pangkat yang tinggi-tinggi

Tapi satu perlumbaan mensucikan hati
Bagaimana untuk terus gagah dalam fasa-fasa kehidupan mendatang

Entah kenapa hari ni rasa macam nak melambakkan entry di blog. Entah siapalah yang membacanya. Kalau pun tiada yang membaca, banyak juga entry di sini yang dijadikan tempat catatan untuk rujukan hari kemudian. Catatan buat diri sendiri begitu namanya.

Takut esok lusa tiada waktu berbaki mencurah bakti. Siapa tahu ini amalan yang terakhir.

Bila berfikir tentang rakusnya meng-update blog hari ini. Ada satu perkara menjengah di hati. Dulu saya berazam untuk mengulang hafazan surah pilihan setiap hari mesti baca satu surah dan ulangan surah-surah di dalam juz 'amma itu mesti diulang keseluruhannya setiap hari. Biar menjadi basah di bibir saban waktu.

Hari ini bila semakin banyak kali jatuh cinta, ada satu rasa yang sangat rakus. Rasa mahu lagi dan lagi. Tak puas pula bila dibaca ayat-ayat cinta ini. Semuanya rasa tertusuk di hati. Bukan apa, cuma bimbang rasa ini cuma sebentar. Ya Allah hadirkan rasa ini lagi dan lagi.

Ada terdetik seronoknya dan pasti indah sekali andai boleh dibaca keseluruhan 30 juzuk itu seperti membaca novel. Rekod saya satu novel selalu habis dalam 3-4 jam. Tak susah untuk faham jalan cerita sebuah novel. Faham kerangka cerita dan pasti tak banyak berbeza dengan cerita novel-novel lain. Tapi ada juga pengecualian untuk novel-novel yang memang menambat hati. Kalau boleh setiap bait kata di dalam novel itu mahu dihafal dan dihadam. Itulah yang dirasa bila membaca kitab suci yang satu ini.

Cuma risau rasa ini cuma sebentar.

Azam baru akan datang berusaha khatam 30 juzuk dalam seminggu.
Moga Allah redha.

perubahan diri

"Proses pendidikan dan perubahan diri itu bukan sebuah aliran atau flow yang semulajadi. 

Ia adalah suatu mindset dan perlukan penghalaan (taujih) dan perjalanan mujahadah diri yang tersendiri"


via alphatoomega





ia mudah tapi memerlukan satu proses



kisah cinta hari ini

Di satu pagi yang damai,


"Makcik, kenapa ye ana dulu dari kecil bersekolah agama baca quran laju je, kecil-kecil dah hafal banyak surah tapi macam tak pernah hairan pun isi dalam quran. Sikit-sikit ada la kot. Bila berkelahi dengan kawan pandai je nak cari ayat tentang ukhwah atau jangan bersangka-sangka macam dalam surah An-Nur dan Al-Hujurat tapi tak ada la pula sampai menangis sedu sedan. Sekarang ni macam apa je bila baca satu ayat tu macam jatuh cinta je rasa"


"Itu tanda orang jatuh cinta dan tanda hidayah Allah", jawap makcik Hidayat


Ya aku jatuh cinta lagi! Tak semestinya hidayah Allah itu pada yang jahil baru nak berhijrah semata tapi juga pada kita yang mungkin zahirnya dah nampak baik. Dihadirkan lagi hidayah untuk kita menambah taqwa dan meneguh iman.


Hari ini susahnya kita nak bersyukurkan? Walaupun sebenarnya banyak sangat nikmat Allah bersepah, berlonggok keliling kita. Kadang-kadang bila melihat nasib orang lain atau juga ketika dihadirkan nikmat, aku persoalkan pada hati mampu ke aku terus bersyukur?

Lalu tadi aku jumpakan ayat ini,

"ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham 
untuk tetap terus mensyukuri nikmat-Mu 

yang telah engkau anugerahkan kepadaku 
dan kepada kedua orang tuaku 
dan agar aku mengerjakan kebajikan 
yang Engkau redhai 
dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu
ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh"

An-Naml : 19

Aku mungkin ada kisah sendiri yang aku sangsi kepastiannya. Mungkin Allah mahu beri aku petunjuk yang lebih kuat untuk bersyukur dengan apa adanya yang aku miliki sekarang dan petunjuk yang sudah diberikan.

Ah, manusia memang begitu dah diberi peha mahu betis pula!

Ya Allah masukkanlah aku dalam golongan hamba-Mu yang bersyukur










kimia

Tadi sebenarnya blogwalking di blog rakan-rakan seangkatan. Kehidupan di asrama mungkin memang membuatkan junior-junior berasa takjub dengan senior-senior. 

Macam Nur Farah Aisyah, classmate di Sekolah Rendah Islam Hira' dulu, kata dia :


Saya sentiasa tidak pernah gagal untuk 'cemburu' pada wanita-wanita yang solehah dan hebat. Setiap kali menjumpai insan-insan seperti itu, pastilah akan terdetik di dalam hati kecil saya, "Aku mahu jadi sebaik dan sehebat orang itu".

Sebagai muslim yang dimuliakan dengan Islam yang hebat, kita memang perlu menjadi hamba yang berjiwa besar, dan memaksimumkan potensi kita bukan? Tiada masa lagi untuk kita merasa rendah diri dan iri hati dengan kehebatan-kehebatan orang lain, sebaliknya ia perlulah dijadikan dorongan dan motivasi untuk kita juga menjadi hebat, kerana hakikatnya kita semua ini adalah bersaudara, dan sama-sama berjuang di jalan Allah bukan? :)

Subhanallah, thank you sisters for being an inspiration for me! I will not wish to become you, but I'll try harder to become the best version of me! Everyone is unique and special in her own way, so be thankful, alhamdulillah! ♥


Ya, itulah yang hati kecil ini rasa! Sampai hari ini entah mengapa rakan-rakan seangkatan ini juga yang selalu menguatkan hati di kala lemah, di kala resah, di kala gundah. Berjalan-jalan di blog senior seakan ada suntikan semangat membara. 

Moga Allah redha cinta kita semua <3

kisah bermula

Kisah Isa AS terbina dari seorang ibu suci yang menjaga kehormatan dirinya dan berkhidmat di Baitul Maqdis,

Kisah keagungan Rasulullah terbina dari kecekalan jiwa Aminah dan nasab kepahlawanan Abdul Muttalib yang mengalir dalam darah Abdullah, 

Kisah Umar Abd Aziz terbina dari susur galur pemilihan menantu yang baik oleh Umar Al-Khattab,

Kisah Muhammad Al-Fateh bermula dengan seorang ibu yangsetiap hari memberi inspirasi pembukaan kota konstantinopel

dan begitu jugalah setiap tokoh-tokoh terkemuka seperti Al-Banna yang dididik oleh ayahnya yang juga seorang ahli hadis,

Syed Qutb yang dididik dengan keluarga yang cintakan Al-Quran, dan selain mereka, kebanyakannya terhasil dari manbak soleh yang membentuk keperibadian unggul yang mencipta sejarah

via alphatoomega; khutbah nikah

kamu rasa

"ahsantum wa ahsantum li anfusikum"

sedang kamu rasa apa yang kamu lakukan untuk orang  lain itu merugikan kamu
sebenarnya itu juga baik untuk kamu

menyinar dan membelai jiwa

Hujan itu akan datang pada waktunya,
Mentari akan bersinar pada tempatnya, 
Laut akan bergelora mengikut anginnya. 
Semua tatkala sunnatullah mengetuai alam seluruhnya. 


Begitulah hari kita. 
Akan ALLAH titipkn HUJAN untuk mencuci dosa, 
MENTARI untuk menyinar gelita, 
LAUT untuk membelai jiwa. 
Semua itu terpahat nyamannya kasih ALLAH MAHA PENCIPTA


izinkan CINTA DIA menyinar dan membelai jiwamu tiap waktu
katakanlah, cukuplah ALLAH bagiku


via azuma

selalu di sisi mu

aku sangka kita sahabat baik

ke mana pun kamu
dengan siapa pun kamu
aku masih selalu di sisi mu

cuma satu jangan lupa janji kita
untuk berusaha bertemu di bawah pohonan
di dalam syurga


She's just the super something

Hidup ini bila dah tergolek, terhempas, gedebuk gedebak memang sakit meraung. Pedihnya Masha Allah. Saat itu baru kita tahu nilai cinta Dia. Tahap kebergantungan yang maksima pada Dia.

"Mak, tell me how great to be sabar"
"Pray my dear daughter"

Mak jarang nak manjakan anak-anak dia. But what she do is she asked us to pray. She teach us how to have a great relationship with Him.

"Mak tension la letih dengan hal sekolah ni. Pergi masjid negeri nak?"

Itulah mak. Tempat lepak dia.

Mungkin kalau orang lain sedih atau ada masalah akan call ibu masing-masing but not me. Mak bukan jenis meluahkan hal-hal negatif. Bukan jenis merungut. Bukan jenis mengumpat mengeluh. But always see the problem from the other side.

"Mak, nak tau tak budak dorm esyah kan.."
"Dah, mak tak suka dengar orang mengumpat merungut ni. Try to be thankful. Syukur apa yang ada tak boleh? Tahu tak orang lain lagi kesian"

Hurm. See. Belum habis cakap lagi pun dah kena potong. Anyhow it's a great lesson sebenanrnya sebab dah dilatih macam tu. Sentiasa syukur apa ada nya. Bila ada masalah let Him be the first you console.

Another thing pasal mak, mak sangat tak suka something unrealistic, drama segala. Mungkin la kan orang engine macam tu. So stop being emosional dan nak buat drama depan mak.

She's just super something. The one who i can have a good conversation, healthy argument and comfortable silence with.

I always wish to have friends and even my other half have those characteristics.


Tuesday, April 10, 2012

tenang itu

Do you know that “woman’s real home is her husband”
Allah says in Qur’an:
“And among His Signs is that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in tranquility with them “.

“You may dwell in tranquility”: through this expression, Allah described the husband and his wife as a home for one another
and just like a cosy home, marriage is where the married Muslim couple finds security, tranquility, peace of mind and comfort ..♥

So dear Sisters choose well your home and let your choice be based on good manners and deen.



via Toufique H. Sumon




Cukuplah yang menenangkan.

Ar-Rum : 21








Monday, April 9, 2012

of mukhayyam khoriji

I
"Nak share mukhayyam khoriji tu tapi tak reti interpret idea"

"Tulis je apa akak rasa"

So i've just deleted two paragraphs of my words. aha.


II
Ramai makcik-makcik di dewan tempat berkumpul.

Tekan hujung atas phone, on keypad.

"Mak, ramainya kawan mak kat sini"

Mak balas dalam satu perkataan yang ringkas,

"Gooooooooooood"

Mengenali dan menyantuni hikmatus shuyukh atau kebijaksanaan orang lama ni seronok juga. Paling best lebih faham jiwa ibu kandung sendiri. Patut pun bila berdua makin galak sekarang ni.

"Esyah jom shopping. Mak nak cari kasut. Then maghrib and isya' kita duduk masjid negeri"

Oho. Itu adalah masa-masa yang sangat berharga bersama ibu. Apatah lagi kalau keluar berdua sahaja. Sweet je rasa. Shopping yang bukan sekadar shopping biasa. Tapi turut menafsir manusia sekeliling.

"Tengok akak tu, awak rasa kalau pakai seluar sendat macam tu dia solat ke tak. Tak mahu la bagi dia untung nanti dia buat beli seluar ketat lagi. Cari kat kedai lain jom"

"Awak tahu kan penyakit wahan. Haa yang lepak macam ni, bila shopping mall lagi penuh dari masjid wahan la tu namanya. Sayang sangat dengan dunia. So mak plan only 1 hour nak shopping"

Ok mak. I miss you much!

Satu hari ni.

"Mak i miss you. Please reply i miss you too"

Mak balas,

"Eleh baru duduk segamat. Belum kawin lagi. Macam mana nak kawin ni"

Niat menggedik terus hilang.


III
Okay sambung. Selepas pembahagian kumpulan.

"Hurm ni mualimah kan? Mualimah suri?"

"Ye saya, macam mana enti kenal ana?"

"Saya anak ......, sekolah ......."

"Subhanallah! Anak akak ni ke!"

Terus kena serbu dengan makcik lain.

Tapi biar betul kena duduk satu group dengan makcik-makcik ni. Siap dengan bawa baby dan anak-anak segala. Biar betul nak camping dengan anak-anak. Takpe wanita hebat kan. Semua nak jadi bidadari dunia. Apa salahnya bawa anak pun. Kalau aku jadi anak dia pun seronok ikut mak attend program macam ni.


III
Mukhayyam bersama adik, kakak, makcik, nenek pun mungkin ada.

Sambil ma'thurat berjemaah letih mukhayyam terasa amat. Ada tangan yang lembut urut tapak tangan. Usai ma'thurat,

"Akak dari mana ye"

"Oh yeke. Belajar mana ye kak"

"MashaAllah dah kawin ke"

"Alhamdulillah anak dah seorang baru 5 bulan. Rindu dia kat rumah"

Rasa nak pengsan sebab tengok muka rasa sebaya je.

Ada lagi. Akak satu group.

"Akak bersalin tiga anak yang pertama semua di rumah dan akak baring atas riba suami sambil dia bacakan ayat quran bagi kekuatan pada akak"

Jeda. Terbeliak mata.

"Akak! Kenapa sweet sangat?"

"Haa, kawin la cepat"

Masing-masing tersenyum.


IV
Bila wanita-wanita berjalan tanpa anak-anak memang nampak muda je semuanya. Apa lagi bila bermain game yang keanak-anakan.

"Subhanallah kak, terburai gelak ni ha. Udah lettew. Penat gelak je ni"

Lima orang berdiri atas satu kain batik. Tugasan yang diberikan, perlu terbalikkan kain tersebut dua kali tanpa memijak lantai. Maka berpelukanlah semua wanita-wanita ini. Ehe kenapa rasa macam redha je dipanggil wanita. Okay saya dah dewasa.

Banyak juga game yang ditugaskan. Seronok bergelak ketawa mesra dengan kakak dan makcik-makcik ni. Paling penting dalam setiap aktiviti akan ada sesi rasionalisasi.

Bukan mudah sebenarnya generasi muda memahami dan menyantuni jiwa orang-orang lama. Juga bukan mudah orang-orang lama memahami sifat orang muda. Jelas gabungan kedua-dua ini sangat hebat. Terbukti pada malam kebudayaan ada kumpulan yang bersyair. Subhanallah suara makcik ni hebat sungguh! Hebat tak tipu  punya! Ada selingan dengan nasyid moden dengan suara mendayu dari adik-adik. Masha Allah. Ada linangan air mata yang mengalir keterharuan.

V
Aktiviti paling best pastinya aktiviti memasak. Subhanallah manisnya nikmat ukhwah ini.

Sambil mengupas bawang.

"Jeles acik tengok aishah ni tau. Acik lambat kenal Islam betul-betul"

"Ala acik, takde pape pun. Saya pun tak tahu esok-esok iman saya macam mana. Sama-sama doa yang terbaik ye and paling penting nak masuk syurga jumpa lagi semua orang ramai-ramai macam ni"

Bertambah menggunung manisnya ukhwah ini bila hujan turun. Tempat panggang ayam perlu diselamatkan. Dengan pantas ada yang berlari ambil kanvas. Berdiri beramai-ramai buat bumbung. Terus lagi ada yang ambil tali dan ikat pada tiang-tiang setiap penjuru. Ada lagi yang ambil kayu untuk elak air bertakung di tengah kanvas. Masha Allah.

"Tadi saya tengok dari adik, kakak, makcik, nenek semua berlari selamatkan tempat memasak. Kalau saat ini ada seruan jihad akan saya hantarkan kalian. Bertindak pantas tanpa menerima apa-apa arahan pun!"

Ucap Kak Wan salah seorang AJK Program dengan linangan air mata.


VI
Satu slot di hari terakhir.

"Setiap kumpulan akan dilepaskan berjalan di kawasan sekitar dalam lingkungan 10 minit berjalan"

Lokasi mukhayyam juga sebenarnya sangat cantik. Hampir 1KM dari jalan utama. Jalan masuk yang meliputi kawasan ladang-ladang. Termasuk ladang tanaman dan ladang ternakan. Turut ada padang ragut kambing, lembu dan kuda.

"Ini macam tempat shooting filem hindustan je. Jom kak golek-golek turun bukit then yang lain pasang lagu hindustan"

Subhanallah.

Rupanya di hujungnya ada empangan dan tasik.

Lagi jatuh cinta. Subhanallah, Subhanallah. Subhanallah.

Tugasan yang diberikan adalah untuk tadabbur alam. Melihat alam sekeliling dan terbukti dalam ayat-ayat Al Quran. Banyak air mata yang berlinang berfikir merenung alam ini.

"Akak dulu pernah sampai 2 bulan tak keluar rumah. Bagi akak hidup hanya pada anak-anak dan suami. Baru akak sedar banyak lagi 'kerja' kita sebenarnya"

Alhamdulillah

VII
Satu kata penutup. Alhamdulillah. Biarpun mukhayyam kali ini bukan seperti yang selalu. Seperti mana yang dijangka ia pasti tidak seperti yang disangka. Bukan lebih kepada outdoor tetapi satu sesi menyantuni jiwa-jiwa, menjana generasi yang mampu bercampur dengan pelbagai lapisan umur dan pasti ada aura baru ke arah menjadi wanita sejati.

"Kalian kini tidak banyak diuji dengan cabaran fizikal. Tetapi lebih banyak melalui fikiran. Cabaran tidak lagi datang dalam bentuk peluru dan senjata tetapi melalui kotak-kotak hitam, melalui alat di dalam poket anda. Pasti benteng untuk cabaran seperti itu perlu diperkukuhkan lagi"

Dan telah Dia datangkan banyak petanda bagi mereka yang mahu berfikir.



Friday, April 6, 2012

rasa

rasa yang hadir setelah istikharah dan musyawarah.
tapi bila segalanya belum pasti dan terarah.

take note.
i really meant it.

baby sitter cuci hati?

"Haa aishah ni cuti. nak suruh dia ganti kejap boleh la"

"Okay esok terus datang boleh?"

Here it goes. 'Cikgu nursery' during semester break.

Menangis kena tinggal ummi, mama, ibu, mama, mummy.
Kelahi rebut toys.
Nak makan kunyah berlari-lari.

*kesat peluh*

"Aishah, tengok kenapa dia nangis tu. Pampers penuh ke? Bau lain macam je tu"

Aku suspek cikgu seorang lagi tu sengaja kenakan aku. Adik bongsu dah masuk umur 10 tahun. So dah lebih 5 tahun tak buat kerja cuci tahi kencing kanak-kanak ni secara regular. Belum lagi baru dukung satu dua saat lepas minum susu baru nak acah sikit dah kena sembur muntah.

Bila dah tiba waktu tidur dia, maka mula la berzikir mendodoi bayi-bayi comel ini. Sambil-sambil hati berdoa cepat la budak ni tidur. Aku yang dah ngantuk dulu ni ha.

Tiba-tiba datang macam-macam dalam kepala,

Mak cakap dulu aku kuat nangis, lagi dasyat dari ni ke ha? Subhanallah, yang macam ni je pun dah menguji sabar. Kalau lagi dasyat, hebatnya jadi emak ni.

Sedar tak sedar bagus jadi baby sitter ni. Bak kata mak, buka nursery bukanlah business yang banyak untung tapi banyak pahala. Yela, pewaris ummah generasi masa depan kan?

Kisah pengusaha nursery ni pun boleh tahan hebatnya. Beliau kematian suaminya ketika anak sulongnya masih bayi. Well, anak dia pun classmate saya dulu.

"Ayah kite dah meninggal sebab accident. Kite pun accident jugak Ummi kite cakap kite tercampak keluar dari tingkap kereta"

Subhanallah hebatnya ibu tunggal ini. Makcik membesarkan anak dia berseorangan. Pasti bukan mudah membesarkan anak tanpa suami tercinta. Saya pasti dia membuka nursery juga bersebab selain untuk menyara hidup dia dua beranak.

Ada satu perkara yang saya tertarik.

"Dulu nursery ni tender lain. Ada pekerja india. Kesian tengok anak-anak orang Islam tak dididik dengan betul. Saya cuma rasa terpanggil nak apply tender taska di sini even saya dah ada taska yang dah well developed"

Subhanallah. Rabbuna yuqawwiy 'alaik!

Anyhow, jadi cikgu nursery memang sangat memberi macam-macam pengajaran. Alhamdulillah. Saya lebih berzikir dari biasa sambil membuai baby mulut tak henti mendodoi dengan zikir. Kalau buat kerja lain tak macam ni berzikirnya. Besides, practise parenting skill, faham psikologi kanak-kanak, dan lain-lain.

Moga Allah redha.

niche

"esok PPD and nazir MUSLEH nak datang Hira'",

Omel mak pada satu malam. Sebagai guru penolong kanan beliau selalu 'bergosip' hal-hal sekolah dan pengurusan bersama saya. Well yeah, kami dah jadi 'gossip partner'.

"Esyah tahu niche tu apa? Dalam kamus dewan bitara. It's something yang orang lain takde tapi you ada"

"Oh okay. So everyone ada niche dia tersendiri camtu?"

"Yes, of course. So semalam kitorang geng-geng pengurusan brainstorm untuk ziarah nazir ni. What is our niche"

Oho.



Dari dulu ada sesuatu yang susah saya nak gambarkan. Tadi 'berjalan' sana sini dan jumpa ini.

Antara perkara yang saya paling fobia di dalam hidup ini adalah 'menjadi ketua'.

Saya pernah menjadi ketua asrama. Saya amat tegas dan kasar, hingga tidak menjaga hati ramai ahli asrama saya. Walaupun asrama saya selepas itu menjadi asrama terbaik di sekolah, tetapi nyata hidup di dalamnya ibarat seperti kem tentera. Entah berapa banyak kasut saya sudah buang, berapa banyak orang telah saya denda.

Saya pernah menjadi ketua kepada sebuah kelab remaja. Saya jarang dengar pandangan orang lain dalam mesyuarat. Banyaknya saya buat kepala saya sendiri, dan saya sering paksa orang ikut kepala saya. Saya jarang berikan peluang orang untuk sumbang idea. Akhirnya, walaupun kelab itu berjaya dan kemudian menjadi contoh hingga membina sesuatu yang lebih besar lagi daripada apa yang saya bina, tetap saya telah lukakan hati ramai orang.

Itu belum lagi dengan beberapa tanggungjawab lain yang pernah saya pegang. Biasanya, kalau pangkatnya adalah 'ketua', saya mesti akan jadi kasar dan amat tegas dalam melaksanakannya. Orang kata, tegas tak mengapa, kasar yang orang tak suka.

Sebab itu, 'menjadi ketua' adalah satu ke'fobia'an untuk saya.
Bila saya datang ke Jordan, saya suka lari dari mendapat jawatan.

Saya memang fitrahnya kasar. Sebenarnya. Kemudian saya dididik dengan agak tegas semenjak kecil. Umur 8 tahun saya sudah tidur berhari-hari di dalam hutan. Pernah berkem dan makan berkuahkan hanya minyak. Berjalan berkilometer untuk ke air terjun. Meredah hutan tanpa lampu suluh di kala malam. Saya dulu sampai pernah fikir, saya ini dibesarkan untuk menjadi seorang panglima perang. haha.

Kemudian saya banyak bersama orang-orang tua sepanjang pembesaran saya. Dan bersama mereka, pandangan saya sering tidak didengari. Mungkin kerana saya budak. Jadi, bila saya 'besar', dan ada 'kuasa', membuatkan saya juga malas mahu dengar pandangan orang. Apatah lagi jika pandangan itu hanya membuang masa sahaja, atau keluar dari perbincangan.

Itu semua membentuk peribadi saya yang kasar. Saya tidak pernah fikir apa orang mahu fikir. Yang saya tahu, saya cakap apa yang saya mahu. Apa yang saya yakin benar. Hingga kini, kalau perasan, benda itu masih ada pada saya.

Walaupun Jordan dan persekitarannya, guru-gurunya, masyarakat melayunya, banyak mengubah peribadi saya, tetapi saya sentiasa fobia dengan 'menjadi ketua'.

Allah izin, saya kini menjadi ketua kepada Team LangitIlahi. Menjadi pengerusi kepada Syarikat LangitIman Resources. Pada usia yang muda. Kadangkala, saya risau jika saya ada lukakan hati mereka, berkasar dengan mereka. Apatah lagi kalangan mereka rata-ratanya lebih tua daripada saya. Ada yang merupakan guru saya, senior saya, kawan kepada ayah saya. Kami pula sering berhubung melalui tulisan yang tidak bernada, memandangkan saya di Jordan dan mereka di Malaysia sana.

Saya berharap, kelemahan saya tidak akan mencacatkan perjuangan ini.
Saya juga tidak pernah redha dengan kelemahan ini.
Saban waktu, saya berusaha menanggalkannya.
Tinggal kadangkala, saya gagal untuk berjaya.

Satu perkara yang saya belajar daripada semua ini adalah,
kita memang perlu sentiasa muhasabah diri.
Dunia tidak akan tunduk mengikuti kita jika kita sekadar berkata 'ikutlah aku'.
Kita yang perlu menjadi 'sesuatu' hingga dunia sudi menundukkan dirinya kepada seorang 'aku'.

Perlu sentiasa muhasabah,
untuk berubah.






Rasa terpalit pada batang hidung sendiri. Ada juga sesekali disuarakan,

"Mak, esyah nak jadi garang macam dulu boleh?"

Garang yang bila ada orang bersuara dalam dorm yang saya diami,

"Ehem, tak nampak orang belajar ni?"

Selepas lima ke sepuluh minit tiada perubahan, mulut lancang bersuara,

"You, shut up boleh?"

Oho. You're so rude aishah ismail.
Dush.dush.

Bahagian fitrah yang agak kasar itu memang serupa. Dilatih dari kecil berkhemah 10 kali setahun. Masak menggunakan kayu api, tidur di dalam khemah 'A' frame, membina gajet-gajet kayu, bekerja dalam teamwork. Segalanya saya mahukan yang terbaik. Tak pernah segan bersuara. Lantang menjerit di padang kawad. Sesat dan lemas trekking di Pulau Pangkor. Masih dengan sifat kasar hingga tingkatan tiga. Teringat ketika masuk tingkatan satu,

"Mak, esyah ada dua je baju kurung ni. Pergi 'prep' kena pakai baju kurung. Mana cukup dua"

Baju kurung yang hanya digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan atau majlis rasmi. Seluar semua berpoket banyak, seperti 'cargo pants'. Pernah juga sekali memotong rambut pendek. Sekali diperli oleh senior,

"Echot, tak payah nak berlagak tomboi. Enti tu muka perempuan. Nak jadi jantan rupa macam pondan pula rasa"

Dush. Terasa panas pipi.

"Enti ni buat kerja ligat. Semua benda nak buat. Tapi duduk bersimpuh juga. Enti ni ayu tahu? Tak payah nak berlagak kasar kalau dah memang feminin"

Bermula dari situ mungkin mula berazam macam-macam. Nak bela rambut, nak belajar pakai kain batik, nak belajar pakai kasut ladies, nak kurangkan pakai seluar.

Fokus utama dari share Hilal Ashraf ini bukanlah soal menjadi ketua. Tetapi sesuatu yang saya dapat dari pengalaman dan menjadikan saya sesuatu. Pengalaman yang tak banyak beza dengan Hilal Ashraf kerana sekolah kami berada di bawah naungan dan sistem yang sama. Sering juga berjumpa junior-junior Hilal Ashraf dalam program-program sekolah di peringkat kebangsaan dan kini masih kekal bersahabat.

Bila berubah dunia, bila berpindah sekolah dan masuk ke universiti, saya tahu banyak yang perlu dibaiki. Saya lebih banyak berdiam diri. Sekurang-kurangnya pun gelak dalam hati atau menjerit dalam hati. Pada zahirnya cukuplah saya berikan segaris senyum tanpa perlu berkata apa-apa.

Pada hari ini saya bersyukur apa yang saya miliki sekarang. Pengalaman yang sangat berharga melahirkan saya yang hari ini. Masih kekal ganas bila perlu :P







Wednesday, April 4, 2012

peluh besar.

Lately umur dah menginjak dewasa maka hadir unsur-unsur kawin, tunang segala. Banyak je kisah sebenarnya tapi bila nak mula type je ada satu rasa muncul. Bila type lebih sikit je rasa nak tekan 'backspace'. Lalu tak berjayalah entry-entry sebegitu untuk dizahirkan.


Hakikatnya kerana....


Mudahnya begini. Sebagai seorang dai'e, sama ada suka atau tidak, segala perbuatan dan tindak-tanduk kita akan sentiasa diperhatikan. Percakapan, perbuatan, gelak-tawa, gurauan hatta cara makan sekalipon sebenarnya adalah dakwah kepada manusia di sekeliling kita. Maka kita amat perlu untuk berhati-hati, agar tindak-tanduk kita sehari-hari, walaupon tidak mengajak orang ke arah kebaikan, tidak menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah yang kita bawa.

Tidaklah pula saya katakan, menulis post tentang pesanan dan harapan kepada bakal zauj/ah itu menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah. Tidak pula saya tuduh dek kerana gambar-gambar mesra berpegangan tangan berlari-lari di padang nan hijau ikhwah akhawat yang baru berkahwin menyebabkan orang lari daripada dakwah dan tarbiyah. Tidak. Cuma saya khuatir sekiranya kita menjadi kurang sensitif dan kurang pula berhati-hati dengan perlakuan kita sehari-hari. Sehingga apabila sudah menjadi suatu kebiasaan, hilang nanti sensitiviti seorang dai'e yang sewajarnya amat menjaga qudwahnya. 

Kerana tugas seorang dai'e itu sememangnya besar dan berat; dia perlu mempertahankan dan menguatkan lagi saf-saf perjuangannya walau dengan apa cara sekalipon. Dan seandainya kita tidak mampu untuk sama-sama menguatkan, jangan sampai diri kita yang melemahkan pula saf-saf ini!

Sukar? Susah? Berat lagi membebankan..? Memanglah! Jika tidak mana mungkin Allah membeli jiwa dan harta orang-orang mukmin itu dengan sorga! Bukankah sorga itu amat mahal harganya..??

Maka.. Berhati-hatilah dengan setiap tindak-tanduk kita. Mana yang patut diperibadikan, peribadikanlah. Mana yang perlu dirahsiakan, rahsiakanlah. Mana yang tidak perlu dihebahkan dan dikongsikan, simpanlah di dalam peti rahsia bawah katil anda itu. Kerana di kala ini, ketika umat sedang sakit tenat ini, gerabak dakwah tidak punya masa dan tidak mampu untuk menanggung sebarang kebarangkalian yang akan melambatkan pergerakan perjalanan yang sumpah panjang ini..!

Dan oh! Kepada bakal Puan gabbana, saya kasihan dengan anda. Inche gabbana sangat cerewet, mengada-ngada, gopoh, banyak songeh dan super-busy orangnya! Wahai..!



Credit to Inche Gabbana yang membantu meluah rasa di hati. Oh jangan salah sangka. Boleh rujuk blog Inche Gabbana di sebelah kanan blog ini. Anyway, suka nak highlight something,


" ketika umat sedang sakit tenat ini, gerabak dakwah tidak punya masa dan tidak mampu untuk sebarang kebarangkalian yang akan melambatkan pergerakan perjalanan yang sumpah panjang ini!"


Entah kenapa, bila rasa nak luah rasa je mesti terbayang gerabak kereta api yang laju.


Apa aku masih berfikir sendiri soal masa depan sendiri yang belum pasti demi kepentingan sendiri semata-mata? Sedang umat terus berduka menderita di sana sini aku masih sendiri begini?


Tipu kalau dikatakan tiada kisah cinta dan rindu berlaku. Kita semua manusia biasa yang punya rasa hati dan fitrah. Biarlah segalanya dalam urusan Allah. Tidak lebih dan tidak kurang. Segala gerak hati, rasa di jiwa, keputusan apa pun tidak banyak yang dimohon kecuali dalam bimbingan dan perlindungan Allah.

Tulis blog sambil cakap depan cermin.

Ah, cis kau airmata!



"Zaa, tolong send kat dia cakap i miss you"

"Tau rindu akak je? Rindu kite cane?"

"Hurm, okay tak jadi"

up to this point

"Perlu ke you bazirkan airmata lagi sha?"

"You know, wal yabku kathera wal yadhaku qaleela. At least dia buat I banyak muhasabah diri dan berfikir kan?"



Monday, April 2, 2012

apa usrah tu?



a glimpse of a single step of a thousands miles of journey

prioriti

"You should just focus on what is in your hand. Leave the rest to Allah"

Sesekali hati seronok melayang di langit tinggi.
Terbang bersama burung-burung girang.
Deru angin yang dingin damai dan segalanya terasa indah.
Ada pelangi di hujung sana.
Ada bayang mentari di celah awan.

Tapi.

Hakikatnya hati itu cuma ibarat layang-layang.
Masih terikat pada talinya.
Masih ada tugas di tempat asal.
Masih banyak tugas yang perlu diselesaikan di tempat sendiri.

Tidak salah untuk sesekali terbang ke langit
Tapi jangan lupa untuk segera pulang.
Bimbang nanti ada tali yang putus terbang melayang hilang.





Hakikatnya kita punya tugas utama



 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords