Tuesday, January 31, 2012

my hero : kau hadir dalam igauanku

Beliau merupakan antara tokoh awal yang diperkenalkan di awal dunia tarbiyah saya. Keterujaan mengkaji sejarahnya sangat tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata.

My childhood superhero.

*tak puas rasanya nak gambarkan hebatnya beliau*








nak suami macam dia boleh?

born to do great things



Well, my parents named me with aishah for something.
Being such like amazing Aishah the Ummul Mu'minin.


Simple things can be a great things in some ways.
Well, yeah we are awesome in with our mind and iman of course.

"verily, we created man of the best stature"
95: 4

But at the end,

"verily, the most honourable of you with Allah is that who has Taqwa"
49:13

Simple action can be a great deed in some ways.

I
"apa yang awak buat tu?"
"sapu sampah ni ha"

II
"apa yang awak buat tu?"
"sapu sampah untuk mudahkan orang lain jalan kat sini"

III
"apa awak buat tu?"
"sapu sampah sambil muhasabah hati kalau boleh dibayangkan hati kotor macam ni"

IV
"apa awak buat tu?"
"sapu sampah untuk bantu ummah agar lebih mudah melaksanakan urusan seharian, moga di hujungnya nanti tertegak kembali daulah. sekurang-kurangnya dapat bantu orang lalu kawasan ini dengan lebih selesa kerana mereka mungkin sibuk berkejar laksanakan tugas ummah"

Kalaulah semua tukang sapu berjiwa seperti itu.
Kalaulah semua pelajar sedar, dia belajar untuk bantu ummah.
Kalaulah semua ibu ayah sedar, mereka sedang mendidik ummah.
Kalaulah semua guru-guru sedar, mereka sedang berhadapan dengan pemangkin ummah.
Kalaulah semua makcik kantin sedar dia sedang memberi makan perajurit ummah.
Kalaulah semua pakcik bas sedar dia sedang membawa pemuda harapan ummah
Kalaulah semua pekerja kilang sedar dia sedang memproses barangan untuk ummah.


Pasti berkobar hati bila seorang guru berkata,
"Wah, kamu semua ini pemangkin ummah tahu? Wajah yang membawa sinar harapan untuk kebangkitan ummah"

Pasti terbangun jiwa dan semangat khalifah dalam jiwa anak-anak bila dapat bed time story seperti,
"Anak-anak ummi ni kena jadi ummah yang terbaik macam Allah cerita dalam surah Ali Imran, kita ajak orang buat baik nasihat orang yang buat jahat sebab ummi nak jumpa lagi anak-anak ummi kat syurga nanti"

Terasa getar dalam hati sendiri.
Impian besar perlu dipikul dengan jiwa yang besar.
Juga pasti ada pengorbanan yang besar.


Perjuangan tak pernah lengkap tanpa pengorbanan.
Pastinya yang belum terkorban itu belum tiba lagi di medan yang sebenar.

Harus kuat.
Wajib!


Monday, January 30, 2012

aishah gagah v setan gemuk

tadi setan gemuk datang hasut.
dia tak bagi pergi kelas.
tapi aishah gagah.
dia lawan setan gemuk.
dia tak boleh kalah.
lalu aishah yang kuat menggagah ke kelas.

lagi ujian datang.
semua orang ada 'partner' buat essay.
partner aishah tak datang, dia MC
aishah sedih lagi.
tapi aishah kan kuat.
dia berusaha menggagah diri buat seorang diri.

tak pandang kiri kanan.
akhirnya siap.
walaupun lambat.
aci la sebab dia buat seorang diri.
bila refer pada puan pensyarah.
puan pensyarah senyum.
dia cakap, "well done!"

aishah senyum.
senyum lebar.
terus semangat nak buat semua kerja.
semua yang bertimbun tu.

baik kan Allah?
aishah kena gagah ke kelas.
bila aishah gagah, aishah dapat kekuatan.
Allah baik sangat pada aishah!
terima kasih Allah.

lagi dua-tiga minggu test berderet.
final exam pun dah nak dekat.
aishah kena lagi kuat.
kena kuat sangat.
kuat bangun tahajud.
kuat study.
kuat fokus.

aishah tak boleh main-main.
bila datang mood kena struggle cepat-cepat.

"mood aku dah la susah nak datang, baik kau jangan kacau"

itu ayat aishah pada setan-setan gemuk.
fuh fuh fuh.

bantu aishah ya Allah.
berikan yang terbaik buatnya.
Kau yang Maha Tahu.
Maha Kuasa.

Allahummar zuqni fahman nabiyyin wa hifzal mursalin wa ilhamal malaikatal muqarrabin.

*mood menggedik manja dengan buku-buku.


Sunday, January 29, 2012

mimpi

bukanlah seberapa besar mimpi kalian
tapi berapa besar kalian untuk mimpi itu


forget the limit

i always forget to put the limit to myself.
when at last i fall and cry.
but later i know i should continue till the end.
the no-one-know-when the end
fortunately later make me stronger

Bila cinta berbahasa

Dua jiwa, dua hati.

"Awak, dalam dunia ini tiada yang milik kita. Esok lusa pasti kita kena pulangkan semula. Sekurang-kurangnya bersyukur jika dia masih di sisi"

Lafaz dia sambil tersenyum.

"Seperti cinta dua pemuda yang bertemu dan berpisahnya semata kerana Allah? Yang even para sahabat pun jealous tu?"

Dia senyum lagi.

"Saya nak masuk syurga. Awak nak ikut? Kalau awak nak ikut awak kena sayang dan cinta saya kerana Allah semata. Kalau kita tak jumpa lagi pun nanti, Insya Allah kita jumpa lagi di syurga"

Senyum dia makin lebar.

"Tapi nanti tak jumpa di dunia?"

"Dunia itu cuma ibarat dua jari seperti sabda Rasulullah. Di syurga nanti kita boleh bercinta sehingga ke akhirnya bukan?"

Ada air mata yang bergenang dan deras mengalir laju.

Dalam tangis dan air mata kita gusar kerana dunia. Kita lupa cinta itu terlalu suci untuk dinodai dengan hal seperti itu. Kerana cinta itu selayaknya diberikan sepenuhnya kepada Dia sang pencipta.

Sungguh dunia ibarat penjara bagi seorang mu'min.


Moga kita berkumpul bersama di syurga nanti.


"Mualimah dah bayangkan anak-anak didik mualimah nanti duduk lagi berhimpun macam ni tapi mungkin bukan esok bukan lusa, tapi di syurga nanti. Mungkin nanti kita berada di bawah pohon rimbun, di tepi sungai sambil mengagungkan Allah raja segala raja"

Sebabnya mudah. Kerana kami bercinta dan cinta kami kerana Allah semata.

Saksikan cinta kami ya Allah.


tunang

Pada suatu masa yang ditetapkan... 
Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu.. ??

Pernahkah taubat sepanjang hayat.. ??
Atau terkubur bersama dosa-dosa... ??

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

stand out or fit in

Sering sahaja rasa diri penat dan letih. Berhempas pulas untuk itu dan ini. Sesekali ada rasa berbisik untuk hanya duduk dan diam. Perhatikan manusia sekeliling. Melihat dan mengkaji.

"Awak nak tengok je aishah?"

"Tak percaya kite awak nak buat camtu je"

Gaaahhh. Malangnya saya tidak dilahirkan dengan sifat begitu.

"Mak tahu, you'll do everything if you want something, you're so ambitious unless there's something trouble some you"

Saya sememangnya kalah bila berhadapan dengan mak. Berlagak macho and cool depan orang lain memang mudah. Sampai depan mak nangis bersedu-sedu juga. Mak peluk merengek-rengek juga. Haish.

"Comel mak ada pipi macam tomato la"

"Maaaaaaaaakkkk!!!"

Adengan kejar mengejar bermula.

Okay. Dah homesick la tu. Yes, homesick sangat. Rindu nak gosip-gosip dengan mak. Tapi lately mak seems so serious with the gossip. Hurm.





"You need to focus, there're so much things in your mind and i knew it. Focus dear"

Baca sepuluh kali. Telan. Bagi hadam.


bait muslim

Seminggu lepas seorang sahabat ikhwah satu batch sudah melangkah ke tangga seterusnya. Barakallahu lakuma. Saya perhatikan perjalanan mereka. Cara pemilihan pasangan dan langkah-langkah untuk tangga seterusnya menarik hati saya.

Bagaimana kita seharusnya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah dan mereka yang dipercayai. Kita tak pernah tahu kewujudan ramai lagi wanita solehah atau mungkin juga lelaki soleh yang tidak hanya aktif dalam kelas, persatuan atau pun facebook. Mungkin sahaja wanita-wanita solehah ini lebih baik dan sekufu untuk kita.

Pernikahan dan perkahwinan semestinya bukan sekadar sebuah tuntutan fitrah. Memahami wanita itu tiang kehidupan. Betapa pentingnya perhatian terhadap wanita sehingga disebut-sebut baginda di saat genting sakaratul maut. Setiap detik dalam kehidupan Rasulullah pastinya sebuah didikan dan tarbiyah buat isteri dan ahli keluarganya. Sehingga membentuk Aisyah r.a yang berani menyertai perang uhud dan yang paling banyak meriwayatkan hadith.

Memahami sunnah sebuah perkahwinan bukanlah sekadar memahami tanggung jawap seorang suami dan isteri bahkan ia lebih dari itu. Melangkaui banyak perkara.

Rabbuna yusahhil.
Qu' Allah facilite.

Saturday, January 28, 2012

somewhere and sometimes

somewhere, sometimes i do feel that i'm not belong here
but i'm still on a journey where i'm destined to

a few steps to go.

"at least be strong for yourself sha"
thanks twin.

Friday, January 27, 2012

Ain't a loser



Masih mahu mengeluh?
Biar mengalir air mata itu.
Kau perlu bangkit.
Dalam genangan air mata kau berlari.
Biar tersungkur.
Tak pernah salah untuk bangkit lagi.
Lagi dan lagi.

not that well

Hidup semput-semput telah menghilangkan selera makan saya. Semakin jarang menjamah nasi. Apa yang dimakan pun tak tahu. Nampak sandwich macam sedap. Segigit dua dah tak lalu. Nampak burger. Sekali dua kunyah dah rasa tak selera.

Muka pucat.
Kulit kusam.
Bibir kering.
Kuku biru.

What happen?

di tabir rasa hati



Dalam diam itu.

silence





Isn't it too much?
It just make me stronger.

Hasbi rabbi jallallah

Allah hadirkan kau ujian untuk kau makin gagah.
Allah hadirkan ujian untuk kau tahu Dia sayangkan kau.
Agar tidak terus tersasar.
Agar sedar ada cinta dari-Nya.

Cukup ada Dia.
Cukup.


Thursday, January 26, 2012

kisah semalam yang direnung

Merenung ayat-ayat di dalam Al-Quran memang meruntun hati.

Berat rasanya memikul beban ini.
Seorang yang masih muda lasak, gedik, mengada.
Dianugerahkan nikmat juga satu ujian yang berat.

Tak pelik bila satu masa dulu ada seorang saudara berkata,

"Aku bukan tak nak masuk tahfiz tu tapi nanti susah kalau buat dosa"

Tapi bukanlah sesuatu yang mustahil bila,

"Esyah plan nak improve tajwid je, at least kalau esok-esok kiamat esyah ada usaha yang hafal walaupun tak rasa macam boleh habis masuk tahfiz ni"

Bila setiap hari di-brainwash dengan Al-Quran.
Subhanallah.
Sering sahaja air mata ini mengalir.
Kerana cinta dan azam digagahkan jua.

Satu slogan yang sering dicatatkan di mana-mana buku.

"Aku pembawa panji kalau bukan aku siapa lagi"

Bila berkata Fudhail Ibnu Iyadh,

"Penghafal Al-Quran adalah pembawa panji Islam, tidak patut ia bersama orang yang melambatkannya atau bersama orang yang lambat atau lupa bersama orang yang lupa atau pula bersuka-suka, semuanya demi mengagungkan hak Allah"

Rasa nak tampar diri sendiri.

Lagi bila Asy-Syafei berkata,

Siapa belajar Al-Quran besar harganya,
Siapa belajar fiqh agung wawasannya,
Siapa belajar hadith kuat hujahnya,
Siapa belajar matematik cerah otaknya,
Siapa belajar seni lembut wataknya
Siapa tak tahan nafsu tak manfaat ilmunya.

Tersentak.
Dimana aku?

Hari ini aku di sini lagi masih tenang dalam berilusi
Mana perlu ku melangkah mana betul dan yang mana salah
Masih bertarung dengan diri melawan nafsu nafsi

Jangan hina bila Akbar mengungkap kata di atas dalam lagu Perhitung.
Baca lirik dengan perlahan.
Makan dalam. Sentap.

Tapi sampai bila?
Umat ini akan terus bangkit dan aku masih mahu tercicir di belakang?

Sambung lagu Perhitung oleh Akbar,

Tunggu apa ditunggu aku pun tidak tahu
Kini semakin lesu beriku petunjuk-Mu
Sedar dari lamunan mula ternampak jalan
Kini dalam barisan teruskan perjuangan
Semua gerak dihitung tiada yang tergantung
Sedar atau tak langsung tiada yang melencong
Apa ini ku cari harus merenung lagi
Cuba berkali-kali silap berulang lagi



Moga terus kuat dan saling menguatkan.




i do miss you

Siang tadi bila playlist dalam mp3 sampai ke selawat oleh al-mawlid.
Teringat dah berselawat ke belum hari ini.
Subhanallah rindunya dia.

Wallahi rindu syadeed.

Allah dan para malaikatnya turut berselawat ke atas nabi.

Kita?

Usai berbuka dan solat maghrib dengar satu perkongsian.
Subhanallah lagi sekali tajuknya 'Lantunan Mahabbah Rasulullah'
Membaca tajuknya sahaja terasa ada 'spark' dalam hati.

Rindu tak tipu.

Cinta dia pada kita.
Akhlak dia.

Cair.

Masih di dalam sunnah ke aku sekarang.
Adakah aku meneruskan perjuangannya.
Dapat ke nanti aku syafaatnya.

Terduduk.
Ada airmata berjurai.



najah untuk ummah

Bila sesekali merenung banyaknya tugasan, letihnya jadi student, semput-semput berlari sana sini. Astaghfirullah dah dua post dimulakan dengan merungut. Mengeluh tak lain hanyalah menambah penat!

Sesekali lepas solat terfikir. Aku malas aku gagal. Gagal aku ada memberi kesan kepada sesiapa ke? Berjaya aku ada memberi impak kepada sesiapa? Manusia biasa mungkin akan pantas merasa bangga dengan kejayaan diri sendiri. Berjaya kita hanya untuk diri sendiri ke?

Dapat markah gempak, dapat kerja bagus, dapat gaji besar, kumpul harta, bagi anak bini, jadi harta pusaka. Itu saja? Tak hebat langsung! Orang bukan Islam ramai buat macam tu juga. Orang Islam pun nak sama macam tu?

Biarlah kejayaan atau najah kita untuk ummah. Biar bersama maju. Bukan memikirkan kejayaan diri sendiri tapi bantu bersama kawan-kawan sekeliling. Biar berjaya bersama, bina kejayaan bersama. Meniti kegemilangan ummah. Bukan setakat kegemilangan keluarga. Biar setiap langkah itu  ada redha dan cinta-Nya.


Wednesday, January 25, 2012

selamat

Selamat ulang tahun.
Saya sudah tua.
Makin menghampiri mati.
Moga ada amal dan bakti.

Di tanggal 19 Januari setiap tahun tiada apa yang lebih diharapkan. Cuma semakin banyak berfikir membuat persediaan hari esok. Apa jasa hari semalam. Apa perancangan hari esok. Apa pun yang pasti hari esok pasti lebih mencabar. Apa persediaan hidup di pentas dunia ini. Berapa juga bekal untuk dibawa pulang ke kampung akhirat. 

Di hari itu tiada yang lebih diingati berbanding mak abah tercinta. Tiada kata terucap untuk cinta ini.



dan ini video yang mengingatkan saya tentang sesuatu


Mak masih lagi di situ yang dahulu membantu bertatih untuk berjalan. Hari ini mak membantu anak perempuan sulungnya yang semakin dimanjakan untuk berenang.

"straight your body, widen your arms, then kick!"

Kata itu diulang-ulang. Letih juga berenang ini sebenarnya. Pada awalnya ada rasa geli di dalam hati. Gembira bermain manja mesra dengan mak. Tetapi kemudiannya teringat, hari ini penat mak mengulang ayat yang sama tetapi masih sekaki dua jarak di hadapan dapat berenang. Hari semalam saat adik beradik semuanya masih kecil, bagaimana mak melatih anak-anaknya bertatih. Lebih penat mungkin? Ini baru soal bertatih berjalan. Soal lain? 

Merenung sejenak bila naik dari swimming pool. Ada air mata yang diseka.



Sesekali bila rindu,

"mak, i love you"

"love you much", balas mak.


Awal pagi tanggal 19 Januari itu juga. Suara dia bergema menyanyi mengucap selamat. Terima kasih. Tidak mampu berkata banyak kerana ada air mata yang mengalir. Moga ada cinta, rahmat dan kasih-Nya. Rabbuna musta'an. 

Juga satu panggilan telefon dari ex-classmate yang mengucap riang. Terima kasih kalian. Moga terus berjuang dan bersungguh hingga ke akhirnya.

Terima kasih semua. Jazakumullahu khoiran katheera



pilih

Post sepanjang semester berjalan mungkin akan kelihatan kurang penerangan lanjut kerana ketidakcukupan nafas untuk dihembus, ketidakcukupan jantung untuk berdegup, ketidakcukupan kaki untuk melangkah, ketidakcukupan tangan untuk melakukan kerja. Ehe. Sila bersyukur.

"Dan ingatlah sesungguhnya ketika tuhan mu berfirman, sesungguhnya jika kamu bersyukur akan ku tambah nikmat kepadamu tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, maka pasti azab-Ku sangat berat"
(Ibrahim : 7)


I
Kita sering dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Ada pilihan yang jelas baik buruknya jadi mudah untuk memilih. Ada juga pilihan yang sukar untuk dilakukan. Pilihan yang ada kelihatan sipi-sipi lebih kurang dan amat sukar untuk dipilih. Macam soalan objektif dalam peperiksaan. Gaya pemikiran kritis sangat diperlukan ketika ini. Menyusun pilihan mengikut prioriti dan mengikut kehendak keperluan. 

Seorang penggemar coklat Daim tidak boleh memilih coklat Daim sekiranya duit yang ada hanya mampu untuk membayar coklat cadbury choclairs.

 Seorang wanita penggemar barangan hiasan dalaman korbankan keinginannya untuk melabur demi pendidikan anak-anak. Yuran tuisyen akademik, yuran kelas melukis, yuran kelas renang, yuran kelas menunggang kuda. 

Seorang peneroka FELDA yang duduk di kawasan pedalaman baru memperoleh habuan hasil kelapa sawit tidak membeli sebuah kereta mewah untuk digunakan di dalam ladang kelapa sawit.

Kisah pertama melepaskan pilihan yang disukai kerana tidak mampu. Tidak mampu. Maka mudah, beli sahaja yang termampu.


Kisah kedua melepaskan pilihan hati kerana ada keperluan yang lebih utama dan lebih berfaedah dalam jangka masa yang lebih panjang. Perabot hiasan dalaman mungkin mempunyai nilai yang cantik di pandangan manusia. Pendidikan anak-anak mempunyai nilai yang terkandung dalam diri dan berkembang seiring corak pemikiran dan boleh berkembang dan mencetus idea untuk menghasilkan lebih banyak nilai berbanding cuma satu set perabot hiasan dalaman.

Kisah peneroka FELDA dalam urutan yang ketiga tidak membelanjakan hartanya untuk perkara yang tidak diperlukannya.

Jadi apa keperluan kita? Apakah yang perkara memberi faedah dalam jangka masa panjang? Apakah perkara yang betul-betul menepati keperluan dan kehendak kita? 

Tiba-tiba teringat scarcity, opportunity and choices dalam economy


II
Sering mengadu gagal menyiapkan tugas dalam waktu? Solat kita di awal waktu? Ifhazillaha yafazka, peliharalah Allah, Dia akan memelihara kamu. *ketuk batang hidup sendiri*

Sedar atau tidak antara amal yang paling utama adalah solat di awal waktu. Kenapa? Punctuality and time management dalam islam. Siapa kata islam tak ajar soal professionalisme?

Juga tiada alasan untuk kita umat Islam bersikap professional dalam urusan seharian. Terutama dari segi time management. 

Antara solat di awal waktu atau di hujung waktu. Pilih.




III
Apa pun di akhirnya semua itu sudah dikisahkan.

"Then He showed him what is wrong fpr him and what is right for him. Indeed he succeeds who purifies his ownself. And indeed he fails who corrupts his ownself" (Ash-Shams : 8-10)


IV
Hidup sehari dua ini nampak bahagia hakikatnya sebab banyak due date untuk submit assignment macam lambat lagi. Seriously lambat lagi? Ketuk hidung sendiri. Hidup seorang pejuang itu penuh onak dan ranjaunya. Sila selesaikan tugas di awal waktu agar ada waktu bersisa yang amal dimanfaatkan untuk yang lain. Hidup semput atau hidup bernafas tenang masing-masing punya cara dan maksud tersendiri.

Tadi ber-blog walking jumpa ini

همك على قدر ما أهمك

"kesibukan kamu berdasarkan apa yang kamu agendakan"

Terduduk. Terngadah. Ternganga. 


Monday, January 16, 2012

here and there

I
of great january and february where many great and awesome friends will gather together. ukhwah kami cinta terhebat. cinta hingga syurga!

"cepatkan flight korang boleh?"

"tidaklah sempurna iman seseorang seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri"

II
ramai senior nak kawin. hoyeah. hoyeah. alhamdulillah. maka berjimbalah kami sepelosok dunia meraikannya. diserikan dengan newborn babies senior-senior yang comel dan memiliki kegebuan pipi yang tidak terkata!

III
badan letih lenguh-lenguh, kaki kejang, kepala sakit, mata zombie, test sederet, kerja esok lusa bertimbun lagi, bilik tingkat 3, berulang alik dari blok kolej paling hujung ke blok perpustakaan yang terletak di kawasan pintu masuk utama. rabbuna yuqawwiy ya Allah

IV
kembali me-natural-kan hidup yang tunggang terbalik. menggagah langkah.

"je vous remercie beaucoup pour vous, qui toujors etre la pour moi"

berkata Rasulullah bersabda kepada Abdullah bin Amru bin Al-As,
"sesungguhnya setiap orang yang beramal memiliki puncaknya dan setiap puncak akan mengalami kefuturannya ( rasa lemah semangat ), maka barangsiapa yang pada masa futurnya kembali kepada sunnah, ia beruntung dan barangsiapa yang pada masa futurnya kembali kepada bid'ah maka ia dalam kerugian"
-Hadith riwayat Imam Ahmad

V
usai menguruskan aktiviti kolej yang berlangsung selama satu per empat purnama galaknya. penat tidak terkata. maka banyak yang dipelajari oleh rakyat jelata sekalian.

VI
berorganisasi menjadikan kita matang. harus banyak bertimbang rasa, bertolak ansur, bersangka baik, mengutamakan orang lain. untuk memastikan kesejahteraan dan kecomelan seluruh rakyat dan mengelakkan persengketaan yang sangat tidak comel untuk dipamerkan.

VII
penat berhempas pulas melatih diri esok-esok mahu menguruskan rumah tangga, mengawal emosi bersama anak-anak, membahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya, mengambil pengajaran dan teladan untuk panduan hari-hari mendatang.

"kalau hari ini masalah macam ni pun tak boleh nak handle dan kawal emosi, nanti ada anak-anak dan suami macam mana. suami dan anak-anak juga manusia yang comel dan macho nya ada turun naik dan bermusim"

VIII
mahu memperkasakan prestasi akademik. kerana dah nak grade! hoyeah! alhamdulillah. ambil cermin dan bersuara. sila berikan fokus dan kesungguhan yang tiada belah bagi. sila bayangkan anda mahu final exam esok hari. study itu business utama.

"sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang bila melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh"

maka boleh timbul soal ihsan atau bahasa canggihnya integriti dalam melakukan sesuatu. juga menghadirkan sifat muroqobatullah.

IX
sudah memiliki guru tasmi' hafazan. maka ulangan hafazan perlu dilakukan dengan berkala dan konsisten. hoyeah! hoyeah! alhamdulillah. tahukah kenikmatan yang dialami bila membaca al-quran atau mengulang hafazan penuh nikmat tanpa perlu cover-cover. kerana sesungguhnya saya tidak puas baca berbisik seperti rakyat kebanyakan. ia perlu dilakukan dengan dengan penuh tartil dan fasih! berbisik dan meminimakan pembukaan mulut menjadikan bacaan dan sebutan makhraj huruf tidak jelas.

"perumpamaan orang yang menghafal quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika ia terus menjaganya maka ia akan dapat memegangnya, tetapi jika ia tidak menjaganya ia akan terus hilang"
-Hadith Bukhari & Muslim

*ketuk batang hidung sendiri. astaghfirullah

X
bila bukan lagi bibir yang berbicara, tapi jiwa yang berbahasa.

ya Allah pemilik dan penguasa segala cinta,
dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Raheem-Mu kau bimbing dan peliharalah rasa ini



*lari mahu study untuk test. yeah! last test! rabbuna yusahhil





Tuesday, January 3, 2012

Biar menangis para setan gemuk dan kurus!

Bila kebelakangan ini terasa blog ini sudah tidak bererti. Terasa macam nak tutup blog ini, tapi bila ada sahabat yang mengingatkan.

"Jangan echot, blog tu banyak memberi semangat dan inspirasi"

Semangat dan inspirasi di celah mana pun saya tak tahu. Saya selalu berniat sebelum melakukan sesuatu, semoga ada kebaikan untuk saya dan menjadi ikutan atau cetusan kepada kebaikan orang lain. Moga ada ganjaran amal jariah darinya. Maka saya gagahkan juga blog ini. Moga ada manfaatnya. Kadang-kadang memang kita terasa lemah. Semalam juga di laman facebook.

"There're so many selfish people, perhaps i should learn how to be selfish too"

Dibalas oleh wanita yang anggun dan berkeperibadian tinggi,

"Sabar, sabar, jangan ikut nafsu jahat tu. That's whispering of shaytan. Seek protection from Allah. Take a break. Focus on something else for a while. Maybe then insya Allah you mind will be clearer"

Lantas teringat kata-kata ini, ijlis bina nu'min sa'ah. dengan maksud, duduk sebentar dan fikir sejenak. Maka tak hairan jika ada hadith yang mafhumnya, berfikir itu lebih baik dari melakukan solat sunat. Input tambahan, muslim itu saling menguatkan! Nampak tak orang yang komen post saya tu. Allah hantar dia sebagai asbab untuk jadi tazkirah atau pemberi peringatan! Subhanallah!

Malam tadi usai meeting sekitar jam 11 terus sambung buat homework. Walau mungkin banyak masa terluang sepatutnya tapi semacam ada semangat luar biasa yang membolehkan saya nak study untuk test next week sekali. ia berlanjutan hingga jam 4 pagi! Jadual hari esok yang kosong membolehkan saya tidur lambat kerana banyak masa untuk kalau-kalau perlu qada' tidur. Tetapi lain pula jadinya bila jam 6 pagi dah mula terjaga terharu mendengar alunan bacaan quran dari roomate. Ya, banyak sekali rahmat Allah di sekeliling. Classmate saya seorang sudah mula bertudung. Alhamdulillah. Ada rakan yang mula berkata,

" Nak pakai tudung yang labuh sikit la"

"Oh pakai la", berkata sambil tersenyum dalam hati menangis terharu.

"Kite nak jadi macam awak"

"Eh jangan buat sebab nak jadi macam kite, buatlah kerana ikhlas untuk Allah. Esok-esok kite pun tak jamin tudung kite ni macam mana, yang pasti kite kena sama-sama maintain tudung n iman kite ok?"

Pagi ini, langit mendung serta angin berhembus dingin membelai kulit. Setiap pagi saya memerhati siapa yang bangun subuh. Seboleh mungkin dijauhkan dari orang-orang yang tidak menjaga solat atau aurat. Bukan apa, cuma takut dengan tanggung jawap yang berat itu. Jika dia tidak solat, pasti setan gemuk yang hasut dia tu bersama dia dan dia roomate saya! Oh man, this is bad, ada setan gemuk in my room! Itu analogi mudah bagi saya. Siapa yang mahu di kelilingi setan gemuk bukan? Setan kurus pun tak mahu apatah lagi yang gemuk. Untuk menjaga nafsu yang embedded dalam diri pun terkedek menggagah diri, apatah lagi setan gemuk tambahan yang lain.

Pagi ini juga, seakan semuanya indah. Bermula dengan alunan bacaan quran dari roomate, angin lembut berhembus membelai tubuh, matahari yang sinarnya masih memancar tidak kah semua itu indah? Jika dibandingkan dengan dikejut dengan kasar, angin membahang panas yang merimaskan atau sahaja hujan yang turun tanpa henti dan merisaukan jika air sungai mula naik. Ditambah lagi menonton video-video keterharuan sambil bersarapan pagi.

Ya, dulu saya di dalam 'gua' yang indah itu. Hira' sememangnya nama sebuah gua yang menjadi tempat Rasulullah berkhalwat mengasingkan diri dari maksiat masyarakatnya sebelum diangkat menjadi nabi. Ya, saya bersekolah di Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Hira' dan disambung ke Sekolah Menengah Islam Hira'. Semuanya indah-indah belaka di situ. Biah solehah tak terkata. Antara taman-taman syurga mungkin. Bila tercampak keluar, keseorangan. Sedih rasa hati yang membuatkan saya lebih teruk dari orang yang putus cinta. Frust menonggeng membuak-buak segala air mata.

Tapi hari ini bila semua yakin Islam itu bukan untuk yang tudung labuh sahaja, bukan untuk budak-budak nasyid sahaja. ya, persepsi mudah penggerak dakwah,

"Eh budak tu macam sekolah agama je, jom ajak dia usrah"

Kenapa mesti yang nampak-macam-sekolah-agama itu yang ditarget. Kenapa perlu ada situasi seperti,

"Hey, jangan masuk kelas tu ramai free hair"

Kenapa begitu? Islam itu untuk yang bersekolah agama sahaja? Jika begitu pastinya saya sepatutnya tidak berada di jalan ini. kerana saya sangat nakal, suka menyanyi, suka berfesyen, suka bercakap banyak.


Buat para jiwa yang merasakan dalam kad pengenalan tertera agamanya Islam.



Untuk difikirkan kembali di mana kita sebenarnya.



Usrah itu apa? Lihat apa kata mereka. Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Najlah Ishak dan kegembiraan mereka.



Ok air mata berjurai-jurai. Bila kadang-kadang mula terasa berat. Terasa seperti setan-setan gemuk menghasut supaya berputus asa dan cuma memikirkan tentang diri sendiri. Pastinya ayat-ayat Allah yang dibaca selama ini seakan menghantui hidup pada setiap siang dan malam. Menjadikan hidup tak tenteram.

Lebih-lebih lagi bila menonton ini.



It's ok jika usaha kita cuma sekadar dengan sebuah senyuman atau sekadar mengalah beratur membeli makanan. Perbuatan baik itu bermula dari sekecil-kecilnya hingga yang paling besar. Jangan disangka dengan senyuman anda tidak menyumbang apa-apa. Jangan pernah memandang remeh terhadap perkara-perkara kebaikan.



Ia boleh menjadi pencetus kepada satu perubahan yang hebat! Nilai-nilai kebaikan yang walaupun sedikit tapi ia masih terus bertambah dan bertambah! Kita sering mengaplikasikan sikit-skit lama-lama menjadi bukit pada amalan menabung, ini amalan yang lebih hebat! Ini adalah sesi berebut pahala biar kita peroleh redha dan kasih sayang-Nya. Siapa tahu redha Allah itu ada di mana-mana! Apa lagi yang kita mahu selain dari redha dia!

Till we meet again.
May Allah bless.

Sunday, January 1, 2012

petang yang hening



petang hari sekitar jam 4 dan ke atas wajah-wajah yang saya lepasi di kaki lima, di tangga-tangga fakulti, di bangku-bangku sekitar kawasan pentadbiran penuh duka dan jelas lelah. mungkin juga memikirkan kerja yang bertimbun. saya kasihan melihat wajah-wajah itu. pada mulanya teragak-agak untuk melakukan sunnah yang satu ini. tapi saya gagahkan juga. dan mereka juga turut tersenyum! ceria kembali wajah-wajah sugul itu.

awak, senyum please :)

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords