Telling others all the time that nothing is impossible
But when it comes to our own affairs it is harder to swallow
Fuh, fuh, fuh!
Come on!
Let's do it!
Voila!
Wednesday, November 27, 2013
Perlahan
Tentang mereka kecintaan hatiku
Tentang sekalian kecintaanku
Perlahan, aku jatuh cinta
Pada bait kata
Pada sebuah rencana
Pada indahnya seni
Tak perlu jelas di mata
Cukup terasa di hati
Dari jauh aku mengucup hatimu
Menyampaikan rindu
Bertemu dalam doa nan syahdu
Perlahan, perlahan, perlahan...
Tentang sekalian kecintaanku
Perlahan, aku jatuh cinta
Pada bait kata
Pada sebuah rencana
Pada indahnya seni
Tak perlu jelas di mata
Cukup terasa di hati
Dari jauh aku mengucup hatimu
Menyampaikan rindu
Bertemu dalam doa nan syahdu
Perlahan, perlahan, perlahan...
Monday, November 25, 2013
Setelah sekian lama 'ber-hibernasi' dari dunia maya. Alhamdulillah Allah masih izinkan peluang untuk merasai nikmat hidup pada hari ini. Pagi ini bila group whatsapp berceloteh tentang zaman sekolah, teringat dulu dengan azam yang kuat dengan semangat yang kental, ada misi besar yang hendak dicapai dalam hidup. Menjadi manusia biasa bukanlah menjadi cita-cita. Bukanlah menjadi manusia luar biasa yang mencipta nama di mata dunia tapi ingin menjadi manusia yang kaya dengan ilmu dan mendapat pandangan Allah.
Apa pun, medan teori atau berkata-kata semestinya lebih mudah dari medan amal yang sebenar. Mencari ruang dan peluang. Membina impian dan harapan dan seterusnya fasa yang lebih menguji adalah fasa mencipta langkah dan menggagah usaha.
Apa pun, medan teori atau berkata-kata semestinya lebih mudah dari medan amal yang sebenar. Mencari ruang dan peluang. Membina impian dan harapan dan seterusnya fasa yang lebih menguji adalah fasa mencipta langkah dan menggagah usaha.
Sunday, October 6, 2013
Sulitnya membangun cinta
Jatuh itu sakit
Bangun itu sulit
Tapi pada sulitnya membangun cinta
Tercipta ruang mendewasa
Tersusun istana asmara
Menjulang ke syurga
-Salim A.Fillah
Of a conversation with beloved junior.
Stay strong baby!
Bangun itu sulit
Tapi pada sulitnya membangun cinta
Tercipta ruang mendewasa
Tersusun istana asmara
Menjulang ke syurga
-Salim A.Fillah
Of a conversation with beloved junior.
Stay strong baby!
Thursday, September 26, 2013
Natijah amal
Ke mana natijah amal kita selepas kita sudah istiqomah dengan amal ibadah kalau bukan diterjemahkan dalam amal harian. Solat fardhu yang menjadi pencegah perkara munkar. Zikir yang sering berlagu di bibir menjadi pelembut bicara. Qiyamullail yang menjadi pemangkin kecergasan minda.
Amal ibadah bukan cuma satu aktiviti rutin di atas sejadah. Ia adalah sebuah hubungan dengan Allah dan diterjemahkan dalam keseluruhan kehidupan. Satu hubungan yang dihadirkan dengan hati.
Amal ibadah bukan cuma satu aktiviti rutin di atas sejadah. Ia adalah sebuah hubungan dengan Allah dan diterjemahkan dalam keseluruhan kehidupan. Satu hubungan yang dihadirkan dengan hati.
Full time or part time muslim?
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datangnya bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana" - Baqarah 208-209
Adakah kita mengambil hukum-hukum yang dirasakan selesa dengan diri kita sahaja dan meninggalkan hukum yang dirasakan berat dan tidak perlu?
Rasa diri baca quran sedap lalu menghentam orang lain yan tiada lenggok bacaan macam kita tapi habis kelas hafazan keluar dating berdua lelaki dan perempuan. Tak kurang juga yang berlakon dengan pakaian ciri seorang muslim yang baik dengan jubah, serban, purdah serta bersarung tangan tapi hakikatnya mereka berdua bukan mahram.
Sunguh yang menetapkan hukum itu Allah. Apa mereka sangka dengan tidak bersentuh lelaki dan perempuan itu boleh menghalalkan pertemuan itu? Mereka sangka Allah itu kanak-kanak yang boleh dipersendakan?
Menunaikan solat fardhu bila masa dirasakan sihat dan ada masa terluang. Subuh mengantuk tak perlu solat. Zohor sibuk dengan kerja dan urusan harian, tak perlu solat. Asar dah habis kerja, baru boleh solat.
Adakah kita mengambil hukum-hukum yang dirasakan selesa dengan diri kita sahaja dan meninggalkan hukum yang dirasakan berat dan tidak perlu?
Rasa diri baca quran sedap lalu menghentam orang lain yan tiada lenggok bacaan macam kita tapi habis kelas hafazan keluar dating berdua lelaki dan perempuan. Tak kurang juga yang berlakon dengan pakaian ciri seorang muslim yang baik dengan jubah, serban, purdah serta bersarung tangan tapi hakikatnya mereka berdua bukan mahram.
Sunguh yang menetapkan hukum itu Allah. Apa mereka sangka dengan tidak bersentuh lelaki dan perempuan itu boleh menghalalkan pertemuan itu? Mereka sangka Allah itu kanak-kanak yang boleh dipersendakan?
Menunaikan solat fardhu bila masa dirasakan sihat dan ada masa terluang. Subuh mengantuk tak perlu solat. Zohor sibuk dengan kerja dan urusan harian, tak perlu solat. Asar dah habis kerja, baru boleh solat.
Teladan dari jaulah jakarta : nafsu buku
Jaulah Jakarta yang dirindui. Berharap sempat ber-backpacking lagi tahun ni. Atau mungkin dengan backpacking partner yang baru?
Jaulah Jakarta yang menguji keimanan dan nafsu memborong buku. Sampai kastam ingat kami pelajar dari Indonesia. Ya guwe sudah bisa ngomong jawa dengan lancar sekali. Bersama tudung sarung yang kononnya backpackers tak pakai iron. Semua barang yang dibawa pun jenis simple dan tahan lasak.
Borong buku macam tak ingat dunia. Bersaing sesama sendiri, siapa yang paling banyak membaca seolah-olah dia paling berilmu. Hakikatnya wasilah menuntut ilmu itu bukan cuma menghadap buku. Bahkan juga menghadap tuan guru.
"Peranan buku dalam menyampaikan ilmu memang tidak dinafikan tapi ia tidak mampu menandingi peranan ilmu yang membimbing sikap pembaca dalam pemprosesan ilmu tersebut. Ilmu yang diambil dari seorang guru ialah ilmu yang diselit dengan panduan dan bimbingan bagaimana ilmu tersebut patut diproses, diamal dan disampaikan kepada orang lain" - Ust Hasrizal Abd Jamil
maka nikmat tuhan yan manakah kamu dustakan?
Maka nikmat tuhan yan manakah kamu dustakan?
Everything happened so smooth and fast. Finally I've got married. Alhamdulillah. Yeay! Takde nak yeay sangat pun because marriage is not a bed of roses kan. There's always the up and down in every phases of life. It's really up to us to make our life good or bad. The choice is in your hand.
Always be thankful even for benda-benda remeh dan kecik. Sooner or later insya Allah, Allah makbulkan benda yang besar. Always be good to others no matter how bad they are. Whatever it is, kita hanya mampu doa yang terbaik dan Allah yang tentukan pengakhirannya. Do your best and leave the rest to Allah. We're only His servant.
"Kau manusia, bukan Tuhan untuk miliki setiap perkara"
Everything happened so smooth and fast. Finally I've got married. Alhamdulillah. Yeay! Takde nak yeay sangat pun because marriage is not a bed of roses kan. There's always the up and down in every phases of life. It's really up to us to make our life good or bad. The choice is in your hand.
Always be thankful even for benda-benda remeh dan kecik. Sooner or later insya Allah, Allah makbulkan benda yang besar. Always be good to others no matter how bad they are. Whatever it is, kita hanya mampu doa yang terbaik dan Allah yang tentukan pengakhirannya. Do your best and leave the rest to Allah. We're only His servant.
"Kau manusia, bukan Tuhan untuk miliki setiap perkara"
Wednesday, July 31, 2013
nafsu bulan ramadhan
Nak botol air 1L baru
Nak jubah lycra empire cut
Nak mixer untuk baking
Juga.
The 5 Loves Languages - Gary Chapman
How To Be Interesting - Jessica Hagy
Teach Your Children Learn and Play - James Windbell
Erti Hidup Pada Memberi - Hasrizal Abdul Jamil
Roadmap to Financial Freedom - Yap Ming Hui
Words You Should Teach Your Children From
Character and Confidence to Patience and Peace - Paula Blazer
The 15 Invaluable Laws of Growth - John C. Maxwell
8 Habits of Love - Ed Bacon
Working With Emotional Intelligence - Daniel Goleman
Peaceful Parents Happy Kids - Dr.Laura Markham
Kalau ada softcopy lagi cun.
Fuh. Fuh. Nafsu.
Lain kali boleh tambah lagi.
Ni hasil lepak kat bookstore masa takde duit. Kehkeh.
Selamat ber-lailatul qadar!
Nak jubah lycra empire cut
Nak mixer untuk baking
Juga.
The 5 Loves Languages - Gary Chapman
How To Be Interesting - Jessica Hagy
Teach Your Children Learn and Play - James Windbell
Erti Hidup Pada Memberi - Hasrizal Abdul Jamil
Roadmap to Financial Freedom - Yap Ming Hui
Words You Should Teach Your Children From
Character and Confidence to Patience and Peace - Paula Blazer
The 15 Invaluable Laws of Growth - John C. Maxwell
8 Habits of Love - Ed Bacon
Working With Emotional Intelligence - Daniel Goleman
Peaceful Parents Happy Kids - Dr.Laura Markham
Kalau ada softcopy lagi cun.
Fuh. Fuh. Nafsu.
Lain kali boleh tambah lagi.
Ni hasil lepak kat bookstore masa takde duit. Kehkeh.
Selamat ber-lailatul qadar!
Saturday, July 13, 2013
tips kawin cepat
"Akak, nak kawin cepat cemana?"
"Allah yang tetapkan jodoh, ajal, rezeki kita semua. Tanya la Dia, minta kat Dia, dengar cakap Dia. Solat pun malas-malas ingat Allah nak bagi ke?"
"Okay kak. Kejap eh"
"Nak pergi mana?"
"Ambil wuduk nak solat. Nak kawin cepat, kena solat awal waktu"
Okay.
Of course la bukan tu je.
Okbai.
Moga Allah sayang.
"Allah yang tetapkan jodoh, ajal, rezeki kita semua. Tanya la Dia, minta kat Dia, dengar cakap Dia. Solat pun malas-malas ingat Allah nak bagi ke?"
"Okay kak. Kejap eh"
"Nak pergi mana?"
"Ambil wuduk nak solat. Nak kawin cepat, kena solat awal waktu"
Okay.
Of course la bukan tu je.
Okbai.
Moga Allah sayang.
Thursday, July 4, 2013
asking the right questions!
Alhamdulillah i got a chance to attend a course on marriage and family development. It was held in IIUM a few weeks back and the speaker was of course a fantastic and hilarious marriage counselor from Toronto Canada, 'The Rock Syeikh', Syeikh Riad Ourzazi. I would like to share with my friends so that we can build and develop a happy muslim family insya Allah. Who knows you will become my 'besan'. Kalau mak ayah dia berkahwin dengan cara yang baik mesti anak-anak dia pun insya Allah baik kan? Ehe berangan.
So here are few questions that you should ask before you get married. Kadang-kadang orang dah ber-couple lama pun tak cukup kenal lagi pasangan dia kan? Perkahwinan bukan cuma sehari dua yang dirancang bagai nak rak dengan segala persiapan mungkin hingga berpuluh dan beratus ribu ringgit. Tetapi juga sebuah perjalanan yang panjang dan menuntut pelbagai persiapan dalaman yang kukuh.
Perkahwinan bukan cuma sebuah medium menghalalkan hubungan cinta dan kasih sayang. Bukan cuma sebuah impian memenuhi fitrah. Tetapi sebuah impian seorang hamba dan khalifah dalam memperkasa langkah membina bata-bata pembentukan sebuah masyarakat muslim yang cemerlang. Perkahwinan adalah sebuah medan membentuk zuriat yang merupakan amanah dalam mendidik seorang hamba dan khalifah yang juga seorang umat Rasulullah. Bayi suci itu, kanak-kanak itu, remaja itu, pemuda itu bukan cuma seorang anak tetapi seorang hamba, seorang khalifah, seorang umat yang tanggungjawap mendidiknya terletak pada bahu si ibu dan bapanya. Pastinya bukan sebuah tugas mudah. Ia sangat menuntut kepada persediaan yang kukuh dan rapi.
Perkahwinan yang terdiri daripada pertemuan dua insan yang berlainan jantina. Perbezaan jantina itu sendiri sudah membawa kepada bermacam kepelbagaian sikap dan tingkahlaku, apatah lagi dengan latar belakang pendidikan dan keluarga. Perkahwinan yang bukan cuma sebuah pertemuan dua insan tetapi juga sebuah gambungan dua keluarga. Kemahiran sosial sangat memainkan peranan penting dalam perkara ini. Bagaimana saat menghadapi masalah, saat menghadapi perbezaan pendapat, saat menghadapi masalah kewangan, penyakit hati atau kefuturan iman dan lain-lain.
Jelas persiapan ke arah sebuah perkahwinan bukan cuma persiapan dari aspek kewangan, kematangan fikiran, kefahaman agama tetapi juga kemahiran-kemahiran sosial seperti bahasa tubuh, bahasa cinta, bahasa adat, dan lain-lain. Apa pun kunci yang paling utama sama seperti dalam aspek kehidupan yang lain jelas memerlukan kesabaran yang keluasan jiwa yang tinggi. Oh, sangatlah banyak membebel gaya mak neneknya.
The list of the question that you should ask before get married
·
Why do you want to get married?
·
What do you look for a husband/wife?
·
What role does Islam play in your life?
·
Tell me about the last time you get angry and
why?
·
Are you a better listener or speaker?
·
What’s your worst habit?
·
Are you a visual, an auditory or a kinesthetic?
·
What’s your message in life?
·
What do you believe was the bond that kept your
parents married?
·
What characteristics of your parent’s marriage
would you like to see in yours?
·
What characteristics of your parent’s marriage
would you like to to avoid?
·
Who was the main decision maker in your family?
·
Would you like your marriage to follow the same
pattern?
·
What do you believe was the cause of their
divorce?
·
Who is your role model of a single parent?
·
Growing up, were you mostly exposed to positive
and loving relationship?
·
If your parents don’t approve of your partner,
how it will affect you marriage?
·
Whose side will you most likely to take if
there’s disagreement between parents and partner?
·
Do you plan on living with your parents at any
time during your marriage?
·
Will you financially support you parents when
they retire or become unable to support themselves?
·
Who will take the primary responsibility of
disciplining your children?
·
Describe your parenting style
·
Describe a moderate and a serious offense and
the corresponding disciplinary actions that you would take
·
What priorities in life will you try to impress
upon your children?
·
Do you believe that girls and boys should raised
differently, if so how?
·
How will you your children affection?
·
May Allah bless.
Monday, June 10, 2013
begitu cinta kita
Seorang sahabat Rasulullah SAW, Rabiah bin Kaab namanya. Beliau berkongsi pengalaman ketika bermalam bersama junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW pada suatu malam.
“ Diwaktu malam, aku menghampiri Rasulullah SAW dengan menghantarkan air wudhu dan beberapa keperluan yang lain.”
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepada ku dengan penuh lemah lembut :
“ Apa yang engkau cita-citakan, wahai Rabiah?,”
Rabiah membalas dengan penuh penghormatan :
“ Aku ingin menemanimu di Syurga!,”
Rasululllah SAW bertanya lagi :
“ Selain itu, wahai Rabiah?,”
Rabiah menjawab :
“ Sama sahaja Ya Rasulullah, aku hanya ingin menemanimu di Syurga.”
Rasulullah SAW dengan wajah yang tenang mengatakan :
“ Jika demikian, bantulah aku untuk mewujudkan apa yang engkau inginkan itu dengan memperbanyakan sujud.”
( Hadis Riwayat Muslim)
"Weh, kenapa sedih, kita janji nak jumpa kat syurga balik kan?"
Begitu cinta kita.
gagahlah wahai cinta hatiku
kita bertemu sejak kita cuma segumpal darah.
bertemu saban minggu dalam halaqah.
disiplin dalam mutabaah.
semua itu mengalir dalam tubuh ibarat darah.
dihantar ke bumi basah penuh tarbiyah.
dengan harapan tinggi menjadi hamba dan khalifah.
kita bertemu menyemai ukhwah.
segala khilaf dibincang dalam halaqah.
dan hubungan kita bukan cuma kerana mahabbah.
tetapi kerana perjuangan menjulang dua kalimah.
harta, pangkat, rupa tak pernah membezakan kita.
kerana yakin taqwa penentu segala.
dengkinya hati bila terlepas qiamulail, tilawah, i'adah
sampai sanggup bersengkang mata berhirasah.
sampai satu saat.
lama kau peluk hangat.
bumi basah itu perlu ditinggalkan.
demi menyahut seruan perjuangan.
bukan mudah menghadapi mehnah.
semua perkara perlu dilaksanakan penuh hikmah.
aku tahu ada kala kita lemah.
tapi tak bermakna kita menyerah.
kita bertemu sesekali dalam muktamar dan daurah.
buku nota corak kartun itu kita catatkan segala muzakarah.
episod fikrah berkembang ke episod harakah.
berbezanya maksud lughah pasti berbeza maksud istilah.
amal kita bukan cuma pada catatan buku nota kartun.
tapi gagah pada langkah yang dihayun.
gagahlah wahai cinta hatiku.
kita semakin menghampiri hari itu.
moga kita menyumbang sesuatu.
untuk menunaikan janji kita kembali ke kampung yang satu.
gagahlah wahai cinta hatiku.
gagahlah.
tegas aku membisik doa saban waktu untuk kamu cinta hatiku.
bertemu saban minggu dalam halaqah.
disiplin dalam mutabaah.
semua itu mengalir dalam tubuh ibarat darah.
dihantar ke bumi basah penuh tarbiyah.
dengan harapan tinggi menjadi hamba dan khalifah.
kita bertemu menyemai ukhwah.
segala khilaf dibincang dalam halaqah.
dan hubungan kita bukan cuma kerana mahabbah.
tetapi kerana perjuangan menjulang dua kalimah.
harta, pangkat, rupa tak pernah membezakan kita.
kerana yakin taqwa penentu segala.
dengkinya hati bila terlepas qiamulail, tilawah, i'adah
sampai sanggup bersengkang mata berhirasah.
sampai satu saat.
lama kau peluk hangat.
bumi basah itu perlu ditinggalkan.
demi menyahut seruan perjuangan.
bukan mudah menghadapi mehnah.
semua perkara perlu dilaksanakan penuh hikmah.
aku tahu ada kala kita lemah.
tapi tak bermakna kita menyerah.
kita bertemu sesekali dalam muktamar dan daurah.
buku nota corak kartun itu kita catatkan segala muzakarah.
episod fikrah berkembang ke episod harakah.
berbezanya maksud lughah pasti berbeza maksud istilah.
amal kita bukan cuma pada catatan buku nota kartun.
tapi gagah pada langkah yang dihayun.
gagahlah wahai cinta hatiku.
kita semakin menghampiri hari itu.
moga kita menyumbang sesuatu.
untuk menunaikan janji kita kembali ke kampung yang satu.
gagahlah wahai cinta hatiku.
gagahlah.
tegas aku membisik doa saban waktu untuk kamu cinta hatiku.
hari-hari terakhir
dahulu.
hari-hari terakhir di bumi itu.
tak pernah diucap salam perpisahan.
yang ada cuma salam perjuangan.
selamat ke medan amal.
bersama janji padu.
kembali bertemu di kampung yang satu.
kita tak pernah berpisah.
kita cuma melaksanakan tugas.
jundi gagah tak pernah culas.
aku rindukan kalian.
semoga saling menggagah.
hari-hari terakhir di bumi itu.
tak pernah diucap salam perpisahan.
yang ada cuma salam perjuangan.
selamat ke medan amal.
bersama janji padu.
kembali bertemu di kampung yang satu.
kita tak pernah berpisah.
kita cuma melaksanakan tugas.
jundi gagah tak pernah culas.
aku rindukan kalian.
semoga saling menggagah.
tak pernah lelah cuma melepas gundah
mungkin aku patut patah balik.
tidak.
nafas perjuangan ini mengalir sejak aku cuma segumpal darah.
bagaimana mungkin aku berpaling arah.
ya.
aku pejuang.
untuk apa dididik penuh basah.
kalau bukan untuk berjuang gagah.
mungkin hari ini aku di bawah.
tapi bukan bermakna kalah.
tak pernah lelah.
cuma melepas gundah.
kejayaan hakiki hanya cuma satu.
berhimpun kembali di situ.
kampung kita.
dan hidup ini cuma dua jari.
cuma selang azan dan iqamat.
biar tersungkur lari.
biar mulia tamat.
aku genggam.
aku hadam.
biar teguh.
tanpa rapuh.
tidak.
nafas perjuangan ini mengalir sejak aku cuma segumpal darah.
bagaimana mungkin aku berpaling arah.
ya.
aku pejuang.
untuk apa dididik penuh basah.
kalau bukan untuk berjuang gagah.
mungkin hari ini aku di bawah.
tapi bukan bermakna kalah.
tak pernah lelah.
cuma melepas gundah.
kejayaan hakiki hanya cuma satu.
berhimpun kembali di situ.
kampung kita.
dan hidup ini cuma dua jari.
cuma selang azan dan iqamat.
biar tersungkur lari.
biar mulia tamat.
aku genggam.
aku hadam.
biar teguh.
tanpa rapuh.
Monday, June 3, 2013
lain.
sesuatu yang disemai sejak dalam kandungan.
dididik dengan cara yang lain dari orang lain.
basah dalam lubuk di bumi tarbiyah.
15 tahun paling kurang di bumi itu.
disemai, diasah, diuji.
menjadi darah daging.
berhembus pada setiap helaan nafas.
tapi.
tak pernah terkecuali dari diuji.
juga jatuh dan menangis.
juga lemah dan sering ditegur.
perspektif kita mungkin berbeza.
tapi tidak pernah memisahkan.
tidak pernah sesekali.
kerana yang menghubungkan kita bukanlah jemaah ini atau keluarga besar ini.
tetapi dua lafaz suci kita saban hari.
moga jannah tempat bertemu kembali.
dididik dengan cara yang lain dari orang lain.
basah dalam lubuk di bumi tarbiyah.
15 tahun paling kurang di bumi itu.
disemai, diasah, diuji.
menjadi darah daging.
berhembus pada setiap helaan nafas.
tapi.
tak pernah terkecuali dari diuji.
juga jatuh dan menangis.
juga lemah dan sering ditegur.
perspektif kita mungkin berbeza.
tapi tidak pernah memisahkan.
tidak pernah sesekali.
kerana yang menghubungkan kita bukanlah jemaah ini atau keluarga besar ini.
tetapi dua lafaz suci kita saban hari.
moga jannah tempat bertemu kembali.
cinta di atas segala cinta
"The kind of feeling when everything you’re used to has been ripped away. Like there’s no more gravity, and I’m left to drift in outer space with no idea where I’m going."
Friday, April 12, 2013
dimensi tauhid
I found this on my long lost note book. Very well said and for my reminder too
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali.
Sesuatu yang luput dari genggaman,
keinginan yang tidak tercapai,
kenyataan yang tidak sesuai harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.
Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu,
majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan.
Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.
Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.
Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.
Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum:
harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang.
Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar.
Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan.
Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)
Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya."
Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah menghulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah,
dengarkan ini dari Allah: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat.Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak. Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
April yang mendewasakan
Bismillah.
Fuh. Fuh. Berhabuk sungguh rasanya. Alhamdulillah usai sudah segala urusan di medan kampus. Apa pun hadirnya cuti ini yang pastinya penuh dengan agenda. PRU is just around the corner bersama agenda keluarga dan bersama sahabat yang lain. Oh yes, saya akan mengundi buat pertama kali. Super excited sikit. Banyak juga kena study ni pasal politik. Oh buku-buku di almari juga menanti haknya untuk ditunaikan. Macam ada habit baru kan beli buku tapi tak baca. Sadis betul. Tolong jangan makin lemah membaca!
Nak berazam rajin update blog cuti ni tapi mari kita lihat mampu ke tak. Agenda di alam realiti lebih utama bukan?
Moga Allah mudahkan semua urusan kita.
Thursday, April 4, 2013
The story of survival
Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam. Berlari lagi jejari ini di papan kekunci. Usaha untuk lebih hidup di dunia realiti berbanding berjimba dengan alam maya. Dah berzaman rasanya tak online, scroll down timeline segala. Banyak guna handphone dengan akses yang terhad. Alhamdulillah.
Dah berzaman tak online ni macam excited jgak banyak benda nak baca. Takpela sesekali ok je. Makin lama macam makin tak suka nak update blog. I miss my words. It's just the story of my survival. Life is aint easy right. Rabbuna yuqawwiy alayna
Dah berzaman tak online ni macam excited jgak banyak benda nak baca. Takpela sesekali ok je. Makin lama macam makin tak suka nak update blog. I miss my words. It's just the story of my survival. Life is aint easy right. Rabbuna yuqawwiy alayna
sungguh aku rindu kamu
waktu terus berlalu.
berlalu tanpa menoleh lagi.
aku tahu aku perlu berlari.
berlari tanpa henti.
terus dicapai apa yang di hadapan
dan tinggalkan segala kenangan silam.
masa lalu yang takkan mampu datang lagi.
kadang-kadang datang saat yang aku rindu sangat.
sangat rindu. sangat.
sungguh aku cinta kalian.
moga kalian terus gagah di medan masing-masing.
janji kembali bertemu di syurga.
hira' dalam kenangan.
tekad aku membina biah itu di dunia aku sendiri.
berlalu tanpa menoleh lagi.
aku tahu aku perlu berlari.
berlari tanpa henti.
terus dicapai apa yang di hadapan
dan tinggalkan segala kenangan silam.
masa lalu yang takkan mampu datang lagi.
kadang-kadang datang saat yang aku rindu sangat.
sangat rindu. sangat.
sungguh aku cinta kalian.
moga kalian terus gagah di medan masing-masing.
janji kembali bertemu di syurga.
hira' dalam kenangan.
tekad aku membina biah itu di dunia aku sendiri.
Tuesday, February 5, 2013
cause heaven's where her heart is
Dalam resah, dalam gundah, ku ingatkan diri orang beriman itu tenangnya dia dalam apa jua keadaan sekali pun. Meyakini bahawa segala sesuatu adalah yang terbaik seperti yang tersurat dalam takdir-Nya. Berusaha sehabis mungkin dan menyerahkan segalanya pada Allah. Jatuh bangun hidup ini banyaknya memberi pengajaran kepada kita untuk renungi dan berfikir. Apa pun semuanya akan kembali pada Allah.
Kembali berpegang pada tugas utama, menjadi anak yang solehah menyejukkan mata mak abah, dalam susahnya tidak berputus asa, dalam senangnya berkongsi. Menjadi pelajar yang gigih berusaha biar terpaksa merangkak demi kejayaan. Menjadi ummi terbaik dalam memikul amanah mendidik umat muhamad. Menjadi isteri terbaik di samping jodoh yang ditetapkan. Menjadi daie hebat yang terus berjuang meski di tenang kejahilan masyarakat.
Hidup ini cuma sebentar. Hari esok mungkin kita akan dipanggil pulang.
Ramai yang menjadi saksi hidup ini. Ramai yang tahu jerit perih hidup seorang hamba ini. Cuma mungkin lebih baik tidak dicatat kisah hidup yang kelam dan derita agar lebih fokus pada masa depan yang membawa seribu peluang dan sinar harapan.
Kalian yang pernah hadir tidak sekalipun disesali meski ada yang mencoret luka dalam di hati. Hari-hari yang berlalu pastinya mematangkan kita. Menjadikan kita lebih dewasa. Moga dengan itu lebih membuka mata hati kita untuk selalu merenung dan muhasabah kehidupan kita yang cuma sebentar di dunia ini. Moga nanti berjumpa lagi di syurga kelak.
sesuatu yang sering diulang-ulang
“Di mana Allah saat ini dalam hatiku?”
“Baby, mana letak Allah ni?”
Sesuatu yang sering diulang-ulang dalam hati.
Mohon merayu pada hati janganlah Allah itu cuma dalam kata-kata hebat kencang terlafaz dalam bait-bait kata yang terucap.
Mohon merayu pada diri janganlah Allah itu cuma dalam buku-buku yang tercetak yang kononnya rajin sangat dihadam.
Mohon pada diri janganlah Allah itu Cuma di atas tikar sejadah dan kemudian dilipat di sudut dinding.
Mohon pada diri janganlah Allah itu cuma pada sujud di dalam masjid, keluar dari masjid maka ditinggalkan Allah di dalam masjid.
Allah, Engkau dekat penuh kasih sayang, kaya dengan asma-Mu yang mulia
Sunday, January 13, 2013
serikandi
Setiap insan yang lahir ke dunia dihantar dengan misi hidup mencari bekal ke akhirat. Berkompaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Macam mana nak hidup kalau kompas sendiri tak tahu nak baca, tak habis hadam. Terus teraba-raba dalam hidup sendiri.
Sungguh dunia yang sangat sementara. Sungguh dunia yang penuh dengan perhiasan sementara. Janganlah kita silau dek kemilaunya perhiasan yang sementara ini. Jangan biar perhiasan ini menghalang kita untuk terus mara, terus melangkah laju mencari redha dan sayang Allah.
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa wanita-wanita, anak-anak, harta benda yang tertumpu dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik"
- Ali Imran 14
Tajam ayat ini menikam hati. Adakah kita silau dengan bahagian awal ayat tanpa kita sedari di sisi Allah lah tempat yang terbaik.
Lahirnya sebagai seorang wanita yang dibawa bersamanya pelbagai pintu-pintu fitnah. Kunci pintu itu pastinya terletak pada dirinya sendiri. Memilih untuk menjadi fitnah atau kunci kemuliaan. Menjadi kunci kemuliaan dengan memilihara hati, mendidik iman dan membina taqwanya. Sentiasa berada dalam kawalan emosi dan mengasah kebijaksanaan akal.
Sungguh hati seorang gadis yang tidak miliki apa pun, tersangatlah hina dengan amal-amalnya yang seciput, belum lagi ditolak dengan amal-amal yang entah ikhlas dan diterima Allah atau pun tidak.
Cuma dia sentiasa ingat pesan dan misi didikan mak abahnya.
"Hidup ini adalah perjuangan aishah"
"Hidup ini sementara aishah"
"Orang Islam dan beriman mana ada istilah malas"
"Orang sibuk kejar sayang Allah takde masa layan perasaan remeh temeh"
I'm just too busy to gain Allah's love. Mohon sahabat sekeliling sama-sama membantu, menyokong dan berpimpin tangan ke sana. Mohon bakal suami, mertua, majikan tergolong dalam golongan yang sama.
”Para penghafal Al Quran itu adalah pembawa panji-panji Islam, tidak sepatuutnya ia berleka-leka bersama orang yang leka, atau melupakan (tujuan hidup yang tinggi) bersama orang yang lupa, atau melakukan perkara-perkara yang sia-sia bersama orang yang melakukannya; sebagai mengagungkan hak Al Quran itu”.
Impiannya menjadi serikandi Islam yang gagah di medan amalnya.
Impiannya cuma mencari cinta Allah.
Allahu Allah.
Ya Rasulullah salamun 'alaik.
Tiada cinta, tiada rindu yang lebih agung dari ini.
Moga Allah makin sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)